BAB 77

Romance Completed 107916

Selepas meminta diri untuk beransur bertolak balik ke malaysia mereka berdua melangkah ke kereta yang sudah disediakan oleh Christopher kepada anak dan menantunya ke lapangan terbang. Sepanjang perjalanan Eusoff hanya diam. Langsung tidak berbicara dengan Aira.

Sekian kalinya Aira mengeluh.. Setiap kali aira mengeluh. Eusoff akan memandang tajam kepada Aira.. Aira melemparkan pandangannya ke luar tingkap dengan perasaan kesal didada.

Sampai di lapangan terbang.. Mereka turun berjalan memasuki pesawat persendirian.. Bagasi sederhana yang terisi dengan cenderamata kepada ahli keluarga di Malaysia sudah di angkat masuk kedalam pesawat oleh orang bawahan Christopher.

Aira duduk diam di kerusi kabinnya... Dia duduk bertentangan dengan Eusoff.. Wajah Eusoff yang tidak beriak ditenung dalam oleh Aira..

"hubby.. Maaf pasal semalam.. Bukan niat qalbi nak buat macam tu.. Ta.." Eusoff memberi isyarat tangan didepan muka Aira.. Menyebabkan katanya terputus disitu.

Aira meraup wajahnya.. Menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.. Air liur ditelan payah.. Tangan dijatuhkan lemah ke atas peha. Wajah aira menunduk memandang tangannya yang berada diatas peha. Eusoff memandang dalam wajah bersih milik isterinya.. Tahu aira sedang serba salah...

" it ok.. I will wait.." balas Eusoff pendek dan ringkas.. Membuatkan aira terasa.. Wajah Eusoff dipandang.. Tiada senyuman diwajah itu.. Tahulah dia suaminya itu terasa. Eusof dilihat sibuk menyelak dan membaca majalah di tangannya.

"hubby... Qalbii tak mak..."

"taknak cakap benda ni lagi.. Kita cakap topik lain" arah Eusoff lembut.. Mata mereka bertemu.. Seketika.. Dan masing-masing kemudiannya melarikan pandangan.

Perlahan-lahan aira..memandang suaminya di hadapan yang dingin tak seperti selalu... Tiada senyuman manis diwajah itu. Kedua tangannya mengengam erat dressnya. Wajahnya menunduk.. Matanya mula berkaca.. Dia berusaha menahan mutiara jernih miliknya daripada jatuh ke pipinya.

"nak ke toilet" aira bangun dari kerusinya.. Kaki laju melangkah.. Begitu juga dengan air matanya..

Pintu dikunci dari dalam.. Disitu dia menghamburkan tangisannya... Dia menahan sebak didada.. Nada tangisannya juga dijaga agar tidak kedengaran sampai keluar..

'aira zulaikha.. Kau harus kuat' bisiknya sendiri.. Cermin didepannya dipandang.. Tisu diambil.. Dilap air matanya sehingga kering. Nafas ditarik dalam dan dihela perlahan.. Cermin dilihat lagi.. Matanya dan hidungnya sudah mula memerah.. Ditampar pipinya sendiri perlahan..

Perlahan dia memusing selak pintu.. Pintu dikuak. Baru dia hendak melangkah.. Wajahnya diangkat.. Tergejut dirinya melihat Eusoff sedang tegak berdiri didepan pintu toilet.. Eusoff dengan pantas memeluk tubuh Aira.. Terkedu aira dengan tindakan Eusoff.

"hubby minta maaf.. Bukan nak marah qalbi.. Hubby... Hubby.." bisik Eusoff ditelinga Aira..

"qalbii nak tidur sekejap.." lemah bicara aira.. Perlahan pelukan dilepaskan..

Aira melangkah ke tempat duduknya.. Dia mengenakan eye cover dimatanya.. Hujung shawlnya ditarik supaya menutup wajahnya.. Perlahan-lahan dia cuba untuk tidur..

Eusoff yang duduk didepannya hanya memerhati tingkah aira.. Wajah isterinya sudah dilitupi kain shawl.. Eusoff mengeluh..

'kenapa qalbii..' hatinya kecewa.. Dia juga terasa.. Pekara yang terjadi malam semalam telayar di mindanya..

Imbas kembali.....

Eusoff terjaga apabila tangan kecil milik isterinya terkena wajahnya.. Diambil tangan itu dibawa ke bibirnya.. Dicium dengan lembut agar aira tidak terganggu lenanya.. Bibirnya tersenyum sendiri..

Jarinya bermain-main diwajah putih kemerahan milik aira.. Rambut yang menutupi wajah itu diselak.. Matanya galak merenung wajah yang sedang terlena itu..

'hanya tika ini..waktu lenamu.. Aku sebagai suami.. Mampu merenung dengan puas wajahmu.. Wahai isteriku..'

Dia bangun.. Membongkok sedikit.. Dahi aira dicium lama.. Sambil mengalunkan zikir dan surah lazim agar isterinya dilindungi Allah semasa tidurnya.. Begitulah rutinnya sejak begelar suami kepada insan yang disayanginya.. Tubuh itu dipeluk erat seketika..

Aira tiba-tiba terjaga menolak Eusoff dengan kasar.. Eusoff menangkap kedua tangan aira.. Aira bertambah agresif..

"lepaslah.. Kau nak buat apa ni.. Aku cakap lepas.. Lepas lah.. Lelaki takguna.." marah aira..

Tubuh Eusoff ditolak sehingga jatuh ke bawah..Terdengar suara Eusoff mengaduh sakit.. Aira melemparkan semua bantal kearah Eusoff..

"qalbii.. Ni hubby..." aira tidak mengendahkan.. Eusoff memeluk aira.. Aira menampar kasar dada Eusoff..

"AIRA ZULAIKHA" jerit Eusoff.. Tubuh aira masih dipeluk kemas oleh Eusoff..

"Istighfar... Ingat tuhan" suara Eusoff masih dengan nada tinggi..

Aira yang baru tersedar menolak perlahan dada Eusoff.. Perlukan dileraikan.. Air mata mula jatuh ke pipi.. Aira memandang kearah wajah sayu Eusoff..Aira bangun melangkah ke bilik air..

'sakitnya hati ni terasa.. Bila memandang wajah kesayangannya menitiskan air mata..' Eusoff mengepal penumbuk..

Tok.. Tok... Tokk pintu bilik air diketuk..

"qalbii.. Buat apa lama sangat dalam tu.. Buka pintu ni"

Pintu bilik air dibuka.. Wajah sungul aira kelihatan dimuka pintu bilik air.. Aira berjalan duduk disofa termenung jauh.. Perlahan lahan kepala dilentokkan ke sofa.. Dia kemudiannya terlena.. Eusoff kesofa mengangkat tubuh isterinya lalu diletakkan diatas katil..

Tamat imbasan..

Eusoff menarik perlahan kain tudung yang menutup wajah isterinya.. Dia mengeluh..

'kenapa qalbii.. Apa yang membuatkan qalbii bertindak agresif seperti semalam' Eusoff meraup wajahnya kesal.. Adakah sebab tindakannya memeluk tanpa izin aira.. Jarinya menyisir rambutnya yang terjuntai didahi dibawa kebelakang.. Mata merenung dalam ke wajah kesayangannya yang sedang terlena didepannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience