BAB 14

Romance Completed 107973

"banyak lah sorry.. Tau lah kakak tak penting pun dalam hidup sesiapa.. Termasuklah Ariz kan" aira pura pura marah adik kesayangannya.

"ala kakak.. Jangan cakap macam tu" terasa hati kecilnya apabila kakaknya berkata begitu.

"ok Ariz cerita semuanya.. Janji kakak tak kata macam tu lagi.. Ariz tak suka" terus terang ariz katakan kepada aira.

"ceritalah.. Nanti kakak pertimbangkan nak terima ke tak maaf Ariz tu." aira memandang Ariz yang sudah gelisah.

"ok.. Ok.. Macam ni.. Sebenarnya abang Eusoff tu mualaf.. Abah jumpa dia dua tahun lepas dekat masjid..

Dua tahun yang lalu...

Azan subuh berkumandang nyaring.. Suara azan mendamaikan hatinya. Rasa tenang sahaja.. Kereta yang dipandu membelok masuk ke arah masjid. Dia menyandar sambil memejamkan mata menghayati laungan azan. Kelihatan jemaah sedang berjalan masuk kearah masjid untuk menunaikan solat subuh.

"assalamualaikum, nak.. Jom lah solat bersama" ajak seorang lelaki separuh umur bersama seorang pemuda yang turut berdiri di sebelahnya.

"maaf pakcik.. Saya.. Hmm." ayatnya tergantung kepalanya digaru.

"kenapa nak.. Anak da masalah ke.. Dah tiga hari pakcik tengok anak datang ke disini... Marilah kita jemaah sekali..."

"saya bukan muslim.. Pakcik. Saya suka dengar bunyi azan.. Rasa tenang." terangnya.

"alhamdulillah.."

"macam tu lah kak.. Ceritanya.. Masa first jumpa abang Eusoff.. Lepas tu abah terus ambik dia jadi anak angkat.." terang Ariz.

"mualaf.. Jangan tipu.." soal aira tak percaya. Dari perwatakannya nampak ala ala ustaz.. Bersongkok. Berjambang nipis...

"yea.. Akak tengok betul betul muka abang Eusoff.. Tak macam melayu.. Cina lagi lah tak.. India jauh sekali.." ucap Ariz sambil tegelak.

"jahat la Ariz ni.. Nama betul dia apa.. Kakak rasa dia tu bukan orang malaysia..tengok anak mata dia warna apa.." jari telunjuk aira megetuk ngetuk dagunya.. Seperti sedang berfikir.

"memang pun.. Tapi ariz tak tahu sangat.. Ariz ada tanya abah.. Abah tak bagitahu pun.. Mungkin abah tak nak kita tahu asal abang Eusoff.. Kenapa kakak tanya.. Kakak ada hati kat abang Eusoff ke" tanya Ariz.

"pandai lah... Mana ada.. Kakak dah ada buah hati lah." jawap aira.

"hmm.. Buah hati.. Tu jauh kak.. Ni didepan mata.. Dekat dihati.." usik Ariz.

"jangan merepek lah.. Kakak setia ok" ucap aira sambil tersenyum..

"yea lah.. Asal kakak bahagia.." Ariz memeluk lengan aira. Aira pula mengosok kasar rambut Ariz sampai kusut.

"akak... Tak hensem la macam ni" laung ariz.. Aira sudah memecut lari masuk kedalam rumah ariz terus mengejar.. Mereka tegelak gelak. Sampai lupa mereka sedang diperhatikan oleh yang lain lain.

"seronoknya.." tegur zarina yang turut tesenyum

"kakak ni ibu.. Habis rambut ariz" rungutnya. Mendengar rungutan ariz aira lagi galak mengusutkan rambut ariz. Ariz pula mengeletek aira sampai terduduk.

"ook ok su suudah" aira bersuara dengan payahnya. Sambil menahan geli. Mata aira sudah mengalirkan airmata..

"ha tau pun.. Kacau rambut ariz lagi" marah ariz. Aira masih terduduk mancari nafas.. Keletihan akibat gelak melampau.

"tak acilah ariz.." rajuk aira.

Cermin mata dibuka.. Tangannya menyeka air mata yang merembes keluar akibat digeletek tadi. Muka jangan kata lah.. Sudah memerah. Nafas dilepaskan kasar. Tanpa aira sedari.. Sepasang mata sedang memandang tajam tanpa berkelip. Terpesona.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience