BAB 52

Romance Completed 107916

Bunyi dari mesin pengukur detak jantung yang tidak sekata. Mengejutkan Muizz yang sedang membaca yassin disisi masyitah.

"ya Allah mak" berlari keluar muizz memanggil jururawat diluar.

"mengucap mak" muizz membisikkan kalimah suci itu ditelinga masyitah.

"Encik keluar dulu" pinta jururawat yang baru tiba dengan doktor lelaki.

Muizz keluar dari wad masyitah.. Menunggu dikerusi dengan sabar.. Mulutnya tak henti-henti mendoakan ibunya. Moga urusan ibunya dipermudahkan.

Doktor lelaki tadi keluar dari wad masyitah. Muizz terus bangun mendapatkan doktor lelaki tersebut..

"maaf Encik... Allah lebih sayangkan dia.. Harap encik banyakkan bersabar.. " kata doktor lelaki tadi.. Sambil menepuk bahu muizz memberi semangat. Muizz meraup wajahnya..

Katil masyitah ditolak keluar.. Wajah masyitah sudah dilitupi kain putih itu diperhatikannya..

"paklong.." panggil Emir. Emir terdiam melihat katil milik masyitah sudah ditolak pergi..

"biar Emir uruskan hal nenek.. Emir pergi dulu" muizz sekadar mengangguk.

Aira terjaga dari tidurnya dengan peluh yang menitik di dahinya. Bibirnya melaungkan nama neneknya.. Zarina yang terdengar laungan Aira terus terbangun..

"aira kenapa ni" zarina memeluk anaknya yang sedang menagis teresak-esak.

"nenek-nenek tinggalkan aira.. Wan bawa dia.." terang aira..

"sabar sayang.. Mainan tidur saja tu" pujuk Zarina.

"aira nampak ibu.. Nenek senyum dekat aira.. Melambai-lambai.. Pergi kearah wan.."

"shhhhh... Sayang" pujuk zarina.. Ariz turut terbangun, berdiri di muka pintu bilik aira.

"ibu.. Kita kena pergi rumah nenek sekarang" kata ariz.

"kenapa ariz" tanya zarina..

"abah call tadi.. Abah akan bawa jenazah nenek balik ke rumah" kata ariz perlahan.. Sambil menunduk ke bawah.

"Innalillahiwainnalillahirajiun" lafaz zarina.. Bertambah kuat tangisan aira didada zarina.

"dah jom kamu pergi siap.. Pergi kejut aliya. Call Eusoff suruh dia ke rumah nenek" pesan Zarina.

"sayang.. Siap yea.. Takmau menangis macam ni.. Kesian nenek kalau tengok aira menangis macam ni.." pujuk zarina.. Air mata aira diseka dengan ibu jarinya. Dahi aira dicium.. Aira mengangguk masih bersisa tangisannya.

Suasana sunyi di rumah masyitah.. Ahli keluarga masih sibuk mengemas rumah.. Menyusun atur sofa.. Melapangkan ruang tamu agar pengurusan jenazah dipermudakan. Zarina dan mastura sibuk dengan pangilan telefon.. Memaklumkan berita duka kepada ahli keluarga. Elias dan emran sudah ke masjid menguruskan hal liang lahat dan juga war-warkan kepada ahli masjid.

Van jenazan tiba dirumah masyita. Muizz turun dari van jenazah. Wajah-wajah ahli keluarga dari jauh dan dekat kelihatan di depannya.. Masing-masing mengucapkan ucapan takziah kepadanya.

Jenazah diletakkan diatas katil bujang yang telah disediakan.. Kaum lelaki mula berundur keluar dari rumah.. Tugas kaum hawa menjalan kan tugas mereka.

Dua biji kereta berhenti tidak jauh daripada rumah Masyitah.. Lorong ke rumah itu penuh dengan kereta perbagai jenis. Lima lelaki berbaju melayu hitam berjalan kearah rumah tersebut.. Sampai saja dibawah khemah mereka berpecah bercampur dengan ahli keluarga masyitah.

Jenazah masyitah dibawa ke masjid.. Disembahyangkan.. Selesai semuanya.. Beransur-ansur mereka beredar dari kubur.. Aira masih duduk ditemani oleh muizz.. Tiada linangan air mata keluar dari matanya..

"aira zulaikha" panggil muizz. Aira langsung tidak beriak..

"kakak.. Jom.. Lama dah kakak duduk disini.. Tak elok kak" pujuk Ariz..

"nenek.. Aira pergi dulu.. Semoga tenang nenek disana.. Nanti aira zulaikha datang ziarah nenek lagi.. Assalamualaikum" aira bangun.. Ariz memengang tangan aira.. Eusoff menggulung tikar.

Lima lelaki yang berbaju Melayu hitam menunggu disuatu sudut..diluar pagar tanah perkuburan.

"ariz pergi dulu masuk kereta" tangan aira ditarik dari pengangan ariz. Muizz menarik lengan Ariz. Eusoff hanya memerhati..

"kita tunggu dalam kereta" kata muizz. Memandangkan mereka datang dengan kereta Eusoff.. Ahli keluarga yang lain sudah balik meninggalkan mereka.

Aira berjalan menuju kearah lima lelaki yang berbaju melayu hitam.. Wajah aira yang tidak beriak itu diperhatikan oleh mereka bertiga dari dalam kereta. Adalaka aira sekadar mengangguk mendengar kata salah seorang lelaki itu..

"siapa tu abah" tanya Ariz.. Muizz hanya diam.

Aira mula melangkah ke kereta.. Kelima lelaki itu turut berjalan mengiringi Aira. Aira masuk ke kereta. Tangan diangkat.. Salam diberikan.. Mereka berlima menjawab dan berlalu pergi.

"siapa tu kak" tanya Ariz yang berada di sebelahnya. Namun aira tidak menjawap.. Hanya senyuman diberikan.. Dipaut leher Ariz kasar.. Meraung Ariz.. Menepuk-nepuk tangan aira.. Minta dilepaskan.. Aira melepaskan Ariz selepas ciuman di kepala Ariz diberi.

"kakak akan rindukan ariz nanti" songkok ariz dibuka.. Rambut Ariz di kusut kan.

Muizz di tempat duduk hadapan meraup wajahnya.. Ariz dan Eusoff langsung tidak mengerti.. Cermin belakang dipandang oleh Eusoff.. Aira hanya tersenyum manis membalas. Kenapa kau banyak rahsia Aira Zulaikha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience