BAB 132

Romance Completed 107916

Mansion yang agak tersorok di kawasan hutan.. Jauh dari kawasan bandar.. Menjadi pilihan firman,untuk menginap bersama nadia.. Rumah tersebut diperkuatkan pengawasannya dua kali ganda.

"tuan panggil saya.." tanya ethan.

"saya tak dapat hubungi farah.." kata firman sambil mengeluarkan curut dari poket bajunya.

"saya..akan segera hubungi pengawal yang menjaga dia tuan.." balas ethan.

"dah pergi.." firman melayangkan tangannya.

"malam ni..kita tinggal sini.. Yea sayang.." firman mencuit dagu nadia. Nadia membalas dengan kucupan di pipi firman..

"tuan.." firman datang semula. Firman membuat isyarat tangan memanggil. Ethan mendekat.

"saya.. Tak dapat hubungi pengawal yang menjaga cik farah.." katanya gugup.

Firman bangun mendekat dengan ethan.. Kaki ethan ditendang kuat. Membuatkan ethan merintis perlahan.. Sedaya upaya menahan sakit.

Firman berhenti setelah penat menendang .. Dadanya berombak kasar.. Nadia bangun mendapatkan firman.. Belakang firman dipeluk.. Dan dibawa firman duduk di sofa.

"ethan.. Ambilkan air.." nadia menunjukkan ke arah air yang berada di atas meja sudut. Segera ethan berjalan.. Dengan menahan sakit kakinya. Nadia menyambut air dari tangan ethan.. Lalu diberikan kepada firman. Firman menempis..

"ethan.. Kau cari mana farah..." kata firman..

"kau pesan dekat pengawal berjaga-jaga.. Lakukan kawalan ketat malam ni " arah firman lagi.. Ethan mengangguk.

"dah pergi.. Jangan kacau aku.. Kalau tak ada benda penting.." pesan firman lagi.

"sayang kenapa ni.."tanya nadia. Firman mengeleng.. Rahang muka nadia dimainkan lembut dengan jarinya..

" u tidur dulu.. I ada kerja.. "katanya.. Nadia bangun naik ke katil seperti yang disuruh oleh firman..

Sementara firman sibuk memeriksa senjatanya.. Siap diisi dengan peluru.. Satu dia selitkan dibawah bantal tempat tidurnya.. Yang lain-lain dia menyembunyikan di tempat yang berbeza..

Kemudian dia duduk dikerusi tunggal.. Menyilangkan kakinya.. Dan gelak kuat sendiri.

"keturunan kau dah sampai.. Aku pasti harini akan tiba.. Jadi aku akan bersiap sedia menunggu.." katanya tanpa rasa gusar.

Sementara diluar kawasan mansion. Kumpulan dari rasydan, fateeh dan rasydan sudah sedia mengepung rumah tersebut.. Satu persatu pengawal yang berjaga ditumpaskan tanpa sebarang bunyi dan tanpa pengetahuan tuan tanah.

Fateeh dengan kumpulannya memutus kan bekalan kuasa mansion yang luas itu.. Dan segera rasydan dan Eusoff menyerbu masuk kedalam.. Berlakulah aksi tembak menembak di dalam kawasan yang gelap.

Firman sudah siap sedia.. Bila biliknya menjadi gelap, dia segera mencapai pistol yang berada di bawah bantal.. Digoyangnya badan nadia yang nyenyak tidur..

"kenapa ni.. Kenapa gelap.." rungut nadia. Firman segera menekup mulut nadia..

"sshhhh.." dia membisik di telinga nadia. Nadia mengangguk..

Bila mendengar bunyi tembakan.. Nadia terus cemas dan mula menangis. Mencekam erat baju firman. Kedengaran derapan kaki diluar pintu bilik..

Brukk.. Pintu dirempuh dari luar.

"tuan.. Tuan" panggil ethan..

"ethan.." panggil firman dalam gelap.

Ethan menyuluh lampu telefon bimbitnya kearah firman..

"tuan kita diserang.. Saya mohon tuan ikut saya.. Kita akan lari dari sini"

"cepat bawa aku pergi" katanya

Nadia sudah meraung bila dirinya ditinggalkan oleh firman.

"diam nadia.. Kalau kau nak ikut aku. Kau diam..dan pegang ni" firman menyerahkan sepucuk pistol kepada nadia.. Nadia menyambut dengan tangan yang terketar-ketar.

Ethan keluar dengan sorotan lampu dari telefon bimbitnya..

Bang.. Ethan ditembak tepat dikepalanya.. Membuatkan jeritan nadia kembali memenuhi ruang tersebut.

Firmam melepaskan tembakan bertubi-tubi.. Kerana keadaan gelap dia langsung tidak nampak dimana musuhnya berada.

Pistol yang kehabisan peluru dicampak..lalu merampas pistol yang berada ditangan nadia. Dia melakukan perkara yang sia-sia sekali lagi..

"keluarlah.." firman merengus marah.

Keadaan menjadi hening seketika.. Firman perlahan-lahan berjalan keluar.. Keadaan masih sunyi.. Kemudian keluar nadia mengikut dibelakangnya.

Bang.. Kini nadia menerima nasib yang sama dengan ethan. Firman kembali menembak..

Keadaan kembali terang semula.. Sehingga mata firman terasa silau dengan sinaran lampu yang menyuluhnya..

Telinganya dapat menangkap derapan kaki beberapa orang berjalan.. Dia menjatuhkan tangannya.. Terdapat beberapa lelaki yang lengkap memakai teropong malam di setiap kepala mereka dan masing-masing bersenjata.

"nak apa dari aku.." marah firman.. Walaupun dia sudah tahu siapa gerangan tetamu tak diundangnya..

"firman hamsyari" satu suara menyebut namanya.. Lalu laluan dibuka memberikan tuan yang bersuara tadi untuk melepasi.

"kau siapa.." tanya firman.. Dengan angkuh. Memandang lelaki kacukan didepannya. Lelaki itu hanya tersenyum sinis. Kemudian datang lagi dua lelaki dibelakangnya.

Fateeh berjalan maju melepasi Eusoff dan rasydan..

"rasanya kau lebih kenal aku kan.. " kata fateeh menarik bahu firman. Namun firman segera menempis.. Lalu berlaku pergelutan disitu.

Yang lain hanya mendiamkan diri. Fateeh dan firman masing-masing mempamerkan seni persilatan yang mereka kuasai.

Firman sudah termengah-mengah.. Namun dia masih tidak mahu mengalah.. Memang perbezaan mereka jauh.. Dari segi umur.. Dan segalanya.. Fateeh langsung tidak memberi peluang buat firman.. Dia mengunci tubuh firman.. Sehingga lelaki itu mengerang kesakitan..

"abang.." rasydan menegur. Fateeh bangun dari terus menindih tubuh firman.. Diheret lelaki itu turun ke ruang bawah..

"tak sangka kau hebat juga firman" bisik fateeh ditelinga firman.

Mereka yang lain hanya mengikut langkah Fateeh.. Firman terbeliak memerhati ruang tamunya yang bergelimbangan dengan pengawal-pengawalnya yang sudah ditumbangkan.

Fateeh menghempas tubuh firman dikerusi tunggal yang terdapat diruang tamu tersebut.. Lalu di duduk bertentangan mengadap dengan firman.

"ckckck.."

Terdengar bunyi seseorang dari muka pintu membuat bunyi mulutnya. Mereka berpaling.. Siap sedia menghala senjata kearah muka pintu.

Masuk melangkah seorang yang bertopeng rubah dengan senyuman terpancar dibibir merahnya. Berjalan melintasi badan-badan yang sudah tumbang. Dibelakangnya diikuti oleh dua lelaki bertopeng putih kosong, rubah sama sepertinya.

Mereka yang lain mehalakan muncung senjata kebawah semula.. M berjalan mendekat kearah Fateeh. Bahu fayeeh yang membelakanginya disentuh.. Membuatkan Fateeh bangun.. Memberi laluan kepada M..

"M" firman tergelak kuat.. M duduk bertentang dengan firman, ditempat yang awalnya duduki oleh fateeh tadi. Eusof menghalakan pistolnya tepat di kepala M. Namun M tidak mengendahkan langsung Eusoff. Fokis utamanya hanyalah firman.

Eusoff memandang Fateeh.. Tiada jawapan yang dia dapat. Kemudian dia beralih kepada Rasydan.. Rasydan menggelengkan kepalanya..

M menarik topengnya lalu diletakkan di bahagian telingan kirinya.. Membuatkan Eusoff yang berada disebelah kiri M tidak dapat melihat wajah M..

Firman bagun ingin mencekik M.. Namun laju tangan kiri M mengunus pedang katananya.. Lalu menusuk bahu firman..

"sabarlah.. Saya baru duduk.." katanya sinis dengan gelak kecil.

Suara yang keluar itu membuatkan mata Eusoff membulat besar.. Jantungnya berdetak laju..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience