BAB 98

Romance Completed 107916

Anak buah rasydan memandu kereta... Sesekali memandang cermin pandang belakang.. Memandang gerangan lelaki yang dibawanya.. Lelaki yang mengantikan tempat Ratu mereka..

"kenapa" suara Eusoff bertanya.

"tak ada apa" kata badrul sambil menggeleng. Dia kembali fokus kepada pemanduannya..

Kereta hitam itu memandu menaiki bukit persendirian.. Melalu pintu pagar yang dijaga oleh pegawal mereka ..

Eusoff memandang keliling.. Suasana hutan diperhatikan.. Sunyi dan terdapat banyak pokok-pokok besar dan rimbun.. Terdapat beberapa orang yang tinggal di kawasan-kawasan tertentu yang berjaga di dalam hutan itu.

"kita dah sampai tuan" badrul memberhentikan kereta betul-betul di depan banglo tiga tingkat.. Eusoff keluar dari perut kereta..memandang keliling

"terima kasih" katanya lalu melangkah ke pintu utama.

"assalamualaikum" salam diberi di depan pintu.

"waalaikummusalam" salam dijawap.. Datang Rasydan bersama beberapa orang yang mengikut di belakangnya ..

"jom lah masuk.. Abang Fateeh ada didalam" ajaknya. Eusoff mengangguk.

Pintu dibuka luas oleh anak buah Rasydan.. Fateeh sudah sedia menunggu di ruang tamu.. Fateeh bangun.. Mereka bertiga bersalaman.

"macam mana.. Eusoff penah datang sini" tanya Fateeh. Eusoff mengeleng.

"tak pernah.. Ni pertama kali" kata Eusoff. Seraya memandang keadaan dalam rumah tersebut.

"maaflah.. Markas yang lama dah terbakar.. Tak tersisa sedikit pun harta arwah.. Yang ini.. Atas nama aira.." terang Fateeh.

"saya ada cari tapak markas lama tu.. Tapi dah bertuan.. Saya ada hasrat nak beli semula tanah tu... Tuan tanah tu beritahu dia dah jualkan dan tanah tu akan dibangunkan semula.." kata Eusoff.

"tak apa Eusoff.. Tak semua kenangan kita perlu simpan... Ada kalanya kita kena lepaskan.." kata Fateeh.

"betul lah tu" Eusoff bersetuju dengan kata Fateeh.

Datang anak buah rasydan meletakkan sedulang kopi panas..

"so... Apa plan Eusoff" tanya fateeh. Eusoff tersenyum..

"saya dah tahu semua ni angkara siapa.. Tunggu orang tu masuk perangkap saja.." kata Eusoff tenang.

" haishhh.. Abang berdua ni.. Sekarang main permainan apa" tanya Rasydan.

"permainan.." tanya Fateeh.. Kemudian dia dan Eusoff ketawa.

"yea lah.. Saya dari tadi dengar saja.. Tapi tak paham apa pun.." jelas Rasydan..

"boleh kalau nak tahu.. Tapi dengan satu syarat" kata Eusoff.

"syarat.. Syarat apa" tanya Rasydan beria. Dipandang kedua wajah lelaki di depannya bergilir. Kedua-dua lelaki didepannya tersenyum senget.

"syaratnya.. Jangan jadi mata-mata buat aira.. Semua plan kita adalah rahsia.." kata fateeh.

"hah" tercengang seketika Rasydan.

"boleh buat.. Kalau tak boleh.. Kami terpaksa lah bubarkan kamu macam kami bubarkan aira" tenang kata Eusoff sambil menghirup perlahan kopi panasnya.

'rahsiakan dari zulaikha .. Itu mustahil.. Dia adalah Ratu.. macam mana pun dia pasti tahu.. Tambah pula dia menerima sokongan penuh daripada ayahanda Muzaffar.. Tapi.. Keselamatan zulaikha .. Paling utama..' Rasydan mengeluh.. Berat untuk dia putuskan.

"tak sanggup.. Abang tahu kamu rapat dengan dia.. Bukan kita belot dia.. Kita lindungi dia.. Biar abang yang tanggung semua.. Jadi identiti aira akan selamat.." kata Eusoff.

"baiklah.. Saya setuju.. Demi keselamatan Ratu..dan musuh harus mendapat balasannya" putus Rasydan..

"satu saja saya nak tanya.. Tentang sisi gelap aira.. Iaitu zulaikha... Saya nak tahu.. Semuanya" tanya Eusoff bersungguh menerung dalam ke mata Fateeh.

"apa yang Eusoff nak tahu" tanya fateeh.. Rasydan sudah bersandar disofa.

"semuanya.." pendek kata dari Eusoff.

Fateeh memberi isyarat kepada anak buah mereka yang berada di situ.. Kemudian mereka semua keluar ke pintu utama.. Eusoff hanya memerhati.. Sehingga pintu utama ditutup rapat.

'kenapa semuanya keluar... Adakah itu terlalu rahsia.. Sampaikan semuanya keluar.. Rahsia apa yang disimpan oleh mereka.. Apa lagi yang aira sembunyikan darinya' dada Eusoff mula berdebar..

"kenapa.. Adakah Eusoff rasa Ratu kami tu gila.." tenang bicara Fateeh.

Diam tidak bersuara Eusoff ketika ini.. Dia menggeleng.. Dengan menelan ludahnya.

"kalau kamu rasa dia gila.. Kami berdua pun samalah gila macam dia.." tambah Fateeh lagi. Rasydan mula ketawa kecil.

"kamu berdua pun sama.. Tapi kenapa" suara Eusoff tersekat - sekat.

"aira tak tahu semua ni Eusoff.. Yang kamu lihat.. Itu baru sedikit.. Hanya Zulaikha yang menunjukkan sedikit sifatnya.. Belum zulaikha yang sepenuhnya.." terang Fateeh.

"jangan cakap yang.. Aira tu.. Allahuakbar" tak sanggup Eusoff melafazkan..

"yea.. Ada yang menjaga aira.. Dan kami.." kata Rasydan.

"malangnya.. Aira yang terpilih.. Dia adalah yang paling utama..ada banyak yang dia simpan.. Tapi dia sendiri tak tahu..bukan hanya sekadar membalas dendam.." kata fateeh.. Lalu bangun.

"macam mana aira boleh terpilih.. Kenapa dia terima" suara Eusoff mula meninggi.

"benda tu yang pilih aira zulaikha.. Seperti kami... Kemudian akan diturunkan kepada keturunannya.." tersandar lemah Eusoff disofa.

"ammar.. Akan turun ke... Amm.. Ammar" katanya perlahan..

"bukan ammar.." pintas Rasydan..

"apa maksud kamu.."

"hanya aira yang tahu siapa penyambungnya.. Tapi bukan ammar.. Mungkin anak dari kamu.. Kita pun tak tahu" sambung fateeh..

Terdiam seketika Eusoff ditempatnya... Dia sendiri buntu hendak bertanya lebih lagi mengenai sisi gelap aira.. Lama dia duduk termenung melayan fikirannya sendiri.

"macam mana nak atasinya.. Maksud saya kalau aira sepenuhnya menjadi zulaikha. Apa perlu saya buat..apa caranya.."

"aira perlu belajar mengawal emosi.. Emosi yang tak tenteram.. Seperti marah.. Dia hanya membangkitkan zulaikha...kalau sampai tak terkawal..hanya satu.. iaitu.. Kalahkannya.." terang fateeh..

"penah kah aira bertukar sepenuhnya menjadi zulaikha.." tanya Eusoff.. Fateeh mengeleng.. Lain pula bagi Rasydan.. Dia mengangguk..

"bukan sepenuhnya.. Tapi separuh.. Puncak kemarahannya.." kali ini fateeh turut mengangguk.

"jangan risau.. Kamu boleh atasinya..kami yakin" fateeh menepuk bahu Eusoff. Lalu dia duduk semula di sofa tempatnya.. Cawan kopi diambil.. Lalu kopi dihirup.. Rasydan disebelah hanya memandang wajah Eusoff yang mula berubah kelat.. Atas kenyataan yang berikan oleh mereka berdua sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience