BAB 117

Romance Completed 107916

Tedengar kocakkan air di kawasan kolam renang.. Riana berjalan mengintai melalui pintu kaca sliding door rumah itu.. Hatinya berdebar-debar.. Risau.. Kalau anak asuhannya yang berada didalam kolam.. Mata tertumpu di permukaan air.. Debaran didada dirasakan semakin kencang bila tiada siapa berada dipermukaan air.. Tanpa berfikir panjang tangannya menarik selak kunci pintu sliding lalu membuka pintu tersebut.. Dia membongkok mengiintai kedalam kolam..

"argggghhh" jerit riana kuat bila aira muncul di depan mukanya.. Terketar-ketar riana.. Mengesot kebelakang.. Aira melompat keluar dari kolam mendapatkan riana yang sedang menjerit.

"riana.. Ni akak ni.. Kak aira.. Buka mata tu.. Tengok akak.. " terang aira, memegang kedua pegelangan riana dari terus menutup wajahnya sendiri..

"taknak.. Hantu. Hantu..." jerit riana..

"hei.. Buka mata la.." kuat suara aira. Menggoncangkan tangan riana.. Perlahan-lahan riana membuka mata.. Aira lalu melepaskan pegelangan tangan riana.. Riana terus memeluk lututnya sambil menangis. Aira melepaskan keluhan berat..

"tak payah nangis riana.. Ni akak.." aira berjalan ke kolam dan terjun semula kedalam kolam.

Riana mendengar bunyi kocakan air.. Aira sudah berada didalam kolam.. Berenang-renang.. Riana bangun menyeka air matanya.. Berjalan perlahan-lahan kearah kolam..

"kenapa tengok akak macam tu" tanya aira yang sedang terapung di permukaan air.. Memandang ke langit yang kelam tidak berbintang.

"kakak berenang malam-malam.. Eh bukan malam.. Dah tengah malam.. Nak.. Nak pagi.." kata riana..

"saja.." jawap aira dengan ketawa dihujungnya.. Kemudian dia memejamkan mata.. Fikirannya kusut.. Eusoff yang sudah pergi dua minggu senyap begitu saja.. Sebelum ni Rasydan akan sembunyi-sembunyi memberitahunya .. Sekurang-kurangnya point gerakan mereka.. Kalini betul-betul senyap. Dia buntu..

"akak-akak. Naik lah atas.. Jangan tidur dalam tu" pujuk riana masih dengan wajah yang risau. Aira tersenyum.. Melihat wajah risau riana.

"akak tenang macam ni... Kejap lagi akak naik lah.. Riana masuk lah..."suruh aira.

" kak.. Kak risaukan abang Eusoff ke" tanya riana perlahan.. Lalu duduk di tepi kolam.. Menjulurkan kakinya ke dalam kolam. Aira membuka mata bila mendengar kocakkan air.. Bila kaki riana mencecah kolam.

"jom riana. Kita masuk" ajak aira.. Dia pula risau kalau riana yang demam sebab menemaninya bermain air yang tak kena pada masanya..

Riana masuk kedalam rumah terlebih dahulu mengambil tuala buat aira.. Sebaik sahaja aira selesai mengelap badannya,mereka melangkah masuk.. Sekarang riana tinggal didalam rumah bersama aira.. Menemani aira.. Riana tinggal dibilik tamu.. Aira sendiri dah menganggap riana sebagai adiknya sendiri.

Aira menyibukkan dirinya di nurseri.. Hari berganti hari.. Tambah pula.. Muizz sekarang ini mula mengambil projek baru iaitu ubahsuai landskap.. Tak siapa berani bertanya kemana Eusoff tiba-tiba menghilang kepada aira.. Aira pasti.. Eusoff sendiri telah memberitahu kepada mereka yang lain terutamanya muizz.

"Allahuakbar.." kata yang terkeluar dari mulut muizz yang sedang menonton televisyen mengejutkan aira..

"kenapa abah" tanya aira. Lalu bangun meninggalkan meja kerjanya.. Lalu mendapatkan muizz. Risau.. Kalau terjadi apa-apa kepada muizz.

"tak..abah tengok berita ni.." muizz menunjukkan kearah televisyen yang sedang menyiarkan berita terkini.. Aira turut berpaling melihat berita tersebut. Hatinya berdebar-debar..

Kereta yang terjunam kedalam laut.. Dari jambatan. Ditarik naik.. Kereta hitam yang amat dikenalinya.. Jatuh terjelepok aira dilantai.. Muizz memaut bahu aira..

"kenapa ni aira.." tanya muizz.. Aira terus menangis dibahu muizz tidak menjawap soalan muizz.

"abah.. Aira nak.. Nak keluar... Kejap" kata aira.. Berusaha bangun.. Mengapai meja kerjanya.. Lalu mengambil kunci kereta.

"aira nak kemana.. Biar abah yang hantarkan aira" langkah aira dihalang muizz..

"aira nak pastikan sesuatu.." jawap aira.

"abah teman" putus muizz.. Aira mengangguk.

Muizz mengikut langkah aira.. Dia memandu kereta aira.. Aira yang duduk di sebelahnya tersedu-sedu menahan tangis.. Muizz hanya akur mendengar arahan arah tuju perjalanan mereka. Akhirnya mereka sampai di bangunan pejabat.. Ini kali pertama muizz sampai ke tempat itu.

Aira nampak tidak kekok berjalan didalam bagunan yang terasa asing dimata muizz.. Malah setiap pekerja tidak pula menghalang langkah mereka.. Mungkin aira sebelum ini kerap kesini.. Pikir muizz.

Langkah aira terhenti didepan pintu kayu yang tertera nama pemiliknya iaitu Muhammad al-Fateeh. Aira diam bediri tegak didepan pintu seolah olah mencari kekuatan untuk melangkah masuk..lama baru aira membuka pintu bilik terebut.

"assalamualaikum" salam yang diberikan oleh muizz bila melihat aira masuk dan berhenti melangkah bila berada didepan meja Fateeh.

"waalaikummusalam.." jawap fateeh lemah yang sedang menunduk memandang ka lantai. Perlahan lahan dia mendongak.. Wajahnya berubah pucat bila melihat dua tetamunya.

Muizz memegang bahu aira.. Lembut memberi isyarat agar aira duduk.. Namun aira mengeraskan badannya..

" zulaikha nak jumpa Eusoff.. Mana Eusoff.." lantang kedengaran suara aira.

"Allahuakbar aira.. Sabar nak.. Tempat orang ni.. Tak elok buat macam tu.." pujuk muizz..

"fateeh.. Mana Eusoff" tanya muizz. Aira menyilangkan tangannya memeluk tubuh.

"zulaikha pernah cakap sebelum ni.. Apa-apa ang jadi kepad Eusoff.. I will blame you.. With your stupid plan.." kata aira yang sudah hilang hormatnya kepada Fateeh.

"ada kecelakaan.. Tapi.."

"tapi apa" marah aira.

"Eusoff hilang.. Tak dijumpai.. Kami sedang usaha mencari dia.." sambung fateeh.. Aira merasakan kakinya sudah lembik..lantai yang dipijak tidak terasa lagi... Terus jatuh terjelepok kelantai buat kali kedua.. Muizz mengangkat aira didudukkan di sofa.. Aira dibiarkan bersandar disofa.. Manakala muizz mendapatkan fateeh.

" apa yang sebenarnya terjadi fateeh..boleh kamu ceritakan dengan lebih detail" tanya muizz. Mulanya fateeh menolak untuk menceritakan.. Akibat didesak terus oleh muizz berkali-kali.. Dia akur.

"kami kena serang.. Tak tahu dari siapa.. Bertubi-tubi.. Mula dengan ugutan.. Lepas tu kemarin.. Kereta Eusoff dikejar oleh mereka. Rasydan ada sama pada malam kejadian.. Berlaku tembak menembak.. Malangnya kereta yang membawa Eusoff terbabas kedalam laut.. Sebab dihimpit oleh kereta itu.. "terang Fateeh srrba ringkas.

"mana Rasydan" tanya aira yang duduk disofa.. Membuatkan dua orang yang sedang berbincang itu berpaling kearahnya.

"dia cedera.. Ada di banglo" jawap fateeh.

Aira bangun dari duduknya..

"zulaikha".. Panggil fateeh.

"janji tetap janji.. Dan kau mungkiri janji" balas aira dan berlalu keluar dari bilik itu..muizz melihat aira pergi. Dia pun tergesa-gesa bangun..

"jangan risau.." kata muizz.

"terima kasih.. Assalamualaikum" kata fateeh.

"waalaikummusalam" jawap muizz.. Lalu keluar dari bilik pejabat fateeh.

Sebaik saja pintu bilik pejabatnya tertutup rapat..dia meramas rambutnya sendiri.. Meja dihentak kasar lalu bangun berdiri... Memandang keluar tingkap kaca.. Pertama kali rancangannya gagal.. Dimana celanya.. Musuh yang kini bukan boleh dipandang remeh. Tambah pula kepercayaan zulaikha telah lebur apabila Eusoff hilang dan mungkim telah menjadi korban.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience