BAB 69

Romance Completed 107916

Selepas subuh.. Aira turun ke dapur.. Menyediakan sarapan.. Selesai sarapan dia mengejutkan Jovelyn.. Dia masuk ke bilik semula mencari Eusoff.. Namun tiada.

Dia keluar semula.. Semasa melintas.. Dia terdengar sayup-sayup suara orang mengalunkan ayat suci Al-quran.. Aira mencari punca suara itu.. Sampai dia terjumpa tangga naik ke tingkat tiga..

Kaki melangkah memanjat tangga keatas.. Kelihatan Eusoff sedang duduk membaca Al-quran.. Sungguh merdu suaranya.. Aira tersandar dipintu menghayati alunan merdu itu.

"qalbii.." panggil Eusoff sesudah dia menutup dan menyimpan Al-quran tersebut.. Aira senyum memandang suaminya.

"jom.. Turun makan" aira membuka pintu bilik itu lebih luas.. Dia memandang segenap ruang bilik.. Banyak kitab-kitab dibilik tersebut.. Disamping buku-buku yang lain.. Jarinya bermain-main di buku yang elok tersusun di rak..

"banyak kitab.. Hubby baca semua" tanya aira..

"hmm.. Ada yang dah.. Ada yang belum.. Banyak yang abah hadiahkan.. Dari mula-mula hubby masuk islam.." terangnya. Sambil memeluk pinggang aira dari belakang.. Pipi aira dicium lama.. Memerah muka aira.

"jom turun.. Qalbii dah siapkan sarapan.. Kejap lagi qalbii nak keluar.." Eusoff memandang kearah jam.. Masih awal..

"qalbii masak.. Makcik pun belum masuk kan.." aira mengangguk..

"qalbii nak kemana... Hubby kena singgah resort kejap.." kaki mereka mula melangkah keluar dari bilik..

"nak ke nurseri.. Lepas tu nak keluar.. Cari hp.." Eusoff mengangguk..

"naik kereta hubby.. Si merah tu" kata Eusoff sambil menyuakan kunci kereta kepada aira.

"kalau naik tu.. Hubby nak pergi resort naik apa"

"tu ada.. Si hitam diluar.." balas Eusoff..

Mereka melangkah kedapur.. Sempat singgah di bilik Jovelyn.. Yang sudah siap mandi... Selesai makan. Aira menyiapkan Ammar..

"hubby bawa Jovelyn.. Qalbii bawa kereta hati-hati.. Jangan nak drift sangat.. Kalau nak drift.. Hubby bawa pergi litar nanti.. Kita drift sama-sama" aira sudah tegelak mendengar bebelan si suami..

"kenapa gelak.. Hubby serius la.." tegas Eusoff.

"tak lah.. Tak tahu pulak hubby pandai beleter.." kata aira. Eusoff tak puas hati terus memeluk tubuhnya.. Matanya merenung tajam aira dedepannya.

"ok.. Ok.. Baik boss.. Insya Allah qalbii drive hati-hati.. Takut juga naik kereta mahal tu.. Kalau tercalar macam mana.." aira mengaru kepalanya..

"itu tak penting.. Yang penting isi dalam tu.. Kereta tu pulak yang dia risaukan.. Yang penting Qalbii dengan Ammar..faham" kedua-dua lengan aira sudah dipaut. Aira mengangguk berulang kali. Lantas Eusoff memeluk tubuh isterinya. Kepala aira diusap dengan penuh kasih sayang.. Dahi aira dicium sebelum pelukan dileraikan.

"qalbii nak ke nurseri je lah hubby.." rungut aira.. Dia mengangkat ammar ke pelukannya.

'entahlah.. Berat terasa hatinya. Nak lepaskan aira pergi pagi ni..' Eusoff mengurut dadanya.

Aira mencubit manja pipi Eusoff.. Eusoff hanya membiarkan.. Mereka bersalaman.. Ammar diletakkan di kerusi bayinya dibelakang.. Eusoff melihat kereta yang dinaiki aira keluar dari halaman rumah.. Sehingga hilang dari pandangan matanya.

"assalamualaikum.. Eusoff.. Tu aira nak kemana.. Awalnya.. Makcik baru nak masak" kata ramlah yang baru masuk.

"aira nak pergi kerja.. Takpa makcik.. Aira dah buat sarapan.. Eusoff dan Jovelyn dah makan" kata Eusoff. Ramlah mengeluh.

"kenapa makcik"

"makcik rasa.. Macam makcik tak diperlukan lagi disini.. Aira takbenarkan makcik masak" rungut ramlah..

"makcik.. Bukan macam tu.. Aira memang macam tu. Kalau boleh semua dia nak buat.. Makcik boleh kemas rumah.. Dan jagakan pokok-pokok bunga.." kata Eusoff sambil tersenyum. Ramlah mengangguk.. Dia keluar semula ke belakang.. Menyiram pokok bunga.

Aira sudah sampai di nurseri.. Kereta dipakir diluar.. Kassim datang membuka pagar sambil tersenyum..

" assalamualaikum" tegurnya..

"waalaikummusalam" jawap aira.. sambil mendukung Ammar..

"boss belum datang" tanya aira. Kassim mengangguk.. Aira teragak untuk melangkah masuk.. Aira mencari hp didalam beg.. Kemudian dia menepuk dahi.. Hp dah ranap lah..

"kassim.. Boleh pinjam hp" kassim menyerahkan hpnya kepada aira.. Baru aira nak memdail nombor Muizz. Kereta Muizz melintas di depannya.

"takpalah kassim.. Boss dah sampai. Terima kasih" hp kassim diserahkan semula.

Kassim menyimpan hpnya kedalam poket. Dia mengangkat tangan dan memberi salam kepada Muizz.. Muizz menjawap salam..

"aira.. Awal sampai.. Abah rasa abah dah datang awal ni" kata Muizz.. Aira tersenyum.

"arini first day aira dari sana.. Takut jem tadi.. Tu keluar awal" jawap aira..

"abah. Kejap lagi aira nak keluar kejap pergi beli barang.." muizz sekadar mengangguk.. Dia sedang membuka pintu pejabatnya..

Aira menyiapkan kerjanya.. Ammar dibiarkan bermain di bawah.. Dengan mainannya.. Kemudian kedengaran Ammar mula merengek.. Aira menyusukan Ammar.. Sehingga ammar terlena..

" abah.. Ammar dah tidur.. Aira keluar kejap yea... Abah nak pesan apa-apa tak"

"taklah.. Abah dah makan tadi.. Bawa kereta elok elok.." pesannya.

Aira bersalaman dengan Muizz.. Dia melangkah keluar dari ruang pejabat itu. Menuju ke kereta. Sempat dia melihat kassim yang sedang menabur baja.. Kassim menunduk ke arah Aira.. Aira turut mebalas dengan anggukan kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience