BAB 74

Romance Completed 107916

17 tahun yang lalu...

Kereta menyusur masuk ke pekarangan rumah ladang milik ayahanda Muhaimin yang dijadikan markas nya.. Keluar seorang wanita cantik tinggi lampai di bahagian pemandu. Ceaser yang duduk di tempat duduk penumpang turut keluar dari perut kereta itu..

Mereka dua beranak melangkah masuk kedalam rumah besar yang dikawal ketat oleh orang-orang muhaimin.. Sepanjang perjalanan masuk.. Mereka ditegur mesra oleh lelaki-lelaki yang berpakaian kemas..

"miss Elif.." tegur salah seorang mereka. Wanita yang berwajah timur tengah itu tersenyum manis.. Ceaser hanya mengikut langkah ibunya..

"yea.. Saya nak jumpa dengan ayahanda muhaimin.. Dia ada tak" katanya

"yea ada.. Jemput duduk dulu madam Elif.. Kejap saya panggilkan ayahanda " balasnya.. Dan dia berundur pergi.

Elif Hyri dan anaknya Ceaser duduk di sofa.. Ceaser mengeluarkan hp dari poketnya.. Dia menyibukkan dirinya dengan hp.. Elif Hyri pula sedang menyemak semula dokumen ditangannya..

"hi.. Elif... Ceaser. " tegur satu suara garau.. Muhaimin baru turut dari tangga atas terus melangkah kearah tetamunya..

Elif Hyri bangun dari duduknya.. Sambil tersenyum..

"Hi.. Ayahanda muhaimin.. Ceaser bangun salam ayahanda muhaimin" kata Elif Hyri..

Ceaser menyimpan hpnya didalam poket semula dan berjalan mendapatkan ayahanda muhaimin dan bersalaman dengannya..

"sihat ceaser " muhaimin menepuk bahu remaja lelaki itu. Ceaser hanya mengangguk sedikit.

Muhaimin duduk di sofa.. Bersama dengan Elif Hyri dan Ceaser.. Elif meletakkan beg bimbit diatas meja..

"ini semuanya ayahanda muhaimin.. Barang yang ayahanda pesan" kata Elif denagn senyuman di bibir.. Sambil membuka beg bimbit tersebut.

Tersenyum muhaimin melihat barang yang terdapat didalam beg itu.. Baru tangannya hendak mencapai barang tersebut.. Lehernya tiba-tiba dipaut dari belakang.. Terus tangannya menutup beg bimbit itu.. Dia mengenali tangan kecil itu milik siapa.. Siapa lagi kalau bukan cucu kesayangannya..

"wan.. Wan.. Bang Fateeh tak bagi zulaikha naik kuda.." adu zulaikha yang baru masuk berlari kedalam rumah terus melompat memaut leher muhaimin.

Elif Hyri tersenyum melihat budak perempuan kecil yang berambut panjang yang didendan kemas dengan bunga melur diselit di celah-celah rambutnya..

"tercekik wan.. Macam ni.." muhaimin bangun..mengusik.

Menyebabkan zulaikha turut terangkat sama tergantung dibelakang muhaimin.. Muhaimin memeluk tubuh.. Sengaja dia mengoyang-goyangkan badannya kekiri kanan. Tubuh kecil yang tergantung itu turut bergoyang sama.. Bertambah erat pengangan gadis itu..

"bagi zulaikha naik kuda dulu.. Baru zulaikha lepas" ugutnya.. Wajahnya disembamkan dibelakang tubuh muhaimin.

"zulaikha kecil lagi.. Nanti jatuh macam mana.. Tunggu besar nanti wan bagi.. Besar macam abang ni" kata muhaimin sambil menunjuk kearah Ceaser.

Zulaikha mengangkat wajahnya.. Dia terus melepaskan pengangannya.. Badannya melorot jatuh kebawah.. menyorok dibelakang muhaimin.

"kenapa tak bagitahu ada tetamu" dia memukul pelahan belakang muhaimin.. Lalu berlari laju dari situ..

"nak kemana tu.. Ni tak salam ibu Elif" laung muhaimin..

"biarlah ayahanda.. Seganlah tu.." kata Elif.. Ceaser hanya memerhati zulaikha yang baru berlalu pergi.

Beberapa minit.. Zulaikha turun semula dengan membawa busur ditangannya.. Beg anak panah sudah disilangkan di badannya.

"maaf ibu" zulaikha bersalaman dengan Elif Hyri.. Mereka turut berpelukan dan bercium pipi.. Elif mengusap pipi gebu zulaikha yang sedikit comot..bekas lumpur yang sudah kering.

"tak apa.. Ni nak kemana" tanya Elif Hyri.

"nak main ni" zulaikha mengangkat busur tradisional miliknya.. Yang ditempah khas oleh mihaimin untukknya.

"ajaklah abang sama" Elif menunjukk kearah Ceaser.. Ceaser mengangkat wajahnya.. Memandang zulaikha.

"boleh ja.. Kalau abang nak" jawap zulaikha. Zulaikha senyum nakal.. Ceaser segera mengeleng.. Zulaikha megangkat bahu.. dan berlalu pergi.

"zulaikha.. Main.. jangan sampai masuk kedalam hutan.. Faham" tegas kedengaran suara muhaimin.

"baik wan.." zulaikha berlalu pergi. Sempat dia memandang sekilas kearah ceaser.. Ceaser menunjuk wajahnya ke bawah..

"back to business.." kata muhaimin.. Setelah tiada kelibat zulaikha diruang tersebut. Selesai berurusniaga dengan Elif Hyri.. Dua anak beranak itu meminta diri..

Semasa mereka keluar ke pekarangan rumah.. Kelihatan zulaikha sedang menunggang kuda..di padang lapang didepan rumahnya.. Sambil menarik anak panah.. Dan anak panah dilepaskan. Seraya anak panah dilepaskan..

"ZULAIKHA!!!"
Lantang kedengaran laungan dari Muhaimin.. Zulaikha mendengar suara wannya.. Kelam kabut dia cuba untuk turun dari kuda... Mujur ada Fateeh menyambut zulaikha.

"Elif..saya nak kesana.. Uruskan budak bertuah tu.. Saya hantar sampai sini saja boleh.." kedengaran Elif tegelak kecil..

"yea lah.. Pergilah cepat.. Nanti dia lari" kata Elif sambil ketawa.. Ceaser hanya memandang dari jauh.. 'budak comot' katanya perlahan sambil tersenyum sebaris.

Malam itu.. Muhaimin menerima panggilan daripada Elif Hyri.. Menyatakan dia rasa dirinya diekori sejak dia pulang dari berjumpa dengan muhaimin.

"amin.. Hairi.. Ikut aku" mereka masuk ke perut kereta.. Dan menuju ke tempat yang telah diberitahu oleh Elif Hyri..

Setiba ditempat yang dikatakan.. Kereta yang dinaiki oleh Elif Hyri sudah tersadai di bahu jalan.. akibat dirempuh oleh kenderaan lain..

"tolong keluarkan dia orang dulu" arah Muhaimin kepada Amin dan Hairi.

Muhaimin mengeluarkan Ceaser dari tempat penumpang, diangkat diletakkan di rumput jauh dari kereta mereka yang remuk..

Pelahan-lahan ceaser membuka mata.. Dalam keadaan yang lemah.. Dia hanya memerhatikan saja.. Muhaimin berjalan kearah ceaser.

"sabar yea.. Tunggu sini.. Ayahanda nak selamatkan ibu kamu.." pesannya.

Muhaimin membuat panggilan entah kepada siapa..

"ayahanda" laung hairi.. Muhaimin berlari ke arah kereta.. Berusaha mengeluarkan Elif Hyri.

Tiba-tiba satu lori truck melanggar kereta ibunya, Elif Hyri, muhaimin, hairi dan Amin masih disitu. Mereka semua jatuh kedalam gaung..

Apabila mereka semua sudah jatuh kedalam gaung.. Lori truck itu berundur dan turut melangggar kereta muhaimin sehingga jatuh kedalam gaung...

Turun dua lelaki dari lori truck itu.. Dia memandang ke bawah.. Kedalam gaung.. Dan berkata sesuatu sebelum meludah ke arah gaung.. Satu lagi lelaki.. Hanya ketawa .. Sambil menghembus asap rokok.

Mereka memandu lori truck itu dan berlalu pergi. Tanpa mereka sedari ada satu nyawa mereka tinggalkan.. Yang menjadi saksi perbuatan jahat mereka.

Ceaser cuba untuk bangun.. Namun dia tidak berdaya.. Kakinya mungkin patah.. Dia hanya mampu menagis teringatkan ibunya yang berada dibawah sana. Lampu kereta yang baru tiba. menyuluh ke wajahnya membuatkan matanya silau.. Berlari seorang lelaki ke arah gaung..

"Allahuakbar.." kata lelaki yang berdiri di tepi gaung melihat kebawah.. Ada beberapa orang lelaki juga mengikutnya.. Lampu suluh ditangan disuluh merata.

"tuan.. Ada orang disini" kata lelaki yang agak muda. Ceaser mula mengesotkan badannya.

"jangan takut.. Saya inspektor kamil.. Ayahanda Muhaimin yang minta saya kesini.. Kamu ceaser kan.. Saya dah hubungi keluarga kamu.. Ayah kamu dalam perjalanan.. Mari kita pergi.. Kamu dalam bahaya" pujuk kamil.. Sambil melangkah perlahan-lahan ke arah ceaser..

"ibu.. Ibu saya ada bawah tu" kata ceaser.

"jangan risau.. Yang itu kami akan uruskan.. Yang penting kita kena pergi dahulu.. Takut ada yang datang lagi" kata kamil sambil mengangkat ceaser bangun..

Tamat.. Penceritaan daripada Eusoff.. Aira menahan sebak didadanya.. Eusoff meraup wajahnya.. Matanya berair..

Muzaffar sudah bersandar di sofa.. Sambil mengurut dadanya.. Segera dia beristighfar.. Kasihan arwah abang-abangnya mati akibat dendam dan hasat dengki manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience