BAB 113

Romance Completed 107916

Seharian aira menunggu kepulangan Eusoff namun hampa.. Kaki sudah lenguh mundar mandir di dalam bilik tidur mereka.. Anak-anaknya sudah tidur di katil bayi mereka sendiri.. Hanya ammar sahaja tidur diatas katil miliknya.

Jam di dinding diperhatikan.. Sudah menunjukkan tengah malam... Aira mengeluh. Punggung dihenyak kasar di sofa empuk yang terdapat dibiliknya... Tangan menggosok muka.. Tak tertahan ngantuknya.. Akhirnya matanya terpejam juga..

Eusoff yang segaja pulang lewat selepas seharian mengekori aira.. Sebaik saja dia pasti aira sudah tiba dirumah.. Di terus meninggalkan rumahnya.. Masih banyak urusan yang perlu dia uruskan.

Sebaik sampai di rumahnya.. Dia memakirkan kereta.. Eusoff berjalan keluar dari perkarangan rumah.. Dari jauh dia dapat melihat kelibat lelaki yang berjalan kearahnya.. Lelaki yang berpakaian serba hitam. Terangguk angguk lelaki itu mendengar arahan yang keluar dari mulut Eusoff. Kemudian mereka berpisah.. Lelaki itu berjalan pergi meninggalkan perkarangan rumah Eusoff..

Eusoff malangkah masuk kerumahnya yang sudah gelap, hanya setengah tempat yang disirami dengan cahaya lampu berona kuning disudut-sudut tertentu agar tidak terlalu gelap.

Kaki melangkah mendaki anak tangga.. Menuju ke bilik tidur.. Perlahan lahan tangan memusing tombol pintu. Eusoff memerhati segenap ruang bilik tidurnya.. Ammar yang menghuni katil kelaminnya.. Dia tertanya di manakah aira. Katil bayi kembarnya dihampiri.. Dua anak kembarnya sudah terlena dibuai mimpi. Mata meliar mencari kelibat ibu kepada anak-anaknya. Akhirnya jumpa.. Aira sudah terbaring di sofa.

Eusoff duduk melutut.. Mengadap aira yang sudah terlena. Rambut hitam ikal mayang milik aira yang menutupi separuh wajah tuannya diselak dengan berhati-hati. Walaupun bilik agak gelap.. Eusoff dapat melihat mata aira yang membengkak.. Mungkin menagis berterusan dari petang tadi. Dahi aira dicium lama.. Tubuh yang terlena itu diangkat dengan lemah lembut.. Dibawa ke katil lalu diletakkan bersebelahan dengan ammar.

Aira mengeliat kecil bila terasa tubuhnya diletakkan keatas katil. Mata dibuka kecil.. Wajah comel ammar memenuhi pandangan matanya.. Membuatkan dia terus bangun terduduk. Eusoff yang disebelah yang sedang membongkok terus berdiri tegak.

"hubby where have you been" tanya aira laju..

"ada kerja sikit.. Qalbii tidurlah.. Dah lewat ni" kata Eusoff lembut dengan senyuman.

"tak.. Qalbii ada benda nak cakap dengan hubby" aira bangun menarik tangan Eusoff..

"tak ada apa yang perlu dibincangkan.. Please.. Qalbii tidur yea.." pujuk Eusoff.. dia sendiri tahu apa yang ingin dibincangkan oleh aira.

"tak..tak..tak.." jerit aira. Membuatkan Eusoff segera menutup mulut aira dengan tapak tangannya.. Aira memukul dada Eusoff membantah.

"sssshh.." tangan aira yang sedang memukul dadanya ditangkap.. Lalu aira ditarik masuk kedalam bilik pakaian.. Lalu pintu bilik itu ditutup.

"kenapa jerit.. Nanti anak-anak terjaga.." kata Eusoff.. Aira hanya diam memandang tepat menikam anak mata Eusoff.

"tarik diri sekarang.. Kena hubby pandai-pandai exposed yourself.." nada aira bertukar serak. Tedengar Eusoff mengeluh kecil.

"i will finish all of it.. I promise.." kata Eusoff memegang dua lengan aira. Aira menepis kasar. Lalu mengeleng.

"siapa qalbii dalam hati hubby.. Sampai hubby sanggup buat semua ni.. At least look at your twins.. Sanggup hubby tinggalkan kami.. Demi mencari benda yang tak pasti.. Qalbii tak sanggup.. I love you.. Qalbii tak sanggup.. Qalbii tak kuat.. Kalau apa apa terjadi dekat hubby" kata aira perlahan dengan linangan air mata..

"ssshhhh..." Eusoff menyeka air mata aira..

"i promise I will fine.." pujuk Eusoff lalu aira dibawa kedalam kepelukannya.

"no you not.." bentak aira.. Memukul dada Eusoff.

"i begging you.. Please.." aira masih merayu. Air mata sudah membasahi baju Eusoff.

Eusoff mendongak.. Turun menahan gejolak rasa.. Dengan tangisan dan rajuan aira.. Membuatkan dia lemah.. Ingin saja dia meninggalkan semuanya.. Hanya untuk aira.. Namun.. Dia harus sudahi semua ini.. Dia tak sanggup aira yang pergi meninggalkannya. Dia yakin dia mampu.. Hanya mengharap aira memberi kekuatan dan semangat buat bekalannya.. Terus melangkah mara sampai selesai semuanya.

"jangan macam ni qalbii.. You are strong person.. Hubby janji.. I will be back.. Dan selamat.. Insya Allah.." kata Eusoff.. Mengelus lembut rambut aira. Aira masih mengeleng.. Seumpama anak kecil menangis. Ini pertama kalinya Eusoff melihat aira di sisi begini.. Sangat comel. Selama ini ego aira tinggi menggunung..

" I will not let you go " kata aira masih menyembamkan wajahnya didada Eusoff.

"wan.. Wan pernah pergi.. Macam ni..." aira membiarkan ayatnya tergantung..

"hei.." pipi aira dipaut.. Didongakkan keatas. Mata mereka bertaut.

"i love you.. Hubby mencintai qalbii.. Sesungguhnya mencintai qalbii.. Percayakan hubby.. Please.. I will be back.. I promise.." kata Eusoff.. Membuatkan aira terdiam lama.. Lambat-lambat aira mengangguk..

Aira tahu Eusoff akan pergi.. Pergi seperti dirinya yang pernah pergi meninggalkan keluarga.. Pergi seperti wan yang meninggalkan nenek.. Dengan satu makna hanya untuk melindungi keluarga mereka agar musuh tidak menghidu kelemahan mereka iaitu orang kesayangan.. Tidak akan menggunakan itu untuk mengugut.

"i promise i will be back often.. My dear.." satu ciuman singgah didahi aira. Lama dan hangat dari Eusoff.. Aira hanya diam seumpama sudah dijampi Eusoff.. Akhirnya menurut.

Pintu bilik pakaian dibuka.. Eusoff membawa aira ke katil.. Dibaringkan aira ke katil.. Menunggu sehingga aira terlena. Eusoff bangun berjalan kerah katil bayi kembarnya.. Dicium bayi kembarnya.. Kemudian ammar... Sekuntum mawar merah diletakkan diatas meja sisi katil.. Eusoff kemudiannya turun kebawah.. Di luar rumahnya.. Dua buah kereta hitam sudah sedia menanti dirinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience