BAB 13

Romance Completed 107916

Selepas subuh aira terlena semula.. Harini dia nak bermalasan dirumah..

"kak aira... Kak aira" laung aliya dari luar.

Baru ingat nak terlajak tidur.. Ada saja nak kacau. Dengan malas dia bangun. Tombol pintu dipulas. Aliya tersengih di depan pintu.

"nak apa.. Baru nak sambung tidur" rungut aira.

"ibu panggil makan.." ajak aliya. Aira mengangguk.. Mengikut langkah aliya ke ruang makan.

Muizz dan zarina sudah menunggu di ruang makan..

"duduk kita makan sekali" ajak zarina. Tanpa bantahan aira duduk sebelah muizz.

"arini abah kena kerja.. Ada kerja luar.. Ibu pun sibuk.. Aliya dengan aira duduk rumah elok elok.." pesan muizz.. Kedua puterinya mengangguk.

Selepas sarapan muizz dan zarina keluar. Sempat lagi berpesan kepada dua puterinya.

"aliya nak masuk dulu.. Kejap lagi kawan aliya nak datang.." ucap aliya.

"yea lah.. Kakak lepak sini kejap" balas aira. Aliya sudah melangkah masuk kedalam rumah.

Setelah lama termenung ditepi kolam ikan.. Aira masuk kedalam rumah.. Ke dapur.. Kemudian ke mesin basuh.. Baju dikeluarkan dari mesin basuh. Dimasukkan kedalam bakul. Kaki melangkah keluar ikut pintu belakang untuk menjemur baju.

"assalamualaikum" suara memberi salam. Tiada sahutan..

Dia melangkah ke tepi rumah. Kelihatan satu susuk tubuh sedang asyik menyidai pakaian. Salam diberikan lagi.

"waalaikummusalam" jawap aira, sekali menoleh memandang ke sisi.

"awak ni siapa.." tanya aira. wajah lelaki asing didepannya direnung.

'boleh tahan kacak.. Muka tak macam melayu.. Mata dia warna amber.. Warna tembaga keemasan. Subhanallah.. Cantiknya mata dia.. Makhluk dari planet mana ni..' bisik aira sendiri. Sedang asyik aira merenung mata jejaka di depannya.

"dia pandang mana.." aira turut memandang kearah yang sama.. Lantas aira menutup kakinya yang terdedah di bahagian betis menggunakan bakul baju.

' aduh.. Lupa pulak.. Aku tak bertudung ni..seluar pulak takat lutut ja.. Nasib baju labuh sampai betis.. Malunya.'

"Pusing belakang" arah aira. Malu. Nak lari pun tak sempat. Jejaka tadi pun berpusing. Menurut arahan aira.

"maaf.. Saya cari abah..ermm encik muizz" terangnya dengan tegelak kecil. Agak kekok bicara membelakang begitu.

"abah tak ada.. Dah keluar.. Awak siapa.. Macam mana masuk.." marah aira.. Sebenarnya takut jugak.. Sambil kaki berjalan pelahan lahan ke arah pintu.

"Saya Eusoff latif.. Saya masuk ikut pagar sebab tak bekunci.. Takpelah saya balik dulu.. Assalamualaikum .." segera dia tinggalkan kawasan rumah.

"waalaikummusalam.." segera aira menutup pintu.

Aira yang masuk mengintai melalui langsir sliding door. Dia pastikan lelaki tadi betul betul keluar.. Kemudian aira keluar mengunci pagar luar.

"kenapa kak.. Kawan aliya datang tak" tanya aliya yang baru turun dari biliknya.

"kawan aliya laki ke perempuan" tanya aira pula.

"perempuan.. Ainun dengan balqis" jawap aliya.

"kakak intai sapa tu.. Ada orang datang ke" tanya aliya lagi. Setelah melihat aira masih mengintai melalui langsir.

"tadi ada orang datang.. Cari abah.. Nama dia.. Hmm Eusoff .. Yea.. Eusoff latif.." terang aira.

"oh..abang Eusoff .. Anak angkat abah.. Dia memang selalu datang.." terang aliya. Membulat mata aira.

"apa anak angkat.. Kenapa tiba tiba ada anak angkat.. Kakak tak tahu pun" geram aira.

"hmmm... Lama dah kakak.. Dalam dua tahun macam tu.. Tak silap lah.." aliya serba salah.. Sambil memainkan jari tangannya.

"dia selalu duduk sini" tanya aira lagi. Aliya mengangguk.

"baju dalam bilik kakak tu baju dia" aliya mengangguk lagi.

"bagus lah kan.. Anak sendiri menumpang. Anak orang lain jadi anak sendiri" sindir aira.

"kak bukan macam tu.." aliya mengaru kepalanya.. Tak tahu macam mana nak terangkan kepada kakaknya.

"sudahla.. Sama je semuanya" segera dia masuk ke bilik.

PANGG.. pintu bilik dihempas kuat.

'bilik kau rupanya ni.. Bukan bilik aku.. Konon nak ambil hati lah.. kata bilik aku.. Padahal...' geram aira.. Dadanya naik turun menahan marah. Bantal diambil.. Ditinju tinju bantal tersebut. Marah sampai mata telelap.

Seharian aira mengurungkan dirinya didalam bilik. Aliya mendapatkan zarina dan muizz setelah mereka tiba dirumah.. Puas zarina dan muizz memujuk aira. Nasiblah ariz ada.. Akhirnya pintu dibuka juga.

Lengan aira dipegang erat oleh ariz.. Mereka menuju ke meja makan. Aira menunduk sahaja di meja makan. Hanya memandang pinggan kosong didepannya.

"aira.. Kenalkan ni Eusoff.." terang abah.

Aira mengangkat wajahnya.. Membulat matanya memandang kearah Eusoff yang duduk bertentangan dengannya. Eusoff tersenyum manis kearahnya. Terus aira bangun. Mencicit lari masuk ke bilik. Mana taknya. Dia tidak memakai tudung.

'adoii.. Dua kali dah aku malu harini dengan orang yang sama.. Mana nak letak muka ni' aira menyarung tudung dikepala. Perlahan dia melangkah keluar. Duduk di kerusinya.

"apa tengok tengok.. Tak pernah tengok orang ke" kata aira sambil kepalanya terangkat sikit memandang Eusoff didepannya. Eusoff membalas teguran kasar aira dengan senyuman manis.

"aira.." zarina menegur aira. Aira tidak mengendahkan ibunya.. Dia masih tidak puas hati. Wajah Eusoff ditenung tajam. Macam harimau kelaparan. Tunggu nak terkam je.

"kita makan dulu.. Lepasni kita berkenalan yea.. Aira tak payah tenung Eusoff sampai macam tu sekali" muizz pula menegur aira. Tajam betul tenungan aira. Kedengaran Eusoff ketawa kecil. Kemudian mengeleng.

Selesai makan kaum adam melangkah ke ruang tamu. Berborak sambil bergelak ketawa.. Kaum hawa pula sibuk mengemas..

"aira.. Bawa air kedepan.." suruh zarina.

"kenapa aira" jawap aira dengan malas.

"ibu nak potong kuih ni kejap.. Aira tolong ibu bawa air kejap" zarina mengeluarkan agar agar coklat dari dalam peti sejuk.

"yea lah" aira membawa dulang ke ruang tamu. Air dihidangkan diatas meja kopi.

"malam ni Eusoff tidur sini lah.. Yea.. Macam biasa.. Tapi kena tidur dengan Ariz lah.. Sebab tuan bilik tu dah balik" ucap muizz sambil senyum kearah aira.

"tak apa lah abah.. Eusoff balik kejap lagi.. Saja singgah sebab lama tak datang.." jawap Eusoff lembut menolak pelawaan Muizz.

"alah.. Eusoff.. Tidur sini lah.. Yea.." pujuk zarina pula.. Yang baru datang dari dapur menatang dua pinggan yang berisi agar agar.

"tak apalah ibu.. Eusoff balik kejap lagi.." dia menolak lagi pelawaan, segan kerana terpakda menyusahkan pula.

"ok lah.. Tapi next time.. Mesti bermalam macam selalu.. Tiada alasan lagi" ucap muizz sambil ketawa. Aira sudah melangkah meninggalkan mereka. Dia melangkah ke luar mengikut pintu belakang duduk di tepi kolam renang sambil membalas wasap daripada Nafis.

"kak.. Duduk sini naper.. Tak ada nyamuk ke" tanya Ariz.

"malas nak duduk dalam.."

"kakak tak suka dengan abang Eusoff ke"

"entah la.. Mungkin.. Tiba tiba je muncul.. Ariz tak pernah cerita dekat kakak pun.. Sampai hati Ariz" aira menjeling kearah ariz..

"sorry kak.. Hehehe" ariz menggaru belakang lehernya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience