BAB 133

Romance Completed 107916

"sabarlah.. Saya baru duduk.." katanya sinis dengan gelak kecil.

Suara yang keluar itu membuatkan mata Eusoff membulat besar.. Jantungnya berdetak laju..

Eusoff masih tak percaya.. M itu adalah aira.. Aira zulaikha.. Isterinya.. Isteri kesayangannya.. Yang menganggu setiap perancangannya.. Dan insan yang dia hampir tembak semalam.. Hatinya mula terasa sakit.. Sakit dan perit. Kenapa aira muncul. Dia sedaya upaya melindungi aira..

Fateeh dan rasydan berpandangan sesama sendiri.. Sebelum memandang semula kearah Eusoff yang sudah berubah riak itu. M masih terus menusuk mata pedangnya dibahu firman..

"qalbii.." panggil Eusoff perlahan. Terdengar suara ketawa kecil dari M.. Pedang katana ditarik keluar semula.. Hujung mata yang dipenuhi darah itu dielus-elus di atas bahu firman.. Mencuci kesan darah di baju firman.

Eusoff menarik tangan kiri aira yang terdapat pedang katana itu.. Membuatkan aira berpaling memandang ke arah Eusoff. Mata dua insan itu bertembung.. Masing-masing merenung tajam. Eusoff memandang dalam kedalam anak mata hitam itu..

"zulaikha.." nama itu keluar dari bibir Eusoff.

Manakala firman segera mengambil kesempatan.. Cuba menerkam aira.. Namun tangan kiri aira lebih pantas..pedang itu terhunus, membuatkan dada firman terluka dengan luka yang panjang..darah mula mengalir memenuhi bajunya.

"aku kata diam.." aira menengking.. Wajahnya kembali tegang.

"tak sabar sangat.. Huh" kali ni aira membenamkan mata pisau disebelah bahu firman yang lagi satu. Dipusing pedang tersebut.. Membuatkan firman mengerang.. Lagi dan lagi..

"puas.."aira menarik pedangnya semula.. Dan membersihkan semula seperti tadi.. Firman sudah tersandar lemah di kerusi itu.

Aira membawa pedangnya.. Anak mata pedangnya berhenti ditangan firman.. Dan tangan itu diketuk berkali-kali dengan pedang itu.

" tangan ni... Tangan yang membakar rumah kami.." aira mengelar tangan firman.. Mengeletar tubuh firman menahan rasa sakit..

"Kenapa.. Kenapa kau berdengki dengan kami.. Tak cukup ayahanda muktazim ambil jadi anak angkat.."

"Kau racun dia.. Dan bunuh dia.." suara aira meninggi.. Firman yang semakin lemah.. Tegelak kecil.

"aku..anak angkat.. Tak sama macam korang.. Aku nak semuanya.. Aku rampas semuanya.. Baru aku puas.." jawap nya.. Dengan angkuh.

"tapi kau lupa ambil ni.." aira mengeluarkan satu uncang kecil.. Bertali emas.. Sengaja aira menayang kearah firman.. Sambil bibirnya tersenyum..

Melihat apa yang dipegang aira.. Membuatkan firman merengus.. Satu-satunya uncang yang mengandungi berlian yang tak ternilai milik muhaimin.. Sekian lama dia mencari.. Dan itu impiannya yang terakhir.. Tangannya cuba untuk menggapai uncang tersebut.

"nak.." aira berkata lembut.. Firman segera mengangguk..

Aira mengeleng.. Tak sangka itu jawapan yang diterimanya.. Dasar tamak. Aira melepaskan keluhan..

"sebab tu lah kau tak layak.. Untuk bergabung dengan kami.." aira berkata lemah..

Dulu firman seseorang anak yatim.. Kemudian serahkan kepada keluarga muktazim.. Firman dibela dengan penuh kasih sayang.. Tapi malangnya dialah duri dalam daging.. Kejadian kebakaran dirumah lama mereka.. Firman adalah salah satu mangsa korban.. Padahal itu adalah sandiwaranya.. Dia memalsukan kematiannya.. Dan nama asalnya.. Adalah fahmi..

"abang.. Zulaikha tinggalkan dia..untuk abang uruskan.." aira bangun.. Sedih dengan firman.. Langsung tidak berubah walaupun nyawanya sudah berada dihujung tanduk. Mulanya aira datang dengan hati yang berkobar-kobar.. Dan sekarang dia kecewa.

Orang yang dia sayangi .. Mati angkara lelaki bodoh yang tamakkan harta dunia.. Sampai sanggup memilih harta berbanding nyawa sendiri.

Aira bangun.. Tapi entah dimana silapnya.. Firman menarik aira dan memerangkapnya.. Aira dengan spontan.. Mengerakkan pedangnya.. Hingga mengelar pangkal leher firman.. Firman terjatuh melutut dibelakang aira.. Sebelum jatuh tersungkur dengan darahnya membuak-buak keluar.

Aira terus berlalu pergi.. Dua lelaki yang datang bersamanya tadi segera mengikut langkah aira.

"qalbi.." panggil Eusoff. Seraya berlari kearah aira.

"qalbi" panggilnya lagi.

"nur aira zulaikha.." kali ini panggilan itu lebih tegas.

Membuatkan langkah kaki aira terhenti. Dua lelaki dibelakangnya turut berhenti. Eusoff berjalan maju kehadapan.. Berdiri berhadapan dengan aira.

Kedua-dua bahu aira dipengangnya.. Mencekam.. Menanti jawapan aira.. Aira mendongak.. Lalu. Menembis pengangan Eusoff. Lalu kembali melangkah.

"kenapa qalbi.. Kenapa.." jerit Eusoff.

Langkah aira terhenti lagi.. Aira berpaling.. Kali ini dia pula berhadapan dengan Eusoff.

"I never agreed with your stupid plan".. Balas aira.. Tegas.. Membuatkan Eusoff mati kata.

Eusoff meraup wajahnya kasar.. Rambutnya habis diserabutkan dengan tangannya sendiri. Eusoff menjerit melepaskan amarahnya.

"hubby buat semua ni.. Sebab lindungi qalbii.. Itu caranya hubby.."

"hubby tak boleh bayangkan.. Apa yang akan terjadi.. Kalau aira yang terpaksa lalui semua ni.."

"hubby tak akan diam diri macam tu saja.. I have to do it"

"because thah the way I love you.. I'm protecting you" jelas Eusoff.

"protect me.." ketawa aira pecah..

"protect.. Dengan cara macam ni.. Kemudian.. Suruh orang lain jagakan.. Like that...you really mean it" aira menumbuk keras bahu Eusoff berkali-kali. Eusoff diam.. Tidak membalas.. Menerima sahaja.

"i promise.. I came back.."Eusoff meraih pipi aira.. Namun segera aira menepis.

Aira berpaling dan terus berjalan.. Meninggalkan Eusoff..

Masuk saja didalam kereta aira mencampakkan semua barang-barangnya. Emran dan ariz berkali-kali tersentak..

" kak." panggil ariz.

" hemmm" jawap aira.

"kau ok.." ariz mula risaukan aira.

"hantar kak balik.. Lepas tu korang balik.. Kita dah selesai.. Misi dah tamat.." tegas nada aira.

Aira memcapai telefon bimbitnya.. Dan membuat panggilan..

"yea calvin.. And thanks"

Panggilan dimatikan. Emran mencuri pandang melihat wajah aira. Hatinya turut terasa sakit melihat wajah suram aira..

Keadaan hening di rumah banglo putih tiga tingkat itu.. Masing-masing keletihan merebahkan diri..

"Eusoff.. Aku saran kan.. Kamu balik jumpa zulaikha.. Dan selesaikan baik-baik dengan dia.." nasihat Fateeh.

"yea.. Aku akan kesana" Eusoff membalas.

"kau memang dah tahu dari awal m itu zulaikha kan.." tanya Eusoff

"tak juga.. Tapi aku syak.. Tapi lepas aku tengok rasydan panic lepas kau tembak dia malam tu.. Aku makin curiga.. Tak sangka.. Betul la.. Adik perempuan aku tu, keluar bermain jugak.." balas fateeh dengan ketawa kecil.

"jadi ksu baru tahu.." fateeh mengangguk.

"tak sangka.. Dia ikut kita dari mula.." Eusoff berkata. Wajahnya kelihatan kesal.

"kau balik pujuk dia.." Fateeh menepuk bahu Eusoff memberi semangat.

Mereka bersalaman dan berpelukan sebelum berpisah..

Eusoff dihantar sampai kedepan rumahnya.. Dia turun dari kereta.. Dan melihat kereta itu pergi..

Rumahnya dipandang.. Keluhan dilepaskan.. Dia mencari-cari kelihat pengawal upahan yang diupahnya.. Tiada.. Hatinya berdebar. Kemana mereka pergi.

Kaki melangkah masuk.. Salam diberikan.. Namun tiada sahutan.. Dia melangkah masuk.. Memanggil setiap nama dan gelaran penghuni yang tinggal didalam rumah besar itu..

"assalamualaikum Eusoff" Eusoff berpaling..

"pakcik... Mana pergi semua.." tanya Eusoff memandang suami ramlah yang sedang menyiram pokok bunga.. Lelaki itu segera menutup air, lalu berjalan mendekat kearah Eusoff.

"aira bawa mereka pergi.." katanya.

"pergi.. Pergi kemana.." cemas kedengaran suara Eusoff. Lelaki didepannya hanya menggeleng lemah.

"what.." ucapnya kesal.

Otaknya ligat memikir kemana aira pergi membawa anak-anaknya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience