BAB 46

Romance Completed 107916

"abang nak balik kampung hujung minggu depan" ucap Nafis.. Sambil mengunyah nasi lemak.

"ok.. Nanti kita balik" balas Aira. Air milo dituang kedalam cawan.

"sayang boleh ke.. Boleh ke nak balik dengan keadaan sayang macam ni" tanya Nafis. Risau usia kandungan Aira masih muda.. Baru nak masuk dua bulan.

"boleh je la.. Bukannya sayang yang bawa kereta.. Abang kan yang bawa.. " balas Aira.

"tak.. Bukan tu.. Nak duduk lama dalam kereta lima jam tau.. Bukan kejap-kejap.. Abang takut ja jadi apa-apa" bahu aira digosok manja..

"insya Allah.. Tak ada apa-apa" wajah risau Nafis diperhatikan.. Aira membalas dengan senyuman.

"lama tak kita balik.." tanya Aira.

"kejap je.. Tiga hari.. Hari ketiga dah balik sini.. So jumaat depan sayang kena cuti lah.." Aira mengangguk.

"ok nanti sayang apply cuti" balas aira..

Selesai sarapan.. Mereka bertolak ke tempat kerja.. Dengan menaiki kenderaan berasingan. Seorang dengan motosikal, seorang dengan kereta.

Balik kerja aira singgah di rumah masyitah.. Seperti selalu..

"nenek.. Aira nak balik kampung nanti nak pesan apa-apa tak" tanya aira.

"entah lah nenek tak tahu nak pesan benda apa" masyitah tersenyum. Pipi gebu aira diulas lembut.

"nenek..." aira menyatukan dua jari telunjukknya..

"apa lagi tu.. Cakap lah aira.." tahu sangat perangai manja cucunya seorang ni..

"aira teringin... Nak makan bengkang ubi kayu nenek.. Jadi aira nak minta resepi" lutut masyitah disentuh oleh Aira. Wajahnya bersungguh memandang masyitah. Tegelak masyitah memandang Aira dengan mata yang bersinar itu.

"Aira teringin.. Dah berisi ke" tanya masyitah.. Aira malu-malu mengangguk.. Tangan masyitah dipengang oleh aira lalu dibawa ke perutnya.. Namun laju saja masyitah menarik tangannya daripada menyentuh perut Aira.

Aira yang tercengang dengan tindakan Masyitah terus berubah riak wajahnya. Masyitah yang perasaan terus menengur.

"Aira jangan bagi orang senang-senang perut tu sayang.. Takut jadi apa-apa.. Tangan nenek ni panas. Penyakit pun banyak dalam badan ni sayang.. Taknak jadi benda tak elok.. Kita beringat sayang.. Sebelum tekena.." lembut bicara masyitah.. Kepala aira diusap perlahan. Aira mengangguk.. Tubuh masyitah dipeluknya.

" pasal bengkang ubi kayu tu.. Esok nenek buatkan untuk aira.. " kata masyitah.

" tak payah la nenek.. Aira nak resepi.. Nanti aira cuba buatkan dekat rumah ibu" ucap aira.. Serba salah pula..

"alah.. Setakat bengkang tu.. Nenek kuat lagi lah" ketawa masyitah kuat. Aira membalas dengan senyuman.

"aira.." panggil masyitah. Dia bangun dari duduknya.. Aira hanya mengikut langkah masyitah.

Masuk saja kedalam bilik, pintu dikunci.. Masyitah duduk dibirai katil. Badannya sedikit membongkok.. Mencari sesuatu. Aira hanya memerhati.

Satu rantai perak yang panjang dikeluarkan dari bawah bantal.. Ada sepasang kunci tergantung disitu. Masyitah memanggil Aira.

Aira duduk di sebelah masyitah. Masyitah menyarungkan rantai melalui kepala Aira.. Diperkemaskan tudung Aira.. Agar rantai itu tersimpan kemas dibawah tudung Aira. Aira mengeluh.. Namun menerima.. Masyitah hanya tersenyum..

"amanah wan yang terakhir..maafkan nenek sayang" ucap masyitah.

"nanti sampai masanya Aira buka almari hitam tu" Masyitah menunjukkan kearah satu almari hitam satu pintu yang berada ditengah-tengah.
Aira memandang dan membalas dengan anggukkan.

Dia tahu masa itu akan tiba.. Keluarganya sudah banyak kali bertangguh kepada suatu janji yang telah lama patut ditunaikan.. Mereka disana sudah lama menunggu.

Deringan nyaring dari dalam beg tangan aira mengejutkan mereka berdua.. Kelam kabut aira menyelongkar beg tangannya.

"assalamualaikum ibu.."

"baik ibu.. Kejap lagi aira singgah"

"waalaikummusalam bye" panggilan dimatikan.

"kenapa ibu call tu.." tanya masyitah.

"ibu suruh singgah rumah nanti.." sengih aira. Teliur Aira mendengar ibu memberitahu tahu.. Yang ibu sedang masak nasi tomato dan ayam masak merah kegemarannya..

"Aira balik dulu yea nenek.. Nanti aira singgah lagi.." pinta Aira.. Tangan masyitah disalam.. Tubuh tua itu dipeluk.. Pipi itu dicium manja.. Masyitah turut mencium pipi gebu Aira.

"bawa kereta elok-elok.. Dengar tak ni" peha aira ditepuk manja. Aira mengangguk.

"bye nek.. Assalamualaikum"

"waalaikummusalam.. Kirim dekat ibu dengan abah nanti.." aira membuat isyarat tangan ok..sambil mengenyitkan mata. Pintu bilik dibuka. Kaki melangkah keluar.

Sampai saja Aira dirumah orang tuanya.. Aira terus masuk selepas memberi salam.. Kaki menuju kedapur.. Tangan dibasuh. Pinggan diambil.

" lajunya.. Sampai tak nampak ibu" tegur Zarina. Aira hanya menayang sengih. Tangan ibunya disalam.

"dah la pergi makan..tunggu aira lambat tadi.. Kami dah makan.." aira mengangguk.. Memang dia tiba agak lewat sedikit.. Waktu begini.. Jalan sesak.

Disenduknya nasi kedalam pinggan.. Bau haruman aroma nasi tomato itu membuat aira bertambah kecur liur. Laju air liur ditelan. Ibu sudah duduk di kerusi meja makan. Lama aira membolak balik ayam didalam kuali..

"buat apa tu lamanya pilih ayam.." tanya Zarina.. Melihat aira dari tadi asyik angkat dan letak ayam itu.

"ni aira cari ayam bahagian atas peha.. Mana ibu tak ada pun" nada aira sedikit kecewa.

"tak ada.. Tadi ada ja.." kata zarina.. Bahagian tu hanya aira saja yang suka..memang kegemaran aira sejak dulu.. Takkan dah hilang.. Zarina turut membolak balik lauk didalam kuali.. Baru dia teringat.. Dahinya ditepuk. Eusoff.

"kenapa ibu.." tanya aira.

"aira ambik lain lah.. Ada banyak lagi ni.. Yea.." pujuk Zarina.. Aira menarik bibirnya senyum sedikit melihat ibunya yang sedang memujuk.

"tak apa ibu.. Boleh ja..mana-mana.. Terima kasih masakkan untuk Aira" siap aira mengambil lauk.. Aira duduk dimeja.. Doa dibaca.. Nasi disuapkan kedalam mulut.

"sedapnya ibu.." kepala diangguk-anggukan.. Zarina sudah senyum sampai ketelinga. Sebelah tangan aira sudah membuka pin di leher.. Tudung telah dibuka.. Kain selendang dibiar tersangkut di kerusi.

"makan pelan-pelan.. Banyak lagi tu.. Nanti bawa balik untuk Nafis sama" pesan Zarina.

Sedang asyik Aira makan.. Muizz muncul bersama Eusoff dari pintu belakang.. Selendang dikerusi terus ditarik.. Dipakai ala kadar sekadar menutup kepalanya.

"bila Aira datang ni.. Tadi tak ada pun.." tanya Muizz yang baru masuk dari bersembang dengan Eusoff di taman rumahnya. Kerusi yang bertentangan dengan Aira ditarik. Punggungnya dilabuhkan disitu.

"baru je abah.." balas Aira.

Eusoff yang terpandang keadaan aira yang kurang selesa itu.. Dia terus melangkah ke ruang tamu. Selendang yang asyik terlucut jatuh itu dibetulkan aira. Sehinggakan Muizz terpandang akan sesuatu dileher Aira.

"Aira ke rumah nenek" tanya Muizz. Aira mengangguk.

"lupa.. Nenek kirim salam kepada ibu dan abah" balas aira. Zarina dan Muizz menjawap salam..

Wajah Muizz berubah mendung apabila melihat rantai yang tergantung dileher milik Aira.. Tubuhnya tersandar ke kerusi.. Keluhan kecil dilepaskan. Wajah Aira ditatap dalam.. Zarina yang perasaan perubahan suaminya terus menepuk peha suaminya.. Eusoff hanya memandang dari jauh dua wajah tua itu dengan pandangan tidak mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience