BAB 6

Romance Completed 107916

Bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah Masyitah. Lampu kereta menyuluh masuk kedalam rumah melalui ruang tingkap kaca rumah tersebut.

Bacaan Al Quran di hentikan. Al Quran yang berada di papan rehan ditutup. Masyitah bangun dari duduknya yang berada diatas sejadah. Merapatkan dirinya ke tingkap. Mengintai tetamu diluar. Sekilas jam di dinding di pandang.

"assalamualaikum" kedengaran salam diberikan dari luar.

"waalaikummusalam" jawap masyitah. Pintu dibuka. Muizz dan zarina menyalam masyitah. Aliya turut menyalam neneknya.

"Muizz kan mak dah pesan banyak kali.. Datang waktu siang.. Ni anak anak dah masuk tidur baru nak datang" nada masyitah sedikit kecewa.

"maaf mak.. Muizz sibuk sikit tadi dekat pejabat." muizz melabuhkan punggungnya di atas sofa.. Aliya baringkan dirinya di sofa panjang.

"ina masuk tengok aira kejap yea mak" pinta zarina.. Masyitah mengangguk. Zarina membuka pintu bilik pelahan.. Tak mahu anaknya sedar kehadirannya.

"mak bukan apa.. Aira tak tahu pun kamu selama ni datang tengok dia.. Selalu kamu datang malam malam macam ni" wajah muizz dipandang. Muizz memandang jam ditangannya.

"awal diaorang tidur mak.. Saya datang awal arini" ucap muizz.. Mengelak menjawap kata kata emaknya.

"aira dengan ariz pergi mandi sungai tadi.. Balik tu dia orang buat kerja sekolah..tu letih la kot.. Terus lena" terang masyitah. Muizz hanya mengangguk paham.

Zarina masuk kedalam bilik milik ibu mertuanya.. Tubuh yang sedang terlena diulit mimpi itu dilihatnya.. Dahi aira dicium lembut. Diusap lembut ubun ubun anaknya.. Selimut ditarik sampai ke paras dada anaknya. Kemudian dia keluar menuju ke bilik ariz pula. Begitulah rutinnya sejak anaknya berpisah dengannya.. Cara dia melepaskan rindu.

"saya datang nak bagi duit belanja sekolah aira dan ariz" terang Muizz. Muizz mengeluarkan duit dari poket bajunya.

"kamu letak dalam kotak tu.." pesan masyitah.. Sambil ditunjukkan kotak besi yang berada di dalam almari kaca.

Duit diberikan kepada zarina yang baru menapak kearah suaminya.. Zarina mengambil. Almari kaca dibuka.. Kotak besi dicapai. Dibuka..

"mak.. Aira tak guna ke duit ni.." tanyanya risau.

"guna.. Mak dah pesan dekat dia.. Tu duit belanja dia.." terang masyitah. Berkerut wajah zarina. Dia melangkah mendekati suaminya.. Kotak itu diberikan kepada suaminya.

"takpelah sayang.. Tambah je duit tu" ucap Muizz. Lengan isterinya urut lembut.

"kamu jangan risau zarina..mak nampak dia ambik duit tu.. Mungkin dia ambik setakat yang dia nak guna saja" ucap masyitah. Wajah mendung zarina ditatap..

"ina bukan apa mak.. Takut..aira..." ayatnya tergantung.. Peristiwa empat tahun lalu terbayang..

Kerana marahkan zarina dan Muizz.. Aira memotong rambutnya yang ikal mayang tu.. Sehari selepas aira tinggal rumah masyitah. Keesokan Muizz dan Zarina datang melawat masyitah. Tergejut muizz melihat bungkusan plastik di tangan masyitah yang berisi rambut hitam pekat aira. Zarina ketika itu hanya mampu menangis.

"zarina.. Jangan risau.. Insya Allah.. Aira tu bukan apa.. Dia nakkan kasih sayang kamu berdua." pujuk masyitah.

Muizz mengosok bahu isterinya.. Memujuk. Zarina mengangguk paham. Kotak yang berisi duit belanja buat aira dan ariz diletakkan semula ditempatnya.

" masa tak boleh diundurkan balik muizz.. Zarina.. Cuba kamu luang masa sedikit buat aira.. Yea.. Memang dia degil.. Degil tu ikut kamu jugak lah muizz.." ucap masyitah.

"kami cuba mak" ucap muizz.

Selesai urusan melawat anak anaknya dan juga ibunya.. Muizz dan zarina meminta izin untuk beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience