BAB 115

Romance Completed 107916

Suasana riuh dengan bunyi gelak ketawa sanak saudara dari jauh dan dekat.. Datang menghadiri masjid perkahwinan Emir Asyraf dan pasangannya awatif syuhada.. Pengantin cantik berbaju songket berona biru tua.

Muiz dan zarina pun turut berdiri disamping tuan rumah mastura dan juga elias.. menyambut tetamu yang hadir.. Masing-masing berwajah ceria bersalaman sambil bertukar-tukar cerita gembira.. Ada yang berpelukan.. Kerana jarang-jarang dapat berkumpul sanak saudara ramai-ramai begini..

"ni anak siapa.. Comelnya.. Alahai" tegur satu suara.. Zarina mendongak bila ditegur.

"yam.." zarina memeluk adik perempuan yang berlainan ibu itu..lama mereka berpelukan..

"rindu kak ina.." balas maryam.

"kakak pun rindu yam.. Yam sihat" tanya zarina. Masing-masing sebak.. Maryam mengangguk.

"kakak ingat yam tak datang.. Jom lah kita duduk sana sembang.. Mana yang lain" zarina menarik tangan maryam mengikutnya duduk di tempat yang sudah tersedia dengan kerusi tambahan untuk tetamu.

"yam datang dengan farid saja.. Anak-anak tak datang.. Ni anak siapa kak.. Geramnya" kata maryam.. Memegang jari jemari amran.. Semantara satu lagi tanggannya lagi mengurut rambut perang amran.

"ni cucu akak.. Amran namanya.. Anak aira.. Dia ada dekat dalam.. Tengah susukan adik amran.. Amna" jawap zarina. Melopong maryam..

"kembar.. Alhamdulillah.. Berapa dah cucu kak ina" tanya maryam.

"alhamdulillah dah empat orang... Dua laki.. Dua perempuan.. Tu dekat sana tuu aliya.. Dengan anak dia ameera.." jawap zarina dengan wajah ceria berserta senyuman manis ..

Mereka meneruskan perbualan.. Lama sudah dua beradik itu tidak berjumpa.. Dua-dua yang mengalami nasib yang lebih kurang sama.. Kehilangan ibu diusia yang muda..

Datang aira mendukung amna.. Ammar yang setia mengekori langkah mamanya berjalan kemana sahaja.. Maryam memeluk aira erat.. Setiap kali dia maryam memandang aira.. Dia akan teringat akan anak syurganya.. Kalau lah bayinya yang diberi nama wardah itu masih hidup..tentu sudah seusia aira.

Selesai sudah majlis dirumah mastura dan elias.. Walaupun hubungan Muizz dan mastura agak rengang sejak kematian ibu mereka.. Muizz tidak pernah melupakan akan adiknya.. Satu-satunya adiknya..

"aira.. Stay sini teman aku" pujuk awatif.. Membuatkan aira tergelak kecil.

"aku kena balik.." aira memeluk awatif..emir yang berada disamping hanya memandang..

Aira meletakkan anak-anaknya di kerusi bayi.. Ammar pun turut diletakkan sekali.. Bila selesai.. Aira turun semula dari kereta..

"thanks datang.." kata emir.. Aira hanya mengangguk.

"aira.. Aira.." panggil emran.. Aira yang baru membuka pintu bahagian pemandu terhenti.

"aku teman kau.. Bahaya la.. Kau balik sorang" kata emran bersungguh.. Membuatkan emir yang berada disebelah merenungnya tajam.

"it ok.. Aku ok.. Nampak tak bodyguard aku dekat belakang tu ada tiga.. Nampak tak" aira menunjuk kedalam kereta.. Sambil gelakkan kecil.

"ish kau ni.. Aku serius la...jangan main-main" emran memaut lengan aira.

"aku ok la.." perlahan kata aira.. Meleraikan pengangan emran..

"aku akan follow kak aku.. Kau jangan risau bro.." kata ariz yang tiba-tiba muncul dalam kelompok mereka.. Membuatkan emran akur lalu mengangguk kecil.

Ariz menyarungkan helmet full face miliknya lalu menghidupkan motosikal kesayangannya. Lalu memberi isyarat kepada Aira. Aira mengangguk.. Lalu melambai kearah mereka yang lain..

Bila sampai di lampu isyarat.. Aira memberi tahu ariz agar tidak mengikutnya lagi.. Ariz mengangguk mengerti. Dia menyedari kereta hitam yang dari tadi asyik mengekori mereka dari tadi.. Tahulah itu adalah pengiring yang diupah oleh Eusoff. Sempat ariz membuat aksi flying kiss kearah aira..sebaik saja lampu isyarat bertukar hijau, membuatkan aira mengeleng sambil tersenyum. Mereka sepakat untuk berpisah disitu.

Aira memandu pulang.. Sebaik saja sampai dia disambut oleh ramlah seperti selalunya.. Ammar sudah berjalan masuk ke dalam rumah sendiri.. Ramlah menunggu untuk mengambil amran.. Sebaik saja amran sudah ditangan ramlah terus melangkah masuk.. Aira mendukung amna.. Baru dia berpaling terdapat seorang perempuan berdiri dibelakangnya..

"awak ni siapa.. Buat apa dekat rumah saya" tanya aira.. Keras.

"maaf puan..saya riana anak kepada ramlah.. Saya baru sampai pagi tadi.." katanya. Tangan bersalaman dengan aira.

"oh.. Riana.. Panggil kakak ja tak apa.. Tak payah panggil puan..boleh tolong angkat kan beg tu" aira menunjukkan kearah beg barangan anak-anaknya. Riana mengangguk dengan senyuman lalu mengambil beg yang dikatakan oleh aira.

Mereka masuk kedalam rumah.. Masing-masing duduk di ruang tamu.. Amna diletakkan keatas daybed..

"riana..cuti ke.. Ke dah selesai kuliah" tanya aira.

"dah selesai.. Tunggu convo.." jawap riana sambil bermain dengan amran..

"ada plan nak buat apa-apa ke.. Kerja ke" tnya aira lagi.. Riana hanya mengeleng..

"nak tak kalau kak offer jaga si kembar.." kata aira membuatkan ramlah berpandangan dengan anaknya.

"aira.. Makcik kan ada.." lemah suara ramlah.. Aira tergelak kecil.

"makcik ni.. Aira nak ringankan sikit beban makcik.. Aira akan tinggal anak-anak dekat rumah je lepas ni.. Taknak bawa mereka dekat nurseri.. Dulu ammar sorang boleh la.. Sekarang ada tiga.. Tak jadi sangat kerja aira dekat nurseri tu" kata aira sambil ketawa.

"boleh la mak" riana pulak memujuk. Ramlah kemudian mengangguk. Setuju. Aira tersenyum lega.

Malam itu aira menidurkan amran dan amna di katil besarnya.. Bila mereka betul-betul sudah terlena.. Aira bangun meletakkan amna dan amran di katil mereka masing-masing.. Hanya ammar berada diatas katilnya. Kemudian aira kembali tidur dikatilnya.

Bunyi suara amna yang sedang asyik gelak mengekek mengejutkan lena aira.. Bilik yang agak kelam itu diperhatikan. Aira dapat melihat satu bayang hitam yang berada disisi katil amna. Aira meraba pisau yang berada dibawah bantalnya.. Menarik perlahan pisau itu keluar.. Seraya di bangun menerkam bayang yang berada dikatil bayinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience