BAB 4

Romance Completed 107916

Empat Tahun Berlalu...

Kini Aira sudah berumur tujuh belas tahun.. Tahun ni dia akan menduduki ujian SPM.

Aira masuk kedalam kelasnya.. Duduk dikerusinya.. Di barisan kedua.. Dekat dengan tingkap. Dia memandang keliling.. Masih belum ramai pelajar yang masuk..

Kedudukan meja disusun satu satu.. Macam situasi meja peperiksaan.. Pelajar pula disusun selang lelaki dan perempuan.. Ini atas pemintaan guru kelasnya untuk mengelakkan pelajar bersembang semasa sesi pembelajaran.

"aira.. Aku cari kau kat bawah tadi.." tegur safiya.. Awatif turut berada disebelahnya.

"aku naik terus tadi.." jawap aira sambil senyum.

"petang ni jom mandi sungai atas bukit tu.. Nak" ajak awatif.

"tengok lah.. Aku tanya nenek aku" balas aira.

"ok..nanti balik aku call yea" tambah awatif. Aira hanya mengangguk.

Awatif dan safiya duduk di tempat mereka. Kelihatan tiga susuk tubuh masuk kedalam kelas.. Dhani, Iqbal dan Azhar.

Dhani duduk didepan aira, azhar di belakang manakala iqbal sebelah kanan aira..

"morning aira.." tegur dhani.. Si mulut manis.

"waalaikummusalam dhani" jawap aira. Iqbal menunjukkan ibu jari kepada dhani.

"padan muka.. Kan mendapat" iqbal ketawa. Dhani mencebik.

"pagi pagi dah garang.. Makan tebuan ke pagi tadi" tanya dhani.. Aira hanya menjeling. Azhar hanya memandang kawan kawannya tanpa menyampuk.

"dhani..kau ni pagi pagi dah kacau orang" tegur safiya disebelahnya.

"kau jeles la tu aku tak tegur kau kan..." dhani sengih memandang safiya.

"tak ingin aku.. Lain la kalau tu emir.." sindir safiya.. Safiya memang suka sangat dengan si emir tu..

"macam tak ada nama lain.. Asyik nama tu" dhani buat muka nak muntah.

"eh dah la korang ni.. Bising" celah Iqbal

"korang ni kalau jumpa mesti gaduh kan.. Nak kena bagi khawin jugak korang dua ni" bebel awatif dibelakang Iqbal.

"eee... Tak mau aku, si pendek ni" ejek safiya.

"aku pun tak ingin la.." balas dhani. Memalingkan wajahnya laju.

Kami yang melihat si dhani acah acah merajuk tu pun ketawa.. Hanya azhar saja yang senyum..

Cikgu laila masuk kedalam kelas.. Sesi pembelajaran pun bermula. Sedang cikgu laila sibuk menulis dipapan putih.

Aku mencuit bahu Iqbal.. Iqbal mengangguk. Paham. Aku dengan iqmal bertukar tempat duduk.. Macam biasa.

Azhar dibelakang hanya memandang aku kemudian menggeleng. Baru terang sikit mata aku ni.. Duduk betul betul depan papan putih.

"ooii panas.." bisik iqbal.

"apa yang panas" tanya aira.

"kerusi kau la aira oii" kemudian iqbal ketawa kecil.. Aira memusingkan jari telunjuknya di kepala sebagai isyarat gila..

'Baik aku salin cepat. Kalau cikgu perasan nanti mau aku kena. Tak pasal pasal aku tak siap.. Kena pinjam buku safiya pulak nanti..' Selepas cikgu keluar aku tukar semula duduk ditempatku.

"mana cermin mata kau aira" tanya iqbal

"ada.. Lupa nak bawa" balasku.

"dah tu nampak orang ka.. Tak pasal nanti langgar orang" tanya iqbal lagi.

"nampak.. Dekat tu nampak.. Jauh tu nampak samar samar lah... Reaksi muka orang tu aku tak nampak jelas.. Orang tu aku nampak ja." terang aira. Iqbal ketawa kecil.

"dah tu kalau orang senyum dari jauh.. Kau tak nampak lah yea" tanyanya. Aira mengangguk.

"nanti orang ingat kau sombong" balas iqbal.

"biarla.." balas aira pendek.

Kringgggg....

Kedengaran loceng sekolah berbunyi.. Menandakan sesi persekolahan tamat..

Semasa melangkah turun.. Sempat melihat emir di keliling oleh peminat perempuannya. Emir menjadi ketua pengawas tahun ni. Safiya disebelah sudah tergedik melihat emir.

"akak jom.." tegur satu suara.

"kena ariz naik sini.. Kakak dah pesan kan.. Kakak turun cari ariz" marah aira. Ariz tersengeh. Safiya memandang aku dan ariz dengan muka pelik.

"sapa budak hensem ni" tanya awatif.

"ni adik aku ariz zuhairi.. From one" aira mengenalkan ariz kepada dua sahabat baiknya.

"hensemnya adik kau aira" balas safiya. Merah muka ariz bila dia dipuji.

"adik aku memang hensem pun.. Hensem dari emir kau tu" sindir aira. Lengan ariz ditarik. Kami berjalan.

Keluar saja pagar sekolah aira berpisah dengan safiya dan awatif.

"ariz nampak emran tak" tanya aira. Ariz mengeleng.

"jom ikut kakak" ajak aira menarik ariz mengikutnya.. Untuk melintas jalan. Aira kemudiannya jalan melintasi deretan kedai.. Sampai di belakang bangunan kedai aira berhenti.

"kita buat apa kat sini kak" tanya ariz.. Sambil memandang keliling.

"ikut je.." balas aira. Aira berjalan masuk kedalam lorong belakang.

"emran" laung aira.

"yea kejap aku datang" dengar suara membalas laungan aira. Satu susuk tubuh datang kepada mereka..

"bau rokok la emran oii" marah aira. Emran sengih. Ariz memandang hairan.

"woii.. Kau bawa ariz ni buat apa" tanya emran baru menyedari kehadiran ariz.

"biarla.. Dah jom.. Aku nak balik.." tegas aira. Emran hanya menurut. Sambil tangannya mengeluarkan gula gula mint untuk meghilangkan bau rokok di dalam nafasnya.

Emran merupakan adik kepada emir.. Aira sudah dipesan oleh nenek untuk menengok kan emran di sekolah. Emran dengan perangai nakalnya menyebabkan maksu sudah malas mengambil tahu perihal emran.

Sampai saja rumah nenek emran masuk terus ke bilik air. Sebelum sampai tadi aira sudah memberitahu ariz supaya diamkan apa yang di nampak tadi.

"korang pergi mana balik lambat" tanya emir kasar. Emir sudah menukar baju uniform sekolah.

"mana ada pergi mana.." jawap aira. Aira duduk di sofa merehatkan diri.. Mengibas hujung tudungnya.

Kedengaran bunyi enjin kereta di halaman rumah. Salam diberi.. Emir dan Aira menjawap salam. Ariz entah hilang kemana. Mastura sudah sampai untuk mengambil emir dan emran. Nenek yang datang dari dapur turut duduk disofa.

"mana emran.. Jom kita balik mama tak boleh tinggal cafe lama.. Customer ramai.. Ali dengan mila pulak emergency harini" kata Maksu.

"tunggu emran tu ma.. Baru balik" jawap emir

"lewat pulak balik.. Pergi mana" tanya mastura. Kemudian emran datang siap mandi dan memakai baju.

"emran kenapa balik lambat" tanya mastura dalam nada yang tegas.

"biasa je ma.." jawap emran acuh tak acuh.

"emran nak jadi apa ni.. Emran tu lelaki.. Kalau perempuan macam aira.. Takpe letak tepi jalan pun ada orang nak.. Ni emran.. Kalau tak berubah.. Satu sen pun tak laku" marah mastura.

Aira yang mendegar namanya disebut turut memasamkan muka 'mesti kena sebut nama aira juga ke, sengaja nak sakitkan hati aira kan.' rungut aira dalam hati. Emir sengih memandang aira. Aira kemudiannya bangun masuk ke bilik..

"dah la tu.. Tegur anak tu elok elok sikit mastura.." lembut suara nenek.. Nenek bangun duduk disebelah emran.. Belakang emran digosok perlahan.

"dah.. Minta maaf dengan mama, emran." pujuk nenek lagi..

"maaf" sepatah dari emran.

Mastura kemudiannya menyalam masyitah. Mereka tiga beranak melangkah keluar.

"bawa kereta elok elok mastura.. Jangan marah sangat" sempat mastura berpesan kepada anaknya. Mastura hanya mengangguk pelahan kemudian masuk kedalam perut kereta. Keretanya keluar dari halaman rumah masyitah.

'hmm.. Dulu besarkan anak anak.. Tak la susah macam sekarang.. Bela cucu.. Macam macam dugaan.. Dengan aira.. Emran.. Kalau kita yang tua ni tak tegur.. Siapa lagi yang nak tegur.. Walaupun anak kita dah besar panjang.. Mereka tu tetap anak kita' pesan suaminya diingati semula. Kedua tangan nenek memegang dada.. Tengok lah anak anak abang ikut perangai abang.. Ego.. Sampai turun ke cucu. Bibirnya menguntumkan senyuman. Apabila imbasan wajah suaminya terbayang dimata.. Sayang.. Tapi ego.

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2022-07-29 00:10:37 

dalam ni sepatutnya Masyitah berpesan kepada anaknya, bukan Mastura wani. esok pagi Che da ambil gambar. dah nk tido


NovelPlus Premium

The best ads free experience