BAB 65

Romance Completed 107916

"Eh.. Kenapa abang masuk sini" tanya aira..

"abang nak salin baju.. Kalau tak abang nak salin baju dekat mana" jawap Eusoff.

"aira tengah susukan Ammar lah.." Eusoff mendogak kepalanya mencari kelibat Ammar yang terlindung disebalik tubuh aira yang sedang mengiring diatas katil..

"eh.. Apa intai-intai ni" aira mencapai bantal kecil ammar dibalingnya kearah Eusoff.. Eusoff ketawa kecil..

"ok.. Ok abang tak tengok. Malu apalah dengan suami sendiri.. Ammar tu tak sabar nak jadi abang.. Kesian dia.." usik Eusoff.

"shhh... Diam ammar dah nak tidur ni" aira memintas kata Eusoff.

"abang mandi kejap.. Nanti kita jemaah sama yea" kata Eusoff sambil menepuk lembut bahu aira.

Aira hanya memerhati Eusoff masuk ke bilik air.. Sehingga pintu bilik air itu ditutup. Mereka baru menikah dipejabat agama pagi tadi.. Kini dia sudah sah bergelar isteri kepada Eusoff.

Muizz dan zarina mahu mengadakan majlis perkhawinan untuk mereka.. Namun ditolak oleh Aira.. Aira hanya minta dinikahkan di pejabat agama.. Dan adakan kenduri kesyukuran untuk ahli keluarga terdekat sahaja.. Mereka akur dan menurut sahaja memintaan aira.

Eusoff keluar dari bilik air.. Mengintai aira yang sudah terlena sambil memeluk Ammar.. Dengan berhati-hati.. Dia mengangkat Ammar..pipi Ammar yang comot dengan susu dilapnya. Ammar diletakkan didalam katilnya.

"sayang bangun..." lembut suaranya memanggil aira.. Bahu aira digoncang perlahan.

"kenapa" tanya aira masih mamai.. Sungguh dia tak puas lagi terlelap..

"kita solat sekali" pipi aira dielus lembut.. Aira menangkap tangan Eusoff yang sedang bermain diwajahnya..

"kenapa pengang aira.. Batal wuduk abang".. Eusoff tersenyum.

"tak apa wuduk boleh ambil balik nanti... Dah sayang bangun.. Kita solat sama.. " kata Eusoff. Aira terkebil-kebil..

'sayang.. Dia panggil aku sayang ka..' haiss aira mengeluh.

"kenapa sayang.. Ada yang tak kena" tanya Eusoff..

"panggil aira dengan nama lain boleh" Eusoff menggaru kepalanya..dia duduk di birai katil bersebelahan dengan aira.

'kenapa tak suka abang panggil sayang.. Sebab sebelum ni Nafis panggil aira sayang ke.. Panggilan tu.. Hanya untuk dia saja ke.. Abang masih tak layak panggil isteri abang sendiri sayang ke'.. Eusoff menunduk..

"Hubby..."panggil aira.. Tergejut Eusoff mendengar panggilan dari aira..

" Hubby.. Kenapa hubby "tanyanya dengan dahi yang berkerut. Aira dah mula ketawa.

" Hubby tu panggilan sayang untuk suami dalam bahasa Arab bermakna cinta. Sesuai dengan abang.. Yang ala-ala pak arab.. " ucap aira sambil menepuk nepuk tangan Eusoff. Eusoff mengangguk..

" kalau macam tu.. Hubby panggil... Qalbii.." putus Eusoff.. Aira mengangguk setuju. Aira mengetahui maksud Qalbii.. Iaitu hati.

" dah bagun solat.. Lepas ni kita nak ke resort.. Nak tengok persiapan untuk kenduri untuk esok" kata Eusoff.

"hmm.. Hubby.. Esok..kenapa hubby cadangkan buat dekat Elif Hyri resort yea.." tanya aira.. Sambil tangannya mencapai kain tuala.

"Qalbii..tak tahu.. Siapa tu Elif Hyri.." tanya Eusoff.. Aira mengeleng.. Tuala sudah disangkut ke bahu.. Tangan sedang mencari baju..

"Elif Hyri tuuuu..... Owner resort tu" usik Eusoff.. Sambil ketawa.. Terus aira baling bajunya kearah Eusoff yang sedang ketawa.. Ammar mula merengek didalam katilnya..

"suka yea.. Ketawa.. Ha tu.. Pujuk cepat.. Bagi dia tidur balik.. Qalbii nak mandi.." aira sudah masuk ke bilik air.. Eusoff menepuk lembut punggung Ammar yang merengek.. Sehingga Ammar tidur semula. Selesai solat.. Mereka keluar dari bilik.

"pengantin baru.. Mari makan.... Kejap lagi kita dah nak betolak kesana.." kata zarina.. Yang lain sudah di meja makan..

Mereka bertolak kesana bersama.. Dengan dua biji kereta.. Aira dan ammar menaiki kereta Eusoff.. Manakala.. Muizz, zarina, aliya dan ariz naik kereta muizz.. Yang dipandu oleh ariz.

" hubby.. Tak jawap lagi soalan Qalbi.. Tadi tu.." aira bertanya.. Dipandang sekilas ammar yang sedang bermain dengan mainannya dibelakang.

"la.. Hubby ingat dah jawap tadi.. Tak ekk" aira mengecil kan matanya.. Merenung tajam kearah Eusoff.. Eusoff ketawa kecil..

"ok.. Hubby bagitahu.. Tu resort hubby.. Satu-satunya harta peninggalan arwah ibu Hubby .. Elif Hyri tu nama ibu Hubby .. Dia orang turki.." Eusoff memandang wajah aira yang sudah membulat matanya dengan mulut yang terbuka.. Pipi aira dicubit manja.

"kenapa Qalbii tak tahu.." nadanya seakan kecewa..

"kenapa tak tanya.." laju Eusoff menjawap.

"apa lagi yang Qalbii tak tahu.. Tentang Hubby.."

"banyak.. Sebanyak rahsia yang Qalbii sembunyikan.." usik Eusoff.. Aira menelan liurnya..

"Qalbii sedia nak cerita semua rahsia yang ada didada.. Kalau hubby sedia mendengar.. Tapiiii... Hubby pun kena buat benda yang sama... Boleh" tanya aira.

"boleh.. Nanti ambil borang dekat kaunter pendaftaran resort yea.." sengih Eusoff..

"ishh.. Main-main pulak.." marah aira.

"hubby melawak je.. Hubby pun nak tahu sangat semuanya.. Ok.. Deal.. No more secret between us.. Hubby janji" Eusoff senyum memandang wajah aira sekilas.. Sebelum terus memandang ke depan.

"thank hubby.. Sebab sudi terima Qalbii dan ammar.. Jadi sebahagian dari hidup hubby.." kata aira sambil memandang Eusoff yang sedang memandu.

"hubby.. Yang patut bersyukur sebab qalbii sanggup menerima hubby.. Yang entah dari mana asal usul ni.. Hubby tak akan sia-siakan tu Yaa Qalbii.. Hubby harap hubungan kita sampai ke jannah..." muka mereka berdua kemerahan.. Aira melarikan wajahnya memandang keluar tingkap..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience