BAB 93

Romance Completed 107916

Aliya murung saja duduk disebelah aira.. Dahi aliya yang ditempek dengan pembalut menutupi luka diperhatikan sekilas.. Kemudian di memandang ke hadapan semula.. Fokus kepada pemanduannya.. Sekali mata meliar memandang ke cermin belakang.. Anak buah Rasydan memandu kereta Aliya..

"kak.. Macam mana kak kenal Azhar tu.."

"dia kawan kak.. Masa sekolah.. Aliya kenal lelaki tu macam mana"

"dia.. Dia pensyarah aliya" terang aliya.

"What..." sungguh aira tidak percaya..

"tapi sebelum ni dia baik kak.." aliya teresak esak menangis.. Aira mengeluh..

"kak.." diam...

"kak"...

"aliya nak kak buat apa.." tanya aira lemah

"macam mana hidup aliya lepas ni.. Aliya takut.." emosi aliya mula berombak semula.. Kakinya diangkat keatas.. Dia memeluk erat lututnya.

"aliya.. Cuba bawa bertenang... Aliya nak ke kahwin dengan lelaki yang tak cintakan aliya.. Kahwin bukan benda main-main aliya.. Kalau setakat menutup malu dan aib.. Ya.. Tapi. Apa akan jadi lepas berkahwin tu.. Aliya sanggup.. Tengok macam tadi.. Dia terang-terang pukul aliya.. Kak memang bantah aliya kahwin dengan lelaki yang macam tu.. Tapi tu hak aliya.. " geram aira.. Stering kereta dipukul beberapa kali.. Hon turut berbunyi tanpa sengaja. Pedal minyak ditekan... Kelajuan kereta bertambah.. Aliya yang disebelah kecut perut.. Diam tak berkutik.. Dengan wajah yang pucat.

" kak.. Slow.. Please.. "menjerit aliya meraju.. Tangannya memegang kuat tali pingang. Mata ditutup rapat tak sanggup lagi melihat aira menyelit dengan kenderaan yang berada dihadapan.

" kak.. " aliya memanggil lagi.. Tangan sudah menutup mukanya..

" nak muntah" jerit aliya nyaring.

Sreettt....... Pedal break ditekan. Terkapai - kapai aliya seketika.. Bila kereta dihentikan dibahu jalan.. Pintu dibuka.. Bila kaki aliya mencecah tanah..terus termuntah aliya disitu.

Tuk.. Tukkk... Cermin tingkap aira diketuk..

"kenapa ratu.." aira hanya memberi isyarat mata kearah aliya yang sedang terbongkok di tanah..

Manakala kereta Qaliff dan Josh berhenti tidak jauh dari mereka.. Aliya bangun.. Memandang aira yang sedang berpeluk tubuh didalam kereta..

"cik.. Ok.." kata lelaki tinggi berkumis.. Sambil menyuakan tisu kepada aliya.

"ya saya ok.. Terima kasih" tisu disambut..

"masuk" panggil aira. Aliya menurut..

"malam ni bermalam dekat rumah aku.. Esok aku hantar kau balik rumah abah.. Kau terangkan semuanya.. Apa saja keputusan yang kau buat.. Aku tak akan campur lagi" kata aira dengan dingin..

"baik kak.. Terima kasih tumpangkan aliya dekat rumah kak .." kata aliya perlahan.

Aira diam tidak membalas.. Geram dengan aliya yang masih pertahankan cinta monyet dari Azhar..

Sampai saja rumah.. Kereta hilux hitam sudah berada di dalam perkarangan rumah.. Aira mengeluh.. Pintu rumah dibuka oleh ramlah..Aira melangkah masuk.. Ramlah memberi isyarat kepada aira.. Menunjuk ke arah sofa..

"awal hubby balik.. Tak ke resort ke.." tanya aira.. Aliya sudah melangkah memanjat tangga ke atas..

"aliya.. Turun.. Ada benda abang nak cakap" kata Eusoff.. Pertanyaan aira dibiarkan sepi.. Aira berpeluk tubuh.. Berlalu dan naik keatas.

Dibiarkan dua orang itu berbincang dibawah.. Aira terasa dirinya bagai diabaikan.. Kenapa.. Mungkin sebab selama ini Eusoff terlalu memberi perhatian kepadanya.. Sekarang tak.. Dan dia terasa.. Pintu bilik dibuka.. Badan dihempaskan diatas tilam..

"mama".. Terbangun aira mendadak.. Apabila kakinya terasa ditarik..

"ammar sayang..." jerit aira.. Diangkatnya ammar.. Digomol pipi gebu milik ammar..

"mama rindu.. Rindu sangat.. Rindu mama tak.. Sayang.." ammar ketawa.. Geli bila perutnya digeletek.

"cium mama.. Mama. Nak cium" ammar memuncungkan bibirnya.. Kedua-dua pipi aira dicium.. Basah pipi aira dengan air liur milik ammar..

"mama.. Mama.. Nak ma.. Makan.." kata ammar.

"lapar yea.. Jom kita turun makan.." didukungnya ammar.. Ketawa ammat pecah memenuhi ruang rumah.

Kaki melangkah turun kebawah.. Suara ammar sedang menyanyi dengan bahasa yang tak beberapa lancar kedengaran riuh satu rumah.. Dua orang yang masih berbincang memandang kearah aira dan ammar.. Aira hanya memandang dengan hujung mata.. Melangkah ke dapur.

"sayang mama nak makan apa..." ammar diletakkan di atas kerusi..

"eeiis kim.." katanya laju dengan ketawa..

"oh.. Aiskrim.. Kita makan esok.. Kita makan nasi nak.."

"tak mau" protes ammar.

"hmmm... Spegetti.. Nak" laju ammar mengangguk..

"sejak bila jadi anak mat salleh.." rungut Aira tangan mengeluarkan bahan mentah dari dalam peti sejuk..

"mama goreng nugget ni dulu yea sayang.. Sementara nak masak spegetti ammar tu" ammar mengangguk.. Sambil menepuk tangan.. Mujur ramlah dah letakkan nugget di luar untuk hilangkan beku ais.

Aira melayan anak terunanya yang bercakap tanpa henti dari tadi.. Suka aira melayan ammar bercakap..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience