BAB 120

Romance Completed 107916

Kedengaran seseorang sedang menyangkul di taman rumahnya.. Langsir tingkap biliknya diselak mengintai mencari si pelaku.

'ariz.. Buang tebiat apa budak ni..pagi-pagi menyangkul.. Ingatkan abang tadi..' ngomel zarina sendiri. Yang masih bertelekung sebaik saja selesai menunaikan solat dhuha. Telekung dibuka, disidai ditempatnya. Harini dia tidak memasak sarapan.. Aira sendiri sudah menyiapkan semua.

Zarina melangkah keluar rumah melalui pintu belakang.. Selipar disarung ke kaki.. Lalu berjalan mendekat kearah ariz.. Yang sedang asyik menyangkul dari tadi. Lubang yang dicangkul tak lah sedalam mana.. Cuma makin membesar saja lubang tersebut.. Nampak sangat tak reti..

"ariz.. Buat apa ni.. Siapa suruh cangkul tanah tu..tengok rosak rumput abah ni... Nanti abah bising pulak" tengur zarina bercekak pinggang.

"ariz nak tanam tu" jawap ariz memuncungkan bibirnya kearah sesuatu tempat.

Zarina berpaling.. Melangkah mendekat kearah yang ditujukan atiz tadi. Terdapat rambut yang sudah dikerat.. Diletakkan diatas hamparan surat khabar. Kenal sangat zarina dengan pemilik rambut tersebut. Terduduk zarina di kerusi batu disitu. Ariz datang mencempung surat khabar lalu membawa pergi isinya lalu ditanam. Zarina hanya memerhati tingkah anak lelaki tunggalnya.. Sehingga selesai perkerjaannya.

"ibu.." pangil ariz..

"ibu nak masuk tengok kakak.." zarina melangkah pergi meninggalkan ariz sendirian.

Pintu bilik aira dikuak.. Terlihat aira sedang berdiri didepan cermin.. Mengelap rambutnya dengan tuala,baru sudah mandi barangkali. Rambut yang sudah pendek paras bahu diperhatikan.. Zarina duduk dibirai katil.. Cucu-cucunya yang sedang tidur di atas katil dipandang..

"aira.." "ibu.. " serentak mereka berkata.. Kemudian masing-masing tersenyum..

"aira tinggal lama sikit dengan ibu.. Seminggu ke.. Boleh" zarina bertanya.. Sebenarnya dia lebih risaukan aira, sengaja dia mempelawa aira tinggal dengannya.

Aira tidak menjawap pertanyaan ibunya.. Perlahan kepala menggeleng..

'Dia tu sekejap saja sayangkan kau.. Yea lah mula-mula dibelai kau.. Berjanji untuk setia dan sayangkan kau.. Sampai kau dahagakan kasih sayang dia.. Akhirnya dia sendiri pergi tinggalkan kau.. '

Kata-kata pedih dari azhar.. Terngiang ngiang telinga.. Petang kemarin..membuatkan hati aira bertambah sakit.. Sakit dengan semua orang.

"ibu.. Aira ada kerja.. Tak boleh lama-lama.. Esok pagi aira nak balik dah.. Kalau ikutkan petang ni aira nak balik.. Tapi abah tu. Suruh aira bermalam semalam lagi.." jawap aira.

"ok lah sayang.." zarina bangun memeluk aira.. Kepala aira digosok-gosok lembut.. Rambut yang pendek itu dielus perlahan..aira turut membalas pelukan ibunya.

Sedang mereka sibuk memasak hidangan tengah hari.. Salam kedengaran diluar rumah. Tahulah bahawa tetamu mereka hati ini telah sampai. Nafis datang bersama dua anak perempuannya dan Razita.

Suka razita bila melihat aira.. Tambah pula razita melihat anak kembar aira.. Seolah-olah melihat cucunya. Walaupun tidak kesampaian untuk terus menjadi menantunya.. Namun aira sudah dianggap sebagai anaknya sendiri..dia tidak akan mendesak nafis seperti dulu lagi.. Dia hanya akan mengikut sahaja asalkan mereka bahagia..

"lupa nak tanya mak.. Yang kecil ni.. Nama apa" tanya aira kepada razita..

"ha.. Yea lah ni pertama kali dia datang sini.. Ni namanya shaheera.." jawap razita..

"sedapnya nama.. Serupa tuannya.. Yang kecik comel.." pipi gebu milik sikecil itu dicubit lembut.. Lari sikecil itu menyorok dibelakang neneknya. Lagi suka aira mengusik..

"aira.. Boleh tak mak nak bawa ammar balik.. Seminggu macam tu mak hantar balik" razita bersuara.. Membuatkan wajah aira yang ceria tadi berubah.

"mak bukan apa.. Sajalah nak bagi mereka bertiga ni rapat sedikit.. Kat rumah bukannya ada siapa-siapa.. Mak.. Abah dengan nafis saja.. Dengan budak dua ni.." sambung razita bila melihat aira terdiam.

"boleh ke mak.. Ammar tu makin nakal sekarang ni.. Takut susahkan mak nanti" kata aira.

"tak apa aira.. Abang tak paksa.." nafis bersuara.

"boleh.. Itukan anak awak.." akhirnya aira mengalah.. Bila nafis sendiri bersuara.

"sebenarnya nafis yang teringin nak bawa balik ammar seminggu.. Tapi dia tak berani nak bersuara.. Takut aira marahkan dia" razita separuh berbisik ditelinga aira.. Aira hanya mampu tersenyum tawar..

"aira. Masuk siapkan beg ammar.." aira berdiri.. Ammar yang sedang bermain dengan adik-adik perempuannya diperhatikan..

"ammar.." panggil aira. Ammar berhenti bermain dan mendapatkan mamanya.

"papa nak bawa ammar balik dengan papa..Nanti ammar jangan nakal-nakal yea.. Dengar cakap papa..nenek..boleh" lembut bicara aira.. Kepala ammar digosok perlahan. Ammar memandang nafis.. Kemudian dia memeluk leher air yang sedang mencangkung didepannya.

"tapi ammar nak abi" bisik ammar ditelinga aira.. Membuatkan dada aira sebak.. Aira memeluk ammar.. Erat.. Nafas ditarik dalam mencari kekuatan..

"tunggu abi balik.. Ammar ikut papa dulu yea.." serak suara aira.. Ammar mengangguk. Pelukan perlahan lahan dileraikan.. Aira berpaling terus melangkah masuk kedalam rumah..

Mereka yang lain hanya memerhati.. Ammar berlari memeluk kaki wannya yang berdiri dekat dengan mereka.. Ammar didukung muizz.

"ammar kenapa ni.. Takmau nangis.. Tengok tu.. Adik ammar main.. Tak nangis pun.." pujuk muizz. Air mata ammar diseka dengan tangan kasarnya.. Muizz sudah mendengar apa yang dikatakan oleh ammar sebentar tadi..

Sebaik saja Nafis dan keluarganya bertolak balik.. Aira duduk sendirian ditaman..termenung entah sudah sampai kemana..

" aira.. Kenapa duduk sini sorang-sorang. Anak-anak mana " tegur muizz.. Muizz sudah melihat aira lama..dari tingkap biliknya lagi.

"saja duduk sini. Anak-anak dah tidur.." jawap aira.

"abah tengok aira macam tak ok saja.. Ada benda nak cerita dengan abah.." muizz melabuhkan punggungnya di kerusi batu bertentang dengan Aira.

"entah lah abah.. Kadang-kadang aira rasa macam aira ni.. Tak sesuai dengan siapa-siapa.. Lepas satu-satu.. Dulu nafis.. Sekarang Eusoff. Mungkin aira ni memang tak akan hidup berpasangan macam orang lain.. Bahagia macam orang lain" kata aira sambil melepaskan keluhan berat.

"Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini." muizz memandang aira..

" kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. " sambung muizz lagi.. Kali ini dapat dilihat jelas ada butiran jernih jatuh di pipi aira.. Mengalir jatuh menitik ditangan aira.

" aira.. tak.. Tak kuat abah.. "kata aira serak dan putus-putus. Muizz bangun duduk disebelah aira.. Belakang aira di gosok perlahan.

" dia hilang.. Lepas tu boleh pula orang lain datang.. Suruh jagakan aira.. Dia ingat dia siapa "

" aira tahu apa yang dia kejarkan, abah.. Aira dah cuba halang dia.. Tapi langsung dia tak endah.. Dia tinggalkan aira.. Anak-anak.."

"macam aira ni.. Tak penting buat dia.. Anak-anak makin membesar.. Apa aira nak cakap bila.. Anak-anak tanya mana abi diaorang.."

"aira benci dia.." tangisan aira teresak esak.. Kepala aira terletak dibahu muizz.. Muizz mendengar setiap luahan hati aira. Tak pula dia menambah.. Dibiarkan saja aira berkata semahunya.

"aira.." diam.. Panggil muizz perlahan.. Diintai wajah anaknya.. Sudah terlena. Aira mata bersisa dibiarkan sahaja..

Kesempatan ini diambil oleh muizz.. Belakang tengkuk aira ditekan dengan hujung jarinya.. Mulutnya mula terkumat kamit. Zarina datang dengan sedulang air ditangan lalu diletakkan diatas meja batu. Bila zarina yakin muizz selesai..

"kenapa ni abang.." tanya zarina.

"pergi panggilkan ariz.. Suruh dia bawa aira ke bilik" arah muizz.

Belum sempat zarina pergi aira sudah terjaga. Terkebil-kebil memandang muizz dan zarina..

"aira pergilah masuk.. Pergi tengok anak-anak" kata muizz.. Aira bagun menurut.. Masuk kedalam rumah.

"kenapa abang.. Ada yang tak kena dengan aira ke" tanya zarina risau..

"tak ada apa.." balas muizz.. Air kopi yang dihidangkan dihirup perlahan.

"aira dah tahu pasal nafis" tanya zarina.

"tak perlu bagitahu aira dulu..biar dia tenang.. Dia sendiri sedang serabut.." balas muizz.

'aira bersih.. Tapi kenapa dia menafikannya.. Adakah dia dipermainkan.. Apakah maksud semua ini..adakah.. Tak mungkin' perkara itu bermain di fikiran muizz tika ini.

Muizz memandang muka zarina yang mula gelisah.. Jawapan yang diberikan tadi tidak memuaskan hati isterinya. Muizz tersenyum.. Menyakinkan zarina.. Malangnya.. Makin mencuka pula wajah zarina.. Mambuatkan muizz ketawa kecil dan mengeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience