BAB 63

Romance Completed 107916

Sejak menolak peminangan dari Eusoff.. Aira menyibuk kan dirinya. Pagi dia akan ke nurseri abahnya.. Masyitah Nurseri nama diberi.. Dia menjadi kerani disitu. Abah telah membuka nurseri selepas arwah nenek meninggal. Kerja dengan abah.. Memudahkannya menjaga ammar dan kerja sampingannya.

"abah.. Aira nak keluar kejap.." sambil mengemas mejanya.. Ammar disebelah sibuk meconteng kertas didepannya.

"yea lah.. Tinggal je ammar dekat abah.. Ammar duduk dengan wan yea.." kata muizz.

"tak abah.. Aira bawa.. Aira pergi area sini je.." muizz mengeluh..

"bahaya lah aira.. Aira tinggal je.. Dalam ofis ni.. Abah pun bukan apa sangat.. Tu kassim ada.. Dia yang buat semua" kata muizz sambil menunjukkan kearah kassim yang sedang menyiram pokok.

"ok.. Baik lah.. Aira pergi kejap je.. Ammar sayang mama.. Jangan nakal-nakal yea sayang.. Jangan kacau wan.. Jangan buli wan" bebel aira.. Ammar sekadar membalas bebelan mamanya dengan senyuman dan gelakkan kecil..

Aira keluar dari kontena yang dijadikan pejabat pengurusan di nurseri tersebut. Sempat dia berpesan kepada Kassim serba ringkas.. Pekerja itu patuh.. Hanya mengangguk sahaja.

Dia tiba di tempat yang dijanjikan.. Satu kedai makan yang agak terbuka.. Yang tidak ramai pelanggannya. Dua orang anak buahnya sudah menunggu disitu.. Dia duduk di meja yang berbeza dengan mereka..

Seorang lelaki berkaca mata hitam berjalan masuk dan duduk di meja anak buahnya.. Mereka bersalaman. Aira memerhati saja tingkah ketiga-tiga lelaki didepannya.

"aku dengar dia ratu.. Aku nak jumpa dia.. Harap korang boleh beri kerjasama.. Aku bukan nak apa-pakan dia.." kata lelaki berkaca mata hitam itu.. Dua anak buahnya mengeleng.

"kita dipihak yang sama... Aku jamin.. Ini amanat yang aku pegang.. Entah siapa-siapa korang datang mengaku waris tu.. Aku tak nak lah" katanya tak puas hati.

Mereka menerima isyarat dari Ratu.. Hanya dengan anggukan kepala kecil..

"baiklah.." kata mereka.. Mereka bangun dan berjalan keluar.. Menunggu di bawah pokok tidak jauh dari situ.

"assalamualaikum inspektor Dhani" tegur satu suara.

"waalaikummusalam" jawap Dhani sambil mendongak.. Wajah wanita di depannya diperhatikan.. Wajah manis itu.. Tersenyum kepadanya. Terkebil - kebil dibuatnya.. Kelu lidahnya.

"aiira.. Aira kan" tanya.. Cermin matanya dibuka.. Diletakkan diatas meja. Dia pasti depannya adalah aira.. Kawan sekolahnya dahulu.. Aira mengangguk.. Tapi berbezanya Aira sudah tidak berkaca mata.

"boleh aku duduk" tanya aira..

"Boleh.. Duduk lah.. Aku ingat dah tak kenal aku.. Mana cermin mata kau" pelawa Dhani disambung dengan soalan darinya. Aira duduk bertentang dengan Dhani.

"aku buat lasik surgery.. Tak payah pakai cermin mata dah.." jawap Aira. Dhani mengangguk sambil tersenyum.

"kau buat apa dekat sini aira.. Kau sorang je ke.. Makin lawa lah kau ni aira.." dia ketawa di hujung katanya.

"tak berubah lah kau ni.. Aku jumpa kau lah.. Inspektor Dhani.." kata aira.. Perkataan inspektor Dhani itu diperlahankan sedikit.. Tersandar Dhani mendengar kata yang keluar dari mulut Aira.

"jangan cakap yang kau ni.." Dhani meraup wajahnya..

"kau boleh tanya encik Kamil kalau kau tak percaya. Aku ada jumpa dia sebelum ni dekat rumah dia." terang Aira.

"dua orang tadi tu... Orang kau lah yea.." aira mengangguk..

"Dhani.. Aku cuma nak tahu nama saksi tu je.. Yang lain biar aku siasat sendiri.." kata Aira.

"aku bukan apa Aira.. Aku taknak kau buka kes ni.. Kalau kau buka.. Musuh kau dapat hidu..keturunan arwah masih ada.. Mesti berulang lagi semua ni.. Nyawa kau.. Family kau semua dalam bahaya.." kata Dhani.

"aku tahu.. Kau jangn risau.. Aku akan siasat sampai jumpa semua bukti.. Aku cuma nak tahu siapa pembunuh arwah itu je.. Dhani.. Kau tak boleh tolong aku ke" tanya aira. Dhani mengeluh.

"ni.. Aku bagi gambar budak tu.." dhani meletakkan sekeping gambar yang agak kabur.. Berwarna hitam putih.. Aira menenung..

"aku tak nampak lah.." dhani menunjukkan ke arah gambar remaja lelaki.

"ni gambar masa dekat balai.. Lepas kejadian tu.. Aku ambil dari dalam fail.. Yang encik kamil simpankan.." aira merenung wajah budak lelaki didalam gambar tersebut.. Wajah belah disinya sahaja yang nampak..

"aku nak nama dia" kata aira.

"kau tengok dekat belakang.. Tu nama dia" balas Dhani.

Aira memusingkan gambar tersebut.. Ada satu nama yang ditulis di belakang gambar tersebut..

"terima kasih Dhani.." kata aira.

"hati-hati aira.. Jangan sampai musuh kau dapat hidu kumpulan ni dah wujud semula" pesan Dhani..dia bangun. Memakai cermin mata hitamnya dan berlalu pergi. Aira hanya memerhati Dhani berlalu pergi.. Gambar ditangan disimpan didalam begnya.. Dia pun bangun dari duduknya.. Keluar dari kedai makan tersebut.

Aira sampai di nurseri.. Terus melangkah ke pejabat. Mencari ammar. Ammar sudah terlena diatas bouncer yang sedang berayun itu.. Perlahan-lahan dia melangkah keluar semula..

Muizz sedang melihat stok anak pokok yang baru turun dari lori pembekalnya.. Aira hanya memerhati dari jauh.. Pemandangan dihadapannya membuatkan dia terasa tenang.. Kalau nenek ada ni.. Mesti dia suka.. Tengok banyak bunga dan pokok - pokok di nurseri tersebut.. Rindunya hati.. Segera dia sedekahkan Al-Fatihah kepada neneknya dan wannya..

"aira.." panggil Muizz membuatkan aira tersedar.

"oh abah.. Kenapa abah.." menjawab panggilan dari Muizz.

"teringat dekat siapa.. Jauh temenung" aira tersenyum.

"dekat nenek.. Kalau nenek ada.. Dia mesti suka permandangan depan aira ni" aira mendepakan tangannya. Muizz mengangguk setuju.

"hmmm.. Betul tu.. Dulu nenek ada ajak abah buat bisnes nurseri ni.. Tapi masa tu modal tak ada.. Kita pun tak senang masa tu.. Tak berani nak ambik risiko.. Sekarang.. Dah ada simpanan baru boleh buat bisnes macam ni.. Tapi sayang nenek tak sempat nak rasa.. Tuhan lagi sayangkan dia"kata muizz mendatar.. Aira memeluk lengan muizz.. Muizz senyum kepada aira..

"abah.. Banyaknya pokok baru.." aira menunjukkan kearah pokok yang baru tiba.. Kassim sedang menyusun pokok-pokok tersebut.. Agar tidak menghalang laluan.

"tu semua dah bertuan.." kata Muizz sambil tersenyum..

"siapa.. Banyaknya.. Mau penuh rumah dia ni" kata aira sambil tegelak sedikit.

"Elif Hyri resort yang tempah.. Dia orang nak buat landskap baru untuk resort dia.. Ada setengah dah kesana.. Yang ni kena hantar sini sementara sebab dekat sana dah penuh.. Takut ganggu pengunjung disana.. Takut orang tak selesa pulak kan" terang Muizz.

Aira ada melihat Muizz mengeluarkan banyak resit atas nama Elif Hyri resort.. Nampaknya.. Resort tersebut merupakan pelanggan utama nurseri mereka.. Dari sekecil-kecil bunga.. Sehingga ke pokok.

"aira.. Tak terpikir nak berkahwin ke.. Hidup macam orang lain.. Berpasangan" tanya muizz lembut. Muizz melihat aira mengeluh.

"siapa yang nak aira ni abah... Janda anak satu.. Perangai aira dah la tak macam orang lain..dengan ada rahsia yang banyak.. Mau ke terima aira..aira pun takut.. Kahwin .. Lepas tu cerai.. Letih lah abah.." aira mengeluh

"ada je orang nak.. Tapi aira tolak mentah-mentah.. Terus tolak tanpa berfikir panjang.. Abah tahu aira pun suka dia kan.. Tapi aira takut terluka.. Apa kata aira solat istikharah minta petunjuk... Minta Allah tunjukkan.." kata Muizz lembut.. Aira mengangguk..

" insya Allah.. Abah.. Kalau betul.. Aira terima" kata aira..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience