BAB 119

Romance Completed 107916

"abang... Saya dah ok.." kata rasydan.. Berupaya untuk bangun.. Kakinya patah dan tangannanya mengelami keretakan tulang.. Wajahnya masih bersisa dengan kesan luka namun sudah beransur membaik.

"kau rehat saja.." fateeh yang duduk di kerusi behampiran katil menjawap.

"habis abang.. Kita dah sejauh ni.. Abang jangan cakap abang nak hentikan macam tu saja" rasydan mula meninggikan suaranya.

"kau ingat aku ni apa.. Kalau apa-apa terjadi dekat kau.. Sampai mati aku akan rasa bersalah.." balas Fateeh.. Mecekak leher baju rasydan. Menolak agar rasydan berbaring semula dikatil.

"jangan sia-siakan pengorbanan Eusoff" kata rasydan perlahan.. Memalingkan wajahnya kearah lain.. Fateeh melepaskan leher baju rasydan.

"aku tahu.. Sekarang ni.. Orang dah tahu waris ayahanda sudah tiada.. Lebih aman kita buat sementara.. Tapi aku risaukan zulaikha.." fateeh mengepal kan tangannya..

"zulaikha macam mana" tanya rasydan.

"kau jangan risau.. Dia ok saja.. Nanti aku akan jumpa dia.. Kau stay.. Rehat saja.. Kedepannya.. Biar aku uruskan sampai kau betul-betul pulih.. Aku masih perlukan kau.. .jangan risau aku takkan abaikan kau lepas ni.. " putus fateeh.. Rasydan diam tidak memberi sebarang tindak balas.

Fateeh berlalu keluar dari bilik lantai dua.. Turun ke bawah..

" kau jaga dia elok-elok.. Jangan bagi dia keluar.. " arah fateeh kepada anak buahnya.

" baik abang.. " akur menerima arahan.

Fateeh segera memandu ke pejabatnya... Sampai saja di pejabatnya .. Di masuk kedalam bilik pejabatnya. Punggung dihempaskan kasar keatas kerusi kerjanya.. Sekali dengan keluhan berat terlepas.. Kepala yang tidak gatal digaru garu sampaikan serabut rambutnya.

Sampul berwarna merah diatas mejanya diperhatikan.. Diambil lalu dibalik balikan sampul tersebut. Tiada nama pengirim.. Hanyalah satu abjad yang tertulis di luar sampul itu.. M.

'siapa M ni.. Jangan cakap si pelaku yang menganggu urusan mereka yang diberitahu oleh Eusoff dan rasydan sebelum ni..'

Fateeh bangun berlalu keluar dari biliknya.. Mencari setiausahanya.. Darina.

"ada orang masuk bilik saya tak harini.."

"tak tuan.. Tadi kan tuan sendiri yang buka pintu bilik tuan.." jawap darina.

"oh.. Ok" fateeh masuk semula kedalam bilik pejabatnya.. Sampul merah itu dicapai.. Lalu dibuka..

Hanya terdapat satu pendrive.. Dalam sampul merah tersebut. Pendrive itu dicucuk kepada laptop nya.. Terpampang maklumat yang terdapat didalam pendrive tersebut.. Membuatkan fateeh tersandar di kerusinya. Rambut yang terjuntai didahi dibawa kebelakang..

'siapa yang bagi aku maklumat ni.. M siapa M.. Musuh atau sekutu..'

Fateeh meneliti lagi maklumat yang terdapat di laptop nya.. Segala maklumat kerja kotor yang dilakukan oleh seorang ahli politik yang sedang menempa nama di negaranya kini. Satu persatu transaksi diteliti oleh Fateeh..

' tapi apa kenanya dengan kami.. Kami bukannya mengejar lelaki ni...aku kena cari tahu siap itu M dahulu.. ' pikir fateeh lagi..

Bunyi deringan dari telefon bimbit aira kedengaran nyaring memenuhi ruang rumah.. Berlari-lari aira turun dari atas ke ruang tamu.. Ramlah sudah mengintai dari ruang dapur..

"assalamualaikum... Ibu" sebaik sahaja panggilan diangkat dan menarik nafas dalam.

"kejap lagi aira sampai sana.. Hmmm.. Ibu.. Aliya ada sana tak" tanya aira..

"ok lah ibu.. Assalamualaikum" panggilan diputuskan..

"riana.. Akak nak bawa anak-anak keluar.. Riana tolong siapkan beg diaorang yea..." riana yang setia di samping anak-anaknya hanya mengangguk..

"hmm.. Letak baju sama.. Mungkin bermalam dekat rumah nenek diaorang" sambung aira lagi.

"ammar.. Esok kita jumpa papa.. Papa nak jumpa ammar.." kata aira sambil mengosok-gosok kepala ammar.

"yeayy.. Jumpa papa..." jawap ammar menepuk tangan suka.

Setelah siap barang diletak didalam kereta.. Riana menolong meletakkan amran di kerusi bayinya. Kemudian amna.. Ammar kali ni beria mahu menemani mamanya di bahagian hadapan.

"tak apa riana.. Biarlah dia duduk di hadapan...." putus aira..

Melompat suka ammar bila dibenarkan duduk dibahagian depan.. Riana membuka pintu lalu memasang kerusi ammar di tempat duduk hadapan.

Dalam perjalanan ke rumah keluarganya yang memakan masa setengah jam.. Ammar bercerita dan adakala menyayi.. Dan diikuti dengan ketawa amna dan amran yang berada dibelakang.

Tiba-tiba... Pemanduan aira terganggu.. Ada bunyi yang tak sedap didegar.. Dadanya berdebar-debar. Kereta diberhentikan di bahu jalan..

'kenapa.. Jangan lah buat hal.. Wahai merah..' rayu aira..

"kenapa mama..." ammar sudah cuak bila kereta diberhentikan di tepi jalan.

"kejap mama turun tengok.. Ammar duduk diam-diam ya.. Anak mama baik kan.." pujuk aira. Ammar tidak beriak.. Diam sahaja.

Aira memandang kearah cermin sisi.. Bila yakin selamat untuk keluar..dia membuka pintu dan turun dari kereta.. Dia jalan mengelilingi keretanya . Dan akhirnya berhenti di bahagian belakang kereta.. Sebelah kiri.. Aira membongkok.

"alamak.. Pancit.." aira mengaru kepalanya yang beralaskan tudung.

Tiba-tiba.. Dia teringatkan akan Eusoff.. Situasi dimana Eusoff dengannya dulu.. itu terbayang semula dibenaknya.. Air mata yang hampir jatuh segera diseka.. Di pandang langit yang cerah di atas kepalanya.. Dipandang anak-anak yang berada di dalam kereta sambil tersenyum.. Dilambai-lambai amna dan amran dari luar.

Dia berjalan perlahan lahan ke tempat pemandu.. Telefon bimbit dicapai.. Nombor ariz didail.. Aira memberitahu keberadaanya kini.. Kini dia hanya mampu menunggu..

Pintu kereta aira dibuka dari luar.. Ariz tersenyum memandang aira. Ammar menyapa pakngahnya.. Selesai mengantikan tayar kereta mereka memandu bersama ke pulang ke rumah.

Amna dan amran masing-masing diambil oleh muizz dan zarina.. Jarang-jarang cucu kembarnya datang kerumah.. Ariz menolong aira mengangkat beg pakaian manakala aira membawa bekas makanan yang dia sudah disiapkan dirumah tadi.

"bawak apa tu aira.." tanya zarina.. Bila melihat tangan aira penuh kiri dan kanan dengan bekas makanan.

"tadi aira dah masak sikit.. Lauk dan puding roti.." balas aira..

"wah.. Mama kamu siap bawa bekal.." muizz mengacah amna yang berada didalam dukungannya..

"wan.. Wan.. Esok papa datang kan" ammar mencelah.. Muizz mengangguk. Wajah ceria ammar di perhatikan.

Mereka melangkah masuk kedalam rumah.. Makanan yang dibawa aira dihidang diatas meja.. Bertambah lauk mereka pada hari itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience