BAB 47

Romance Completed 107916

Setelah lima jam perjalanan Nafis dan Aira tiba di rumah orang tua Nafis. Aira bangun dan keluar dari kereta. Badannya direnggangkan sehingga kedengaran bunyi tulang benulang berlaga sesama sendiri..

Nafis menyentuh belakang isterinya.. Digosok-gosok sedikit belakang Aira..

"jom.." ajaknya. Aira mengangguk.

Salam diberi.. Tiada sahutan kedengaran. Pintu yang tertutup rapat itu diperhatikan. Nafis memandang Aira.. Aira menjongket bahu..

"abang tak bagitahu mak ke kita nak balik ni.. Entah-entah mak pergi mana-mana.. Macam mana.." tanya Aira.

"tak.. Saja abang tak bagi tahu.." jawap Nafis selamba. Membulat mata Aira mendengar jawapan Nafis.

PAKK.. Lengan Nafis ditampar kuat.

"adoii.. Sakit la" rungut Nafis sambil mengosok lengannya. Pedih.

"pandai sangat yea.. So malam ni kita tidur mana abang sayangggg..." sindir Aira. Badannya disandarkan ke kereta sambil memeluk tubuh.

"kejap la abang call.." hp diambil dari dalam poket. Didail nombor maknya.

"assalamualaikum.. Mak.. Mak tak ada dekat rumah ke" tanya Nafis.

"oh yea ke" Nafis bediri betul-betul bertentang dengan Aira.. Tangan kanannya memegang hp.. Tangan kiri sedang memegang badan kereta memerangkap Aira.

"bila tu mak.." mata dikenyitkan kepada Aira. Aira membalas dengan jelingan.

"tak apa.. Pandai-pandai lah nanti.. Nanti tengok lah macam mana" kepala Nafis sudah mendekat kewajah Aira.. Pipi Aira dicium sebaik sahaja panggilan dimatikan.

"so.. mak tak ada kan.." Aira mengeluh, badan Nafis ditolak sedikit.. Menjarakkan ruang mereka.

"ha ah.. Rumah tak ada sapa.. Semua kerumah pakngah.. Ada kenduri.. Esok baru mak nak balik..tu pun malam baru sampai kot" kata Nafis.

"soooo..... Mak nak kita pergi honeymoon dulu" ketawa Nafis kini pecah..

"entah apa-apa la abang ni.. Jom lah mana-mana pun.. Aira nak mandi.. Nak rest" balas Aira.

"ok jom sayang.." pintu kereta dibuka.. Aira masuk kedalam kereta..

Kereta dipandu keluar dari kawasan kampung.. Naik ke pekan kemudian aira terpandang sesuatu yang menarik pandangannya.. Mereka sedang menuju ke arah pantai.. Nafis berhenti di bangunan yang dijadikan motel dan rumah tumpangan.

"macam mana.. Boleh tak sini" tanya Nafis. Aira memandang keliling. Memang dekat dengan pantai..

"oklah.. Ada pantai.. Kejap lagi boleh mandi laut" wajah aira sudah bertukar ceria.

"esok kita mandi yea sayang.. Kejap lagi dah nk asar..kita rest dulu arini.." aira mengangguk.

"kejap abang check in.. Sayang tunggu dalam kereta.." pesan Nafis.. Aira hanya mengangguk.

Nafis turun dari kereta.. Masuk kedalam salah satu rumah tumpangan itu.. Kemudian keluar semula.. Masuk pula ke rumah tumpangan yang lain.. Aira menggeleng. Lama, baru Nafis muncul semula. Dia berjalan kearah kereta..

" jom sayang.. Dah dapat bilik..." enjin kereta dimatikan.. Aira keluar dari kereta.. Nafis mengeluarkan beg mereka dari bonet kereta. Mereka berdua hilang disebalik dinding rumah tumpangan tersebut.

Awal Pagi-pagi keesokannya mereka berdua sudah turun ke pantai.. Suka Nafis melihat isterinya yang asyik tersenyum lebar sepanjang mereka mandi laut.

Keadaan pantai agak lengang, mereka berdua mandi sepuas-puasnya.. Ada juga kanak-kanak yang turut mandi bersama mereka.

"sayang.. Jom lah balik.. Lama dah ni berendam" ajak Nafis.. Tangan aira ditarik keluar dari air. Aira membekukan dirinya.

'haiisss.. Ni yang payah ni.. Dah agak dah mesti taknak naik' rungut Nafis sendiri.

Aira ditinggalkan sendiri didalam air..Nafis melangkah keluar.. Berjalan ke pantai, mengambil tuala yang diletakkan diatas batu. Rambut yang basah dikeringkan. Matanya tidak lepas memandang Aira yang asyik mandi.

"assalamualaikum hai abang.." Nafis disapa seseorang.

"waalaikummusalam" Nafis menoleh untuk melihat gerangan yang menegurnya.

"inas.. Buat apa dekat sini" Nada nafis tergejut.. Dipandangnya Aira sedang berendam membelakang kan mereka.

"saja jalan-jalan" shafinaz senyum manis. Nafis terus menarik tangan shafinaz kearah pokok supaya lebih terselindung.

Aira yang asyik mandi bersama kanak-kanak disisinya tersedar kelibat Nafis yang hilang dipantai.. Dipandang keliling ... Tiada.

"kakak... Ada rasa ikan gigit kaki tak" tanya budak lelaki didepannya..

"ikan.. Tak mana ada ikan adik" balas aira.

'budak ni sengaja nak takutkan aku ke apa'

"ada.. Dia gigit kaki adik ni" balas budak kecil bernama aiman itu.

"ha tu ada.." aiman menunjukkan kearah anak ikan kecil yang berenang mengelilingi mereka.

"ha betul.." aira melihat ikan itu seolah-olah bermain bersama kaki mereka.

"dia gigit lah kakak.. Ahhh takut.." terus budak bernama aiman tu berlari keluar dari dalam air menuju ke pantai..

Aira yang keseorangan mula merasa bosan.. Di bangun.. Menarik baju yang melekat dibadan.. Dikibas-kibas supaya lebih longgar.. Perlahan-lahan melangkah ke pantai. Mata meliar di kawasan pantai mencari Nafis. Namun hampa, kelibat yang dicari tiada.

"sayang.. Dah habis mandi" aira memandang nafis.. Yang sedang tersengih kearahnya.

"abang kemana" tanya Aira dingin..

"abang jalan-jalan.." alasan Nafis.

"tinggal Aira sendiri dekat sini" nada Aira mula meninggi.

Tuala ditangan Nafis dirampas. Baju yang basah tadi sudah mula kering.. Menunggu sisuami hilang entah kemana.

"Aira minta maaf.. Tinggi suara dengan abang" ucap aira tanpa memandang wajah Nafis.. Kaki melangkah ke rumah tumpangan..

Nafis merangkul pingang Aira.. Aira hanya membiarkannya. Hanya jelingan mata diberikan sebagai balasan. Nafis yang melihat jelingan dari anak mata hitam pekat aira, terus terlerai pengangan dipingang aira. Seolah melihat sesuatu yang mengerunkan. Sampai dibilik aira terus masuk kebilik air.

"abang keluar kejap.. Cari makan pagi.." ucap Nafis. Aira hanya diam tidak membalas.

Selesai mandi.. Aira membuka tingkap yang menghadap ke arah laut.. Termenung seketika dia di tingkap. Perut sudah berdendang meminta makanan.. Peti ais mini itu dibuka.. Susu kotak strawberi yang dibeli semalam dikeluarkan. Gelas dicapai..air susu dituang.. Diteguknya.. Sekadar mengalas perut, sementara menunggu Nafis.

"kenapa lama sangat ni.. Perut dah lapar.. Kan depan tu tadi ada kedai makan" rungut aira sendiri..

Selendang dicapai.. Dibelitnya ringkas dikepala. Kejap saja.. Nak turun bawah ni saja.. Boleh lah ni. Perut dah mengamuk ni.

Aira menyusuri deretan bangunan di depannya..kedai yang menjual Kuih muih ditujunya.. Ramainya orang.. Dalam ramai-ramai tu Aira melihat Nafis sedang duduk dimeja.. Baru Aira ingin melangkah pergi kearah Nafis.. Seorang perempuan duduk didepan Nafis. Mati langkah kaki Aira.. Senyum diwajah pun hilang. Kaku seketika Aira disitu.

"dik..tumpang lalu" suara itu mengejutkan Aira. Aira baru tersedar yang dia berdiri di tengah-tengah orang ramai yang sedang membeli kuih-muih.

"maaf kak." aira berundur ketepi memberi laluan.

Aira ke depan semula.. Membeli nasi lemak sebagai tambahan.. Selesai membeli.. Aira terus berjalan menuju ke rumah tumpangan.. Sedang dia menunggu ingin melintas.. Seorang budak perempuan belari kejalan melintas tanpa melihat kiri dan kanan.

Srrreeeeet... Bunyi serekan tayar yang bingit itu mengejutkan semua orang..

Aira berlari menarik budak perempuan itu dari berada di tengah jalan.. Nasib sempat kereta itu berhenti. Rentapan kasar tersebut menyebabkan budak itu menangis. Aira bertingung melihat wajah budak perempuan itu.

"adik.. Lain kali jangan main di atas jalan.. Bahaya" pujuk aira.. Sambil memeluk budak perempuan tersebut. Tangisannya yang kuat tadi mula perlahan.

"heeii.. tak reti jaga anak ke.. Biar anak main tengah jalan" tengking si pemandu kereta tadi kepada Aira.

Aira bangun bediri menarik tangan budak perempuan tersebut kearah kereta tadi.

"dia budak lah.. Yang encik tu bawak kereta laju-laju dekat sini kenapa...tak nampak ke sesak...selekoh lagi" marah Aira. Mata hitam pekatnya menikam mata pemandu tersebut. Terus terdiam lelaki itu.

Ibu budak tadi sudah berlari mendapatkan anaknya.. Dipeluk dicium budak tersebut.

"maaf encik..saya ibunya.. Bukan cik ni.. Saya yang salah.. Maaf" ucap ibu tadi kepada pemandu tersebut sambil membongkok- bongkok. Aira sudah melangkah meninggalkan mereka.. Banyak mata-mata yang memandang adegan ibu dan si pemandu tersebut.

"sayang" lengan Aira dipengang. Wajah Nafis langsung tidak dipandang.

"cik.. Cik.." ibu budak tadi memanggil. Pengangan Nafis terlepas apabila Aira merentap tangannya.

Aira berhenti melangkah.. Dipandangnya wajah ibu kepada budak perempuan tadi.

"terima kasih cik.. Kak tak tahulah apa jadi kalau cik tak tarik anak kak tadi" katanya.. Sambil mengelap hujung matanya yang sudah basah dengan air mata.

Aira meninggung..wajah budak perempuan itu dipaut.. Senyuman diberikan kepada budak perempuan itu.. Wajah budak itu sedang mencebik.. Masih bersisa tangisannya.

"lain kali jangan main dekat jalan yea sayang.. Bahaya.. Kesian ibu.. Mesti ibu risau tu.. Tengok ibu dah nangis.."aira menunjukkan kearah ibu budak tadi. Budak itu mengangguk.. Kaki ibunya dipaut.

" tak apa lah kak..kebetulan saya nak melintas tadi.. Kalau ada orang lain pun dekat situ.. Dia akan buat benda yang sama" ucap Aira.

"terima kasih dik.. Nama kak, kak maznah.. Yang meniaga kedai adik beli kuih tadi.. Ni anak akak.. Anak akak yang bongsu siti maisarah.. Salam maisarah" maisarah menyalam aira.. Aira mengosok-gosokkan kepala maisarah..

"comel anak akak.. Saya aira.." balas aira pendek.. Nafis disebelah hanya dibiarkan tegak bediri disitu.

"kami minta diri dulu.. Senang-senang singgah kedai akak... Akak belanja aira.. Terima kasih yea aira." aira senyum.. Mereka melangkah pergi.. Maisarah dan aira berbalas melambai.

Aira memegang perutnya yang rancak berbunyi.. 'kesian anak aku lapar..' tanpa berlenggah kaki terus melangkah.

Sampai dibilik.. Aira duduk di kerusi.. Nasi lemak dibuka.. Doa dibaca.. Nasi disuapkan kedalam mulut. Nafis hanya duduk dibirai katil memandang Aira.. Tanpa sebarang kata. Aira hanya beriak biasa seolah-olah hanya dirinya seorang yang berada didalam bilik.

"seronok kan jumpa kekasih hati" sindir aira.. Apabila bungkusan nasi lemak selamat mendarat kedalam tong sampah. Nafis meraup wajahnya. Rambutnya diraup ke belakang.

"Aira bukan macam tu" kata Nafis.

"Aira huh".. Balas aira. Kedengaran Nafis mengeluh..

Sesungguhnya dia hilang kata-kata.. Dia juga keliru dengan perasaannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience