BAB 62

Romance Completed 107916

Bunyi pedang samurai yang bertebung dengan pedang dengan pedang samurai yang lain berbunyi kuat.. Kedua-dua mereka seolah-olah tidak mahu mengalah.

Rasydan masuk ke ruang berlatih itu.. Melihat zulaikha yang sedang menyerang lawannya di depan dengan yakin nya..

Tepukan dari Fateeh mengganggu tumpuan mereka berdua.. Rasydan dari tadi hanya berdiri memerhati..

"cukup lah untuk harini.." ucap Fateeh.

Zulaikha dan teman latihannya menunduk sedikit sekadar memberi hormat..

"terima kasih amir" ucap Zulaikha. Amir mengangguk.. Dia berundur pergi.. Selepas menyerahkan pedang samurai itu kepada fateeh.

"Ratu.." tegur Rasydan.. Zulaikha dan Fateeh berpaling ke arah Rasydan..

"macam mana yang aku minta tu Rasydan.. Dua lelaki tu.. Siapa yang hantar" tanya Zulaikha.. Sambil menyarungkan pedang samurai milik arwah muhaimin.

"budak tu kata boss dia orang namanya Adham.. Kau kenal dia ke" tanya Rasydan..

"Adham.. Tak guna betul.. Dia diluar masalah kita.. Itu masalah peribadi aku" kata Zulaikha .. Rasydan mengangguk..

"Ratu.. Abang taknak kamu kotorkan tangan kamu.. kami ada untuk buat kerja-kerja tu..keselamatan kamu tanggungjawab kami.." kata fateeh.

"kemarin tu darurat abang.. Lepas ni zulaikha akan lebih berhati-hati" katanya.

"satu lagi.. Macam mana kau dah jumpa inspektor tu.. Dapat apa-apa" Rasydan mengeluh.

"dah jumpa.. Tapi dia nak jumpa dengan ratu..dia kata ada benda yang dia nak sampaikan" Rasydan berkata sambil memandang dua wajah didepannya.

"ok.. Aku akan jumpa dia.." jawap zulaikha.

"nanti akan ada budak-budak teman kan Ratu" pintas Fateeh. Zulaikha mengangguk mengerti.

"Zulaikha naik atas kejap.. Salin baju.. Lepas tu nak balik. Assalamualaikum " zulaikha berlalu ke arah pintu.

"waalaikummusalam" jawap Fateeh dan Rasydan serentak.

"letak budak-budak untuk awasi Ratu.. Abang taknak benda macam kemarin berulang" tegas suara Fateeh. Rasydan mengangguk tidak menjawab .. Dia memang sudah arahkan anak buahnya untuk awasi Zulaikha.. Tapi kejadian kemarin.. Memang tak dijangka..

Bunyi superbike masuk ke halaman rumah membuatkan Ariz berlari keluar.. Dipandangnya harta kesayangannya.. Sambil bercekak pingang..
Aira turun dari motosikal sambil tersenyum.. Wajah masam Ariz dipandang.

"kak.. Kenapa culik motosikal Ariz.." tanyanya sambil membelek motosikalnya..

"saja.. Ubah angin.." jawap aira.. Helmet Ariz dilempar ke arah tuannya. Dengan berhati-hati ariz menyambut helmet tersebut.. Siap digosok-gosok manja lagi.

Aira melangkah masuk kedalam rumah.. Sunyi.. Mana pergi semua orang.. Dia melangkah ke bilik.. Membersihkan diri dan solat.

"aira.. Aira" panggil zarina.. Ammar diletakkan diatas katil bersebelahan dengan aira.. Aira bangun dari baringanya..

"ibu kemana.. Aira balik tadi ada ariz saja"

"ibu dengan abah keluar dengan Eusoff.. Jom lah keluar makan.. Ibu ada benda nak cakap dengan Aira" aira mengangguk.. Pipi ammar yang sedang terlena itu dielus.

Aira keluar ke ruang makan.. Semua sudah ada di situ.. Selesai makan.. Mereka duduk diruang tamu seperti selalunya..

"aira.. Bawa air ni ke depan.." aira mengangguk.. Dulang yang sudah siap itu diangkat. Air dihidangkan.

"aira.. Duduk sini dulu.. Ada benda nak bincang" kata muizz.. Aira akur dan duduk di sofa.. Zarina datang dari dapur dan duduk disebelah aira.. Aliya dan ariz sudah naik keatas. Hanya tinggal mereka berempat..

"sebenarnya aira.. Eusoff ada hayat.. Dia nak menjadikan aira sebagai teman hidup.. Nak jadikan aira isterinya.." terang Muizz..

Seraya Eusoff meletakkan cincin yang masih didalam kotak baldu diatas meja.. Aira memerhati wajah tenang Eusoff. Muizz dan Zarina sudah tersenyum suka.. Wajah mereka sungguh ceria. Aira merenung cincin didepannya.. Lama.. Suasana sepi seketika.. Hanya bunyi kipas yang kedengaran.

" aira zulaikha.. "panggil Eusoff. Aira mengangkat wajahnya.. Memandang Eusoff.

" maaf.. Abang.. Aira terpaksa tolak.." ayat aira mati disitu.. Terpancar kekecewaan di mata amber milik lelaki itu.

" hmm.. Tak apa abang faham.. Abang tak akan paksa aira.. Abang hormat keputusan aira. " Eusoff mengangguk kecil dan tersenyum.. Aira bangun dan berlalu pergi. Eusoff hanya memandang saja aira pergi.. Cincin di depannya dipandang sayu..

Muizz dan Zarina berpandangan semasa sendiri.. Tergejut dengan kata yang keluar dari mulut anaknya, Aira. Wajah yang ceria tadi bertukar menjadi kelat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience