BAB 21

Romance Completed 107916

Zarina menyalam tangan suaminya... Namun kelihatan suaminya seakan termenung jauh. Seperti memikirkan sesuatu.

"abang ok ke.. Lain saja sayang tengok.. Abang pikir apa" tanya zarina.

Muizz yang masih duduk diatas sejadah memandang ke belakang kearah isterinya zarina yang sedang bangun melipat telekung.

"aira.. Abang pikir kan aira" jelas kelihatan wajahnya kerisauan.

"abang kita dah ikhtiar kan.. Insya Allah.. Semuanya baik-baik saja" zarina memujuk suaminya. Dia duduk disamping Muizz.

"sayang tau kan macam mana aira dulu.. Abang harap aira kuat. Abang harap semangatnya kuat"

Zarina mula terbayang pengalaman membesarkan aira.. Ya.. Aira. Yang dahulunya asyik menangis ketika bayi.. Sampaikan muizz nekad mempelajari ilmu batin untuk melindungi aira.. Banyak ustaz-ustaz menjadi guru Muizz dahulu. Semuanya kerana aira.

Namun semuanya hanya sementara.. Ketika aira membesar menjadi kanak-kanak.. Dia sering menjerit-jerit adakala bercakap sendirian itu adalah pekara biasa bagi aira.. Apabila ditanya aira hanya diam.. Tidak pernah aira menceritakan kepada zarina dan muizz.

Hanya masyitah yang boleh menenangkan aira.. Kalau dengan zarina.. Aira lebih banyak melawan. Entah kenapa..dan dimana silapnya. Adakala zarina terasa dengan sikap aira.

"sayang.."

Tersentak zarina.. Apabila tangannya disentuh oleh Muizz.. Air mata yang jatuh dipipi segera dihela dengan mengunakan belakang tangan.

"sayang terasa dengan aira.. Sayang.. Dia tak sengaja. Sayang maafkan lah dia yea. " bicara muizz lembut.

"saya tahu abang.. Dia pun dah banyak berubah.. Saya bersyukur sangat" zarina menguntumkan senyuman. Muizz hanya mengangguk. Tangannya menepuk lembut tangan isterinya.

"saya laparlah.. Malam ni kita makan luar nak.. Sayang pergi tanya anak-anak.." Muizz memancing mood zarina.

"makan luar.. Best jugak sekali sekala" terpancar kecerian diwajah zarina yang tadinya muram. Dia yang tadi bersimpuh bangun keluar melaung memangil nama anak- anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience