BAB 11

Romance Completed 107916

Kereta dipandu oleh muizz tiba dirumahnya.. Aira melihat dari dari dalam kereta.. Rumah ini sudah banyak berubah.. Dulu kecil sahaja.. Sekarang dah kelihatan besar dan sarat.

"abah renovated rumah ke.. Bertambah besar" tanya aira.. Matanya melilau memandang keliling rumah. Banyak betul berubahan.

"ubah sikit saja.." jawap abah.. Ibu senyum memandang ku.

"jom kita masuk" ajak ibu. Aira hanya mengikut masuk. Abah mengangkat beg berisi baju ku keluar dari bonet kereta.

"yea lah tu aira.. Welcome home.. Kami rindu aira" abah dan ibu memeluk aku erat.

"aira pun rindu abah dan ibu" airmataku jatuh.. Ibu menyeka airmataku. Kelihatan ibu juga sedang menangis.

"maafkan abah dan ibu.. Kerana terpaksa suruh aira tinggal dengan nenek" ucap abah. Aira hanya mengangguk.

"maafkan aira.. Aira yang salah. Aira yang terlalu mengikut perasaan.." bertambah kuat tangisan aira. Ibu mengosok belakang aira.. Menenangkan aira.

"shh.. Sayang. Bukan salah aira." pujuk ibu.

"mari ibu tunjukkan bilik aira" sambung ibu lagi.

"bilik aira.. Bukan aira kongsi bilik dengan aliya" tanya aira.. Kebingungan.

"abah dah tambahkan bilik aira.. Dekat bawah.. Bilik baru" terang abah.. Kakinya melangkah ke arah pintu bilik. Ibu menarik tanganku. Aku turut melangkah.

"ni bilik aira.. Lama dah siap.. Tunggu aira je" balas ibu... Pintu bilik dikuak luas.

"lama dah siap.. Bilik ni sebelum ni kosong ke.. Seram pulak aira.." ucap aira sambil memeluk kedua lengannya. Ibu dan abah ketawa kecil.

"aira ni.. Bilik ni bilik aira.. Sebelum ni. Kalau tetamu datang.. Tumpang bilik aira lah.. Lagipun bilikni ibu dan abah buat solat jemaah.." terang ibu. Aira duduk di katilnya.

"dah la.. Ibu nak solat dulu.. Aira kemas baju aira letak dalam almari yea.." ucap ibu sambil kakinya melangkah keluar tangan abah ditarik keluar.. Pintu bilik ditutup.

"suka.. Anak dah balik.."tanya muizz kepada zarina.

" mestilah.." pendek jawapnya. Bibirnya mengukir senyuman manis..

"insya Allah.. Semua akan baik baik saja" jawap muizz.. Dia dan isterinya melangkah masuk kedalam bilik mereka.

Aira memerhati segenap ruang bilik barunya.. Kemas.. Pandai ibu hias.. Barang milik peribadinya sudah disusun elok di atas meja.. Bingkai gambar digantung elok didinding.. Gambar dari dia bayi.. Dia senyum sendiri. Pintu almari dibuka..

'baju lelaki.. Baju siapa ni.. Ariz ke.. Kenapa ada dalam bilik ni pulak' baju yang menjadi tanda tanya diambil. Dibelek. Tangannya mula menyusun bajunya dalam almari. Baju asing tadi diletakkan atas meja belajarnya. Selesai mengemas dia masuk ke bilik air.. Mandi dan solat.

"ibu tak ke butik ke" tanya aira.. Ibunya sedang menghidangkan makanan di atas meja.

"tak arini ibu rest.. Shiela ada tolong jagakan" aira mendengar hanya membalas dengan anggukkan.

"bila aira kena daftar belajar.." tanya ibu.

"bulan depan.. Ibu esok aira nak pergi kerja macam ne.." tanyanya.. Tentu bas tak ambik dia dekat sini. Aira menggaru kepalanya.

"tak apa ibu boleh hantarkan aira.." ibu senyum..

Pingang aira tiba-tiba dipeluk erat oleh seseorang. Cuak aira dibuatnya.

"miss you.. My lovely sister" ucap aliya.

"aliya.." tekebil-kebil aira melihat adiknya.

"yea la aliya.. Tak kan dah lupa kakak ada adik perempuan" aliya memuncungkan mulutnya.. Merajuk.

"hahahaha.." gelak aira kuat.. Aliya dipeluk kuat.. Aliya makin bam bam.. Pipi aliya dicubit kuat. Geram.

"auuuwww... Sakit" jerit aliya.

"dah.. Kita makan.." ajak ibu.. Abah di ruang tamu mula melangkah ke meja makan.

Muizz melihat dua anak gadisnya. Dia tersenyum.

"duduk.. Kita makan" bicara muizz.

Mereka duduk.. Tangan diangkat, doa dibaca.. Selesai mengaminkan doa.. Mereka makan dengan tertib.

Aira berjalan melihat gambar di dinding rumahnya. Satu persatu gambar dilihat.

"kakak tengok ape tu" tegur aliya.

"ni abah kan" tanya aira. Gambar abahnya menerima pingat daripada gabenor.

"yea.. Gambar tu.. Dua tahun lepas" terang aliya. Aliya memeluk pinggang aira.

"abah dapat pingat apa.." tanya aira lagi.. Banyak yang dia tidak tahu tentang keluarganya sendiri. Salahnya juga.. Dia sendiri yang tak ambil tahu langsung.

"PJK.. Kalu tak silap.. Tu ada dalam almari kaca tu" aliya menunjukkan satu almari yang penuh dengan pingat ahli keluarganya. Aira hanya mengangguk.

"banyak yang kakak tak tahu" keluh aira.

"kakak.. Jaga nenek kan.. Kakak pun boleh dapat pingat.. " badan aira digoyang goyangkan oleh aliya.

"pandailah aliya ni" pipi aliya dicubit. Meraung aliya dibuatnya.

Gelak ketawa mereka berdua kedengaran di segenap ruang rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience