BAB 105

Romance Completed 107916

Dari jauh di memerhati Eusoff berdiri tersenyum kearahnya.. Manis sekali senyumannya.. Aira membalas senyuman dari suaminya itu.. Kaki melangkah ingin berada disamping suaminya.

Kaki melangkah.. Melangkah lagi.. Namun kelibat Eusoff semakin lama semakin jauh.. Jauh dan jauh.. Hati aira mula dilanda gelisah..Dia melangkah lebih besar.. Dan mula berlari-lari anak..

"hubby" laung aira.. Sambil melambai tanggannya.. Eusoff hanya memandang sambil tersenyum..

"hubby... Tunggu" jeritan aira makin kuat.. Dengan tangisan.. Bibir Eusoff begerak.. Menyatakan kalimat itu.. 'hubby cintakan Qalbiii'..dan Eusoff berpaling membelakanginya.. Dan hilang di dalam kelam malam... Bertambah kuat tangisan aira..

"hubby" panggilnya.. Lalu terjaga.. Ternyata itu adalah mimpi.. Tangisan masih panas diwajahnya.. Diraba tempat tidur disebelahnya.. Kosong.. Tangisannya mula teresak - esak.. Dia mula bagun merangkak diatas katil.. Habis semua bantal ditolak kebawah.

"hubby.. Hubby" berulangkali dia memanggil sambil menangis teresak-esak.

"Allahuakbar.." terus aira berpaling.. Muncul Eusoff yang baru masuk kedalam bilik.. Berlari aira memeluk erat suaminya..

"kenapa ni qalbi" tanya Eusoff sambil memerhati sekeliling.. Bantal yang berterabur dilantai diperhatikan.. Kemudian dia mengalihkan pandangan kearah tingkap dan pintu ke balkoni.. Masih tertutup..selamat.

"kenapa ni qalbi" pertanyaan yang sama untuk kali kedua... Tangan memaut pipi gebu aira.. Dibawa aira duduk di sofa..

"hubby.. Jangan tinggalkan qalbii please.. Qalbi janji.. Tak sembunyi apa-apa.. Yes.. Yes.. I'm pregnant.. Our baby" sungguh - sungguh aira berkata.. Tangannya mecengkam erat baju milik Eusoff..

"thanks qalbi.. Hubby janji.. Hubby akan jaga qalbii.. Dah tak nak nagis macam ni.. Not good for baby" pujuk Eusoff, sambil menyeka air mata aira..

Walaupun dia masih tak mengerti kenapa aira menangis teruk seperti itu. Dia harus meredakan tangisan aira. Aira dibawa kedadanya.. Perlahan-lahan aira dibawa kedadanya..diurut lembut belakang aira.. Dibiarkan aira berhenti menangis sendiri sampai terlena semula.. Tubuh aira di angkat.. Diletakkan perlahan-lahan diatas katil..Diusap-usap lembut anak rambut aira..

Sejak kejadian malam itu.. Aira langsung tidak berenggang dengan Eusoff.. Mereka hanya berpisah di nurseri.. Itu pun adakala aira kerap ponteng.. Dan sering mengikut Eusoff ke resort..

"kejap lagi hubby nak ke pejabat Fateeh.." kata Eusoff sambil membutangkan bajunya.

"nak ikut.." laju aira berkata.

"no qalbi.. Duduk rumah je.. Boleh.. Rest.." kata Eusoff lalu mencuit hidung aira.

"nak ikut.. Nak ikut jugak" renget aira.. Sambil mengoyangkan tangan Eusoff..

"apakata pergi rumah abah.. Nak tak..ariz ada bagitahu hubby.. Dia rindu sangat dengan kakak dia" air muka aira terus berubah.. Menjadi murung. Dia berjalan ke katil.. Dan duduk di birai katil.

Eusoff menggeleng.. Tahulah aira dah merajuk..

"qalbi.." panggil Eusoff lembut.

"it ok.." aira bangun lalu melangkah keluar bilik.. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berubah sedemikian rupa..

Aira turun ke dapur.. Ammar yang sedang menonton tv.. Dibiarkan.. Dia berjalan ke dapur.. Tangan mencapai balang kecil yang terisi kismis didalamnya.. Dibawa ke ruang tamu.. Dia duduk dengan ammar.. Melayan tv dan makan kismis bersama ammar.

"qalbii.. Hubby pergi dulu" Eusoff menyuakan tangannya.. Aira bangun menyambut salam dan duduk semula..

"ammar.. Jaga mama dan adik yea.. Abi keluar kejap" pesan Eusoff kepada ammar.. Ammar mengangguk laju kemudian bersalam dengan abinya..

Sempat Eusoff mengusik aira.. Dengan mencubit manja pipi aira.. Aira hanya membiarkan.. Lalu Eusoff menyentuh kawasan perut aira.. Aira menempis.. Eusoff tersenyum.. Dan berlalu pergi.

Aira memerhati belakang Eusoff yang berlalu pergi.. Dan senyuman tadi.. Dengupan jantungnya berdetak laju.. Hatinya menangis.. Namun dalam masa yang sama dia juga turut merasa marah..

"mama.. No cry.." ammar mengelap air mata aira dengan tangan.. Aira mengeleng.. Lalu memeluk ammar..

Keesokan harinya.. Pagi-pagi selepas menyiapkan sarapan aira keluar.. Keluar awal dari biasa.. Eusoff hanya sempat memandang kereta aira pergi dari tingkat atas rumahnya.. Dalam hati dia hanya mampu mendoakan keselamatan isterinya.

Fateeh melangkah masuk pejabatnya.. Disapa oleh pekerja bawahannya.. Sampai di biliknya.. Dia membuka pintu biliknya yang masih terkunci.. Pintu dikuak.. Lampu dipasang. Beg bimbitnya diletakkan diatas meja kerja..

"assalamualaikum abang" tersentak fateeh lalu berpaling.. Kerusi kerja miliknya berpusing.. Ternyata zulaikha yang duduk disitu.

"waalaikummusalam.." jawap fateeh tenang.. Lalu duduk bertentangan dengan zulaikha.

"zulaikha dah penat berlakon jadi aira" kata zulaikha sambil menyantumkan kesepuluh hujung jari-jarinya..

Tahulah fateeh.. Zulaikha yang sedang membara disebalik topeng berwajah aira.. Mana mungkin zulaikha hanya berlalu pergi begitu sahaja sebaik saja dibubarkan dari kumpulan.. Dan digantikan tempatnya oleh Eusoff semudah itu.

"sabar zulaikha.. Lebih baik Eusoff yang handle semua.. Itukan lebih baik.. Lagipun Eusoff layak.. Dia pun berhak mencari musuh yang membunuh ibunya sendiri.." pujuk Fateeh.

"abang yakin.. Itu yang dia mahu.." kata zulaikha sambil tersenyum senget.

"maksud zulaikha"

"macam mana kalau dia adalah musuh kita yang sebenar.." balas aira..

"jangan zulaikha merepek.. Dia tu suami zulaikha.. Dah banyak dia buat untuk zulaikha" marah Fateeh. Mula bangun dari duduknya.

"abang yakin.." tanya aira. Fateeh diam..

"ayahanda adalah orang yang dipertanggungjawabkan menjaga Elif Hyri dan Ceaser.. Tapi dia gagal.. Boleh jadi.. Dia nak balas dendam.. Dia masuk dalam kumpulan kita nak hancur kan kita dari dalam" kata aira sambil tangannya bermain pen yang berada diatas meja..

"it impossible zulaikha.."

"manusia boleh berubah.." tegas zulaikha.

"dia suami kamu.." lantang suara fateeh.

"buang sangsi kau zulaikha.. Dia bukan jenis tikam belakang.. Dia sayang kamu lebih dari nyawanya sendiri" sambung fateeh lagi. Aira tersenyum sinis. Lalu bangun.

"dah tu kenapa bubarkan zulaikha" zulaikha menepuk kuat meja kerja fateeh..

"baik kalau tu yang zulaikha nak.. I give all information for you.. Abang harap zulaikha buang sangsi tu.." putus fateeh.. Sambil menyerahkankan satu sampul berwarna coklat kepada aira..

Aira menyambut sampul itu lalu berjalan ke sofa dan duduk disofa.. Ammar yang terlena disitu ditepuk lembut..

" kau bawa ammar kesini" Fateeh mengaru kepala. Dia langsung tidak menyedari keberadaan ammar di sofa. Aira asyik meneliti sengala maklumat didepannya .. Diam tak memberi balasan.

"zulaikha.. Lebih baik zulaikha jaga kesihatan,.. anak.. Dan bayi dalam kandungan" kata fateeh berura memujuk.. Lalu duduk bertentangan dengan zulaikha..

Zulaikha hanya mengangkat alis mata.. Dengan tenungan mata yang tajam.. Seumpama aura membubuh menikam mata Fateeh..

"thanks for your information.." dingin kata zulaikha. Lalu menyimpan semula dokumen di dalam sampul..

'berjaya juga dia mengertak abang fateeh.. Sekarang semua maklumat dia dah tahu.. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang mereka bincangkan' bicara aira sendiri didalam kepalanya.

" zulaikha" panggil fateeh.

"abang.. Jangan duga zulaikha.. Sedangkan abang dan rasydan sendiri membelakangi zulaikha.. Abang sendiri tahu apa zulaikha boleh buat kepada abang dan rasydan.." tegas zulaikha.. Lalu mengangkat anaknya ke pelukannya.. Melangkah ke luar bilik pejabatnya.. Fateeh hanya mampu mengeluh.. Memang.. Memang dia tak patut membelakangi zulaikha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience