BAB 9

Romance Completed 107916

Beberapa bulan berlalu.. Aira sudah selamat menduduki ujian SPM..

KRINGG... KRIINGG..

"assalamualaikum" jawap masyitah setelah ganggang telefon diletakkan di telinganya.

"waalaikummusalam nenek.. Saya awatif.. Aira ada" tanya awatif.

"ohh awatif.. Kejap yea" kedengaran masyitah melaung nama aira.. Aira yang sedang memakai tudung mendapatkan neneknya.

"ya nenek" jawap aira.

"awatif telefon" terang masyitah sambil menunjukkan arah telefon. Segera aira belari kecil mencapai ganggang telefon.

Masyitah hanya memerhati cucunya.. Aira kemudiannya meletakkan ganggang telefon. Aira membetulkan tudungnya semula.

"dah siap nak pergi interview ke" tanya nenek.

"yea nek.. Kejap lagi ariz antarkan dekat bus stop.. Ada bas kilang yang akan ambilkan.. Sekali naik dengan maksu awatif. Safiya pun ada sama" terang aira.. Untuk meyakinkan neneknya.

"yea lah.. Ariz.. Nanti tunggu sampai kakak naik bas.. Baru ariz balik tau.." pesan masyitah. Ariz mengangguk.

"ada duit belanja.." tanya nenek.

"ada nenek" balas aira.

Aira bersalaman dengan neneknya.. Lalu keluar memakai kasut. Ariz sudah menunggu aira diatas motor.

"jaga diri elok elok aira.. Apa apa telefon nenek" pesan masyitah. Aira mengangguk lalu melambai kearah masyitah. Masyitah memandang kedua cucunya sehingga hilang daripada pandangan mata.

Sampai di perhentian bas seperti yang dijanjikan.. Kelibat awatif dan safiya sudah kelihatan.. Bersama maksunya.. Ada lagi kawan kawan maksu awatif yang turut menungggu bersama.

"ready nak kerja" tanya maksu awatif. Aira menyalam tangan maksu awatif.

"boleh la maksu.. Tapi takut jugak" jawap aira.

"jangan risau. Insya Allah semua akan ok je" ucap maksu awatif sambil tersenyum.

Tak lama menunggu. Sebuah bas biru yang bertulisan.. Bas kilang berhenti di depan mereka.. Kami turut naik mengikut kakak dan makcik yang lain. Sempat aira melambai ke arah ariz. Ariz membalas lambaian aira.. Bas pun bertolak menuju ke kilang.

Sampai saja kilang kami menunggu di luar..selepas mengisi borang. Ramai lagi yang menunggu di luar.. Nama dipanggil satu persatu dan dibelikan pass untuk masuk.

Seorang wanita cina umur 30-an datang. Memperkenalkan namanya irene dari bahagian HR.. Dia yang akan adakan sesi temuduga.. Kami dibawa masuk ke ruang bilik yang agak besar.. Diberi IQ test.. Selepas selesai. Kami pulang.. Menaiki teksi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience