BAB 24

Romance Completed 107916

"saya terima nikahnya.. Nur Aira zulaikha binti muhammad Muizz, dengan mas khawinnya sebanyak seribu seratus ringgit tunai.." bergema suara nafis di segenap sudut masjid.

"sah"

"sah"

"sah... Alhamdulillah"

Kini aira sudah begelar isteri yang sah kepada muhammad Nafis haiqal.. Tarikh yang dikatakan untuk bertunang ditukarkan kepada tarikh nikah.

Berseri-seri wajah aira.. Seri pengantin baru. Namun debarnya bertambah-tambah. Inilah kali pertama dia berdepan dengan ahli keluarga barunya.

Keputusan Muizz untuk menukar majlis pertunangan kepada majlis akad nikah kerana kesihatan masyitah yang kurang memuaskan ketika ini.. Ini juga merupakan pemintaan masyitah untuk melihat aira bernikah dalam waktu terdekat.

Walaupun pada mulanya permintaannya mengejutkan pihak lelaki.. Namun.. Mereka akhirnya bersetuju.

"mari.. Abang kenalkan keluarga abang" lengan aira ditarik lembut.

Keluarga nafis baru tiba malam semalam. Dan majlis nikah diadakan pada pagi keesokan iaitu harini.

Aira dikenalkan kepada ibu mertuanya razita manis wajah ibu mertuanya.. Seiras wajah nafis.. Tiga kakak iparnya nafeesa, natrah dan naura. Aira menyalam mereka sambil ternyum manis kepada keluarga barunya. Nafis merupakan anak bongsu, satu-satunya anak lelaki tunggal.

"ini.. Abang adham.. Suami kepada kak nafeesa" lelaki yang berkulit sawa matang itu senyum melihat aira. Aira membalas dengan anggukan kecil.

"jom.. Kita ke rumah nenek" ajak aira sambil menarik lengan kakak iparnya naura. Naura nampak mesra berbanding nafeesa dan natrah.

Setibanya mereka di rumah masyitah.. Mereka disambut oleh mastura.. Air mawar direnjis bagi mengalu-alukan keluarga baru itu. Aira kemudiannya mengenalkan keluarga besarnya kepada keluarga dari pihak lelaki.

"weiii...kawan aku dah kawin" aira mencari suara tersebut. Belum sempat dia berpusing badannya sudah dipeluk erat..

"safiya.. Awatif... Aku ingat korang tak datang" lengan dua sahabatnya dicubit manja. Mereka bertiga ketawa.

"datang la.. Ni safiya ni.. Lambat sangat siap.. Tau la kan dia mana boleh bangun pagi.." safiya mula mencebik.

"dah.. Dah.. Pergi makan dulu.. Lepas makan teman aku.. Korang jangan mimpi nak balik awal.. Malam baru korang balik.." ugut aira.

"yelah.. Yelah.. Memang kami nak tidur sini pun.." sindir safiya.

Disebabkan majlis aira tidak bersanding.. Aira mundar mandir melayan tetamu kebanyakkan adalah ahli keluarganya sendiri.

"tahniah.. Selamat pengantin baru.." ucap Eusoff sambil senyum manis. Eusoff segak bergaya dengan baju melayu berwarna coklat gelap sama dengan ahli keluarganya yang lain. Siap berkaca mata hitam.

"terima kasih eusoff" jawap aira sambil tersenyum.

"ni untuk aira.. Abang tak tahu nak bagi apa.. Harap aira suka" satu beg kertas dihulurkan kepada aira.. Aira menyambut dengan senyuman belum sempat dia ucapkan terima kasih Eusoff sudah pergi kepada Nafis.

"tahniah.. Selamat pengantin baru.. Tolong bahagiakan aira.. Seluruh jiwa awak nafis.. Jaga dia baik-baik. Awak beruntung dia pilih awak sebagai suaminya." ucap Eusoff tenang. Nafis mengangguk. Bahu nafis ditepuk lembut oleh Eusoff.

"sayang.. Abang nak solat dulu" pinta nafis sejurus Eusoff meninggalkannya. Aira mengangguk.

"aira.. Kau bagitahu aku.. Apa emir buat dekat sini" tanya safiya dengan tegas sambil menunjuk kearah emir yang sedang asyik bercakap dengan muizz dan eusoff.

"ha.. Betul.. Siap pakai baju Melayu sama warna dengan family kau.." awatif pula bertanya.

"kau pergilah tanya dia.. Dia buat apa dekat sini" jawap aira acuh tak acuh.. Dalam hati dah bantai gelak.

Sedar diri diperhatikan dari tadi emir memandang tepat kearah mereka. Aira melambai memanggil. Emir mengangguk kecil dan melangkah kearah aira.

"kenapa... Semua ok aira" tanya emir lembut.. Tak macam dulu. Safiya sudah melopong. Aira segera mengangkat dagu safiya.

"emir.. Kenalkan.. Ni kawan aira.. Safiya dan awatif" emir senyum dan mengangguk kecil.

"kenal.. Kita kan sekolah sama.. Sama umur lagi kan.. Betul tak" Senyap kedua-dua sahabatnya.

"emir ni sepupu aku.. Korang ni kenapa diam saja" aira menyiku safiya dan awatif.. Tak sangka awatif pun jadi beku juga.. Tahulah emir ni kacak.

Terus perang bermula.. Lengan aira menjadi mangsa pukulan dua sahabatnya.. Tetamu yang datang turut memandang mereka. Dari kejauhan sepasang mata memerhati dalam kesayuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience