BAB 36

Romance Completed 107916

"Assalamualaikum abang.. Aira nak minta izin nak ke rumah nenek.. Lepas tu aira singgah rumah ibu.. Boleh.." hp dilekapkan di telinganya.. Menanti jawapan dari corong sana.

"waalaikummusalam sayang.. Nak pergi naik apa ni.." tanya nafis.. Mereka datang berdua menaiki kereta tadi..

"nanti emran datang ambil.. Boleh ke"

"boleh.. Nanti abang ambil sayang rumah nenek.. Take care.."

"thanks Abang.. Bye assalamualaikum" panggilan dimatikan.. Apabila nafis menjawap salamnya.

Kebelakangan ini aira kerap ke rumah neneknya.. Rindu neneknya.. Tambah pula dengan kesihatan nenek yang semakin merosot.. Keluar masuk hospital..

Emran sudah menanti aira di depan bangunan 30 tingkat tempat aira berkerja. Orang ramai mula keluar dari pintu kaca automatik tersebut. Nampak saja kelibat aira melintasi palang selepas aira scan untuk keluar terus saja emran menurunkan cermin keretanya.

"aira.. Sini.." panggil emran sambil melambai dari dalam kereta. Aira yang baru keluar melalui pintu kaca automatik itu terus berjalan kearah emran.. Pintu depan sebelah pemandu dibuka..

"sory.. Lama tunggu.." tanya aira sebaik saja punggungnya selamat duduk didalam kereta emran.

"takla.. Baru sampai ja.. Kita nak balik terus ke.. Nak pergi mana-mana dulu" emran mula membelok keluar ke jalan. Aira sedang memasang tadi pingang.

"balik.. Rindu nenek.." aira tayang sengih ..

"sebenarnya weii..hmm.. Nenek tak ada dekat rumah.." teragak-agak emran memberi tahu.

"apasal pulak nenek tak ada dekat rumah.." nada aira sedikit tinggi..

"tadi pagi nenek sakit dada.. Sekarang ada kat hospital.." terang emran..

"kita ke hospital sekarang.." laju aira memberi arahan.

"weii.. Marah ke.. Sorry.." cuba memujuk aira..

"sampai hati sapa pun tak bagitahu aku.." aira memeluk tubuhnya.. Wajah memandang ke luar tingkap.. Emran mengeluh..

Sepanjang perjalanan ke hospital mereka hanya diam.. Aira sempat memberi tahu nafis yang dia ke hospital.

"lepas kau hantar aku.. Kau nak balik.. Balik lah.." emran mengeleng.

"no.. Aku ambik kau.. Nanti apa-apa.. Aku hantar kau.. Bukan jauh mana pun.." ucap emran..

Sampai hospital aira melangkah laju mencari katil yang menempatkan neneknya.. wad kardiologi, hancur lebur hatinya melihat keadaan neneknya yang penuh dengan wayar yang melekat di badannya. Dia terus memeluk tubuh neneknya erat.

" aira.. " aira berpaling memandang suara yang memanggil. Matanya yang merah menyebabkan emran menginjak kebelakang selangkah. Tangannya mengosok belakang lehernya.

"maaf cik.. Encik berdua diminta keluar.. Sekarang bukan waktu melawat" tegur satu suara berpakaian serba putih.

"aira jom.." emran memaut bahu aira.. Aira membatukan dirinya.. Dah la masa masuk tadi.. Aira mencelah masuk dengan doktor mana pun tak tahu.. Siap berikan jelingan tajam kearah guard wanita yang berbangsa india. Emran tengok pun seram.

"aira.. Aku hantar kau balik yea.." kata emran. Aira diam sahaja dari tadi..

"aku nak balik rumah aku.. Aku dah bagitahu nafis tadi." emran hanya mengangguk.

Sampai dikawasan rumah aira.. Nafis sudah sedia menunggu dibawah.. Wajah murung isterinya dipandang..

"terima kasih emran.."

"no hal bro.. Tu.. Angin tak elok tu" emran memuncungkan mulutnya kearah aira.. Aira buat tak endah.. Nafis mengangguk paham.

"jom naik sayang" ajak nafis.. Setelah kereta vios hitam milik emran hilang dari pandangan mata.

"abang.. Tak da mood nak masak.." rungut aira..

"it ok.. Abang masak malam ni" balas nafis. Membulat mata aira..tak percaya. Nafis tayang sengih.

"jangan buat lawak lah abang.. Abang goreng ikan pun hangus.. Ni kan nak masak.. Meletup dapur nanti" aira menggeleng.. Terbayang ketika nafis menolongnya mengoreng ikan.. Minta tolong alihkan ikan saja.. Dibiarnya sampai hitam legam.. Anak manja mak lah katakan.. Tangan tak pernah buat kerja.. Apatah lagi kerja dapur.

"perli abang nombor satu... Yea lah.. Kejap abang tapaukan..ke nak makan luar" pipi aira dicubit manja.

"tak larat nak keluar lah.. Kejap lagi ada kerja nak buat..." malas aira bersuara..sambil menunjukkan document holder ditangannya.

"ok sayang pergi mandi dulu.. Abang keluar kejap beli nasi goreng.." aira hanya mengangguk. Setuju saja apa pun.. Malas nak pikir. Memang mood kelaut..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience