BAB 124

Romance Completed 107916

Pagi itu aira dan riana keluar awal pagi.. Sebaik saja selesai solat subuh.. Mereka melangkah keluar.. Hajat untuk melihat matahari terbit. Alang-alang sudah berada di tepi pandai. Riana seperti anak muda yang lain. Asyik dengan telefon bimbitnya mengambil gambar sana sini..

'alangkah bagusnya kalau hubungannya dengan aliya serapat ini.. Namun apakan daya..' keluh aira

"cantik kan kak aira.. Matahari terbit" kata Riana tersenyum suka..

"cantik.." balas aira sepatah. Sekilas memandang jam tangannya.. Pandangannya dilemparkan jauh kearah matahari yang sedang naik perlahan-lahan..

"aliya.. Eh.. Riana.." aira tegelak kecil.

"kenapa kak" tanya riana.

"kakak nak balik dulu.. Tengok anak-anak.. ana masih nak stay sini ke nak ikut kak balik.." tanya aira.

"ana rasa nak stay sini.. Kak boleh ka nak balik sorang ni.." aira mengangguk..lalu dia berlalu pergi berjalan perlahan-lahan.. Sempat aira berpaling..riana masih asyik dengan telefon bimbitnya.

Selesai memuat naik beberapa gambar di akaun peribadinya. Riana bangun berjalan di pantai.. Sengaja dia membiarkan air laut itu mengenai kakinya.. Dalam asyik berjalan sambil memandang kearah laut.. Tiba-tiba seorang budak perempuan melanggar kakinya.. Membuatkan budak perempuan itu terjatuh.. Dan menangis.

"eh adik.. Maaf tak nampak adik.." budak perempuan itu masih menangis.

"adik.. Kenapa menangis.. Ada sakit dekat mana-mana" tanya riana..membongkok badan.. Pipi yang basah dengan air mata itu disekanya..

"nama adik siapa"

"fiya.." jawapnya perlahan..

"datang dengan sia....pa" riana mendengar sayup-sayup orang memanggil nama budak perempuan itu.. Membuatkan riana tercari-cari darimana datangnya suara itu.

Terdapat seorang pemuda sedang mendukung seorang budak perempuan di tangannya.. Berjalan kearah mereka dengan wajah risau.

"anak encik ke.."tanya riana. Pemuda itu mengangguk mengiakan.

" maaf kalau anak saya susahkan cik.. Anak sayang yang ni nakal sikit.. Ada saja akalnya.. "balasnya.. Menarik tangan fiya.

" eh tak.. Dia tak buat apa-apa pun dekat saya.. Tapi lepas ni.. Harap encik lebih hati-hati.. Bahaya anak perempuan dibiar jalan sendiri di pantai" kata riana.. Sekadar memperingatkan.

"iya..terima kasih sekali lagi.."

"tak perlulah berterima kasih.. Saya minta diri dulu" riana memohon diri.. Sempat dia elus pipi fiya sebelum dia melangkah pergi.

Fateeh dan rasydan sedang duduk di ruang tamu rumah banglo tempat mereka selalu berkumpul sambil menunggu seseorang..

Kedengaran enjin kereta berhenti di perkarangan rumah tersebut.. Membuatkan rasydan dan Fateeh berdiri bangun. Pintu dibuka dari luar.. Dan melangkah masuk insan yang ditunggu mereka..

"assalamualaikum" sapa Fateeh.

"waalaikummusalam" jawapnya.

"so. Aku kena panggil kau ni Eusoff ke ceaser.." tanya Fateeh sebaik saja mereka bersalaman..

"aku masih Eusoff yang sama" jawap Eusoff. Bersalaman pula dengan rasydan. Pertanyaaan
Pertanyaan dari Fateeh turut membuatkan rasydan tergelak kecil.

"kau pasti" tanya fateeh. Memandang imej Eusoff sekarang.. Dengan mukanya yang dicukur rapi.. Kemas.. Tiada lagi jambang.. Rambut yang panjang ditocangkan kemas dibelakang kepalanya.

"kenapa tanya macam tu.." Eusoff duduk di sofa ruang tamu.

"manalah tahu.. Takut nanti aira tak kenal suaminya saja.." sengaja fateeh mengusik jiwa Eusoff..

"kau jugak yang setuju dengan plan kita sebelum ni.. Lenyapkan waris utama dimata musuh. Sekarang kau cakap apa ni" suara Eusoff mula meninggi.

"ya memang.. Tapi cara kau salah.. Cara kau bagi zulaikha tertekan.. Mana kau menghilang selama ni.. Kau tak pikir ke apa yang kami kena jawap ke aira.." balas fateeh..

Suasana menjadi tengang seketika.. Kemudian Masing-masing senyap.. Rasydan hanya diam tsk berani menyampuk ... Melihat dua abang-abangnya bertikam lidah.

Eusoff bangun lalu membuka butang bajunya.. Dan membelakangkan badannya.. Baju dibiarkan baju tersebut, jatuh sampai ke paras pingang.. Terdapat beberapa bekas luka dan parut.. Di bahagian belakangnya..

"I need time for healing myself" Eusoff menaik naik bajunya.. Perlahan-lahan membutangkan bajunya. Selesai berpakaian dia berpaling dan duduk semula.

"maaf.. Ambil masa yang lama.. Dan perancangan kita agak tersasar.. Sehingga tejadi kemalangan macam tu.." kata Eusoff

"abang minta maaf.. Abang tahu kau turut cedera sama.." matanya mula beralih kearah Rasydan..

"saya dah sihat.. Abang jangan risau.. Bukan pekara ni yang patut abang risaukan" balas rasydan.

"maksud kau" dahi Eusoff mula bekerut.

"zulaikha.. Dia.." ayat rasydan tergantung lalu memandang fateeh.

"kenapa dengan dia.. Aku tahu dia baik-baik sahaja.." potong Eusoff.

"ya.. Ya.. She fine but.. Dia marahkan kita semua.. Dia rasa dikhianati... Hmmm.. Kami putus hubungan sejak kau hilang.." tambah fateeh.

"kami ada ke rumahnya.. Memujuk.. Tapi dia halau kami.." sambung rasydan.

"dia marahkan aku yang sebenarnya.. Kan.." kata Eusoff. Membuatkan dua lelaki didepannya mengangguk setuju.

"jadi.. Macam mana. Kau nak balik.. Jumpa dia" tanya fateeh.

"abang.. Misi kita dah selesai. Balik lah pujuk dia" sambung rasydan.

"saya akan balik... Tapi ada satu lagi.. Saya nak tahu siapa lady M.. Saya rasa.. Ada yang tak kena dengan dia" kata Eusoff.

Fateeh bangun.. Melangkah menaiki keatas.. Kemudian turun semula dengan fail dan laptop ditangan..

"rasanya kamu berdua kena tengok ini" laptop dihidupkan lalu diberikan kepada Eusoff.

"saya tak faham.. Siapa firman hamsyari" tanya Eusoff.

"ini detail lelaki tu" Eusoff menyambut helaian kertas yang diserahkan kepadanya..

"mana abang dapat semua ni.. Apa kena firman hamsyari dengan kita" tanya rasydan mula meneliti transaksi yang dipamirkan di laptop fateeh.

"pelik" tanya fateeh.

"lagi pelik kalau semua maklumat ni.. Lady M yang berikan kepada abang.." sambung fateeh lalu duduk disofa, memeluk tubuh. Memandang wajah bingung Eusoff dan rasydan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience