BAB 58

Romance Completed 107916

Tamat sudah tempoh aira berpantang.. Sesungguhnya dia bersyukur.. Dia dijaga dengan rapi oleh ahli keluarganya.. Ammar pun semakin tembam..

Kini mereka dalam perjalanan ke kampung.. Ammar akan bertemu dengan papanya buat pertama kali..

"maafkan mama.. Ammar genap dua bulan baru mama bawa jumpa papa.." dibisikkan ditelinga ammar yang sedang tidur diatas car seat nya.. Pipi gebu itu dicium lembut..

Ariz yang duduk didepan sebelah pemandu hanya memerhati.. Eusoff menumpukan perhatiannya ke jalan raya.

Mulanya dia hanya mahu ariz temankannya.. Namun Eusoff bersungguh mahu mengikut sama.. Berperang mulut juga mereka berdua pada mulanya.. Eusoff memang tak reti nak mengalah.. Sebiji macam Ariz. Elok sangat berkawan berdua. Jovelyn sudah pulang kepada ibunya.. Rindunya budak comel itu..

Sampai saja didepan rumah milik keluarga Nafis.. Kereta masuk perlahan-lahan ke kawasan rumah. Razita sudah keluar ke halaman dengan muka yang bekerut. Mengintai tetamunya.. Pintu dibuka.. Aira keluar dari perut kereta.. Belum sempat aira memberi salam.. Badannya terus dipeluk.. Aira membalas pelukan itu sambil tersenyum.

"aira.. Ya allah.. Abang.. Tengok siapa datang ni" laung Razita.. Macam biasa.. Suara lantangnya terus keluar. Terdapat air mata ditubir matanya.

"aira.. Mari-mari masuk.." panggil naim.. Ariz dan Eusoff juga diajaknya masuk..

"kejap mak.. Ayah.. Aira nak kenalkan.." aira masuk semula ke dalam perut kereta.. Ammar yang masih lena diangkat perlahan-lahan..

"Muhammad Ammar wazif" nama penuh ammar disebut oleh aira.

Bayi didalam dukungan aira diperhatikan oleh Razita dan Naim.. Razita memukul suaminya lembut..

"abang.. Cucu kita.. Cucu sulung kita.. Cucu lelaki kita.." airmata Razita tumpah laju.. Tanggannya diangkat.. Meminta bayi dalam dukungan aira.. Aira menyerahkan anakknya kepada Razita.

Air mata aira jatuh juga.. Hatinya terasa sebak.. Melihat tangisan Razita. Ammar mula mengeliat apabila Razita mendukungnya.. Mula membuka matanya sedikit.

"ala comelnya dia.. Jom masuk sayang.... Mari masuk.." ajak Razita.. Mereka mengikut masuk..

Mereka berbual rancak.. Tiada siapa dirumah ketika ini.. Hanya tinggal dua pasangan tua itu sahaja..

"aira tidur sini malam ni.. Boleh" suara razita seakan merayu..

"maaf mak.. Tak elok rasanya.. Kami dah tempah tempat untuk tidur malam ni" pujuk aira.. Menolak dengan pelawa razita dengan lembut. Razita mengangguk..

"mak.. Hmm.. Nafis tak tinggal sini..." tanya aira.. Kerana dia tidak melihat kereta Nafis diluar.

"hmm.. Dia ke rumah mertua dia.. Inas masih dalam pantang.. Kejap lagi Nafis datanglah tu.. Ayah dah call dia tadi " jawap Naim bagi pihak Razita.. Setelah melihat Razita hanya diam tidak menjawab.

"assalamualaikum" salam diberi dari luar.. Mereka semua memandang kearah suara yang memberi salam dan tak lupa menjawap salam yang diberi.

Muncul Nafis didepan pintu.. Dia memandang tetamu yang hadir.. Wajah Aira ditenungnya.. Kemudian memandang kearah bayi yang sedang berada diatas riba Razita.

Terus dia berjalan kearah maknya.. Bayi itu diangkat.. Aira gelisah melihat cara Nafis mengangkat anaknya.. Agak kasar. Bayi itu dicium Nafis.

"aira ikut abang kejap..." ajak Nafis. Aira mula serba salah.. Perlukah dia ikut. Melihat ammar berada di dalam dukungan Nafis.. Dia menurut.. Mereka ke dapur.

"mana aira pergi.. Abang call tak angkat.. Mesej tak reply.. Benci sangat ke dekat abang.." suara nafis mula meninggi.. Membuatkan ammar terjaga..

"abang.. Kenapa nak menjerit.. Ammar dah bangun" aira mengelus pipi ammar lembut.

"ammar.. Anak kita lelaki ke" tanya Nafis.. Wajah ammar diperhatikannya lama.. Dielus lembut pipinya. Aira sekadar mengangguk..

"aira.. Abang ada benda nak cakap dengan aira" ucap nafis.. Ammar mula tak selesa dalam dukungan Nafis. Terus kedengaran nyaring suara ammar menangis. Aira mengambil ammar dalam dukungan Nafis.

"shh.. Shh sayang.. Lapar ke" aira memainkan jarinya didagu ammar.. Ammar mula membuka mulutnya..disondol-sondol badan aira..

"kejap.. Aira susukan ammar" aira pergi meninggalkan Nafis. Aira melangkah ke ruang tamu semula.

"abang..aira nak susukan ammar" Eusoff mengangguk dan bangun.. Aira dan Eusoff keluar dari rumah menuju ke kereta.. Enjin dihidupkan.. Aira masuk ke perut kereta. Kemudian Eusoff masuk semula kedalam rumah..

"mana aira dengan ammar" tanya Razita.

"oh.. Sedang menyusu ammar dalam kereta" jawap Eusoff.

"la.. Kenapa tak menyusu dalam bilik saja.." Razita bangun dari duduknya mahu keluar.. Namun ditengah oleh Naim.. Dia akur..

Aira masuk kedalam rumah semula sambil menepuk perlahan belakang ammar.. Kunci kereta diberikan kepada Eusoff. Nafis merenung tajam kearah Aira.. Aira tidak mengendahkannya..

Razita mempelawa mereka untuk makan dahulu sebelum pulang.. Penat menolak.. Akhirnya mereka akur.. Mengikut untuk makan bersama.

" mak.. Kami balik dulu.. Tak elok pula kalau lewat nanti." ucap aira.

"yealah.. Bawa kereta elok-elok yea Eusoff.. Kita jumpa esok" pesan Razita.. Ammar dalam dukungan aira dicium..

"Nafis.." aira menyuakan sekeping kertas kepada Nafis..

"Muhammad Ammar Wazif bin Muhammad Nafis Haiqal" kata yang terkeluar dari mulut Nafis.

"sedap nama yang aira berikan kepada anak kita.. Terima kasih aira.." kertas itu dilipat.

Pipi ammar diciumnya.. Tanpa dia sedari tanggannya naik memegang kepala Aira yang dilapisi tudung.. Digosok lembut kepala insan yang pernah disayanginya dulu. Aira segera menunduk.. Melarikan kepalanya..

" aira balik dulu.. Assalamualaikum" dia memandang kearah Razita dan Naim.. Terus aira masuk kedalam perut kereta.

Pintu kereta ditutup oleh Ariz.. Ariz mengangkat sebelah tangan sebelum dia masuk kedalam perut kereta.. Begitu juga dengan Eusoff. Mereka berbalas memberi dan menjawap salam.

"kenapa dengan abang Nafis tu.. Kenapa dia pengang kepala kakak" tanya Ariz tak puas hati.

"mana kakak tahu.. Kakak nak menyusu ni.. Jangan pandang belakang.." tegas aira. Shawl nya dilabuhkan menutupi ammar.. Ammar pula seronok bermain denagan shawl aira. Kadang-kadang sengaja diselaknya.. Mencari wajah mamanya. Tersengih-sengeh bila nampak wajah aira disebalik shawl.

Keesokannya mereka singgah lagi sebelum balik.. Nafis sudah sedia menunggu kedatangan mereka..

Keluar saja aira dari perut kereta.. Nafis terus mengajak aira ke bawah pokok yang mempunyai pelantar.. Ammar telah dibawa masuk oleh Eusoff kedalam rumah.. Razita memang tak melepaskan peluang untuk mendukung cucunya.

"abang ada benda nak cakap dengan aira" wajah aira diperhatikannya..

"cakap lah.." aira duduk diatas pelantar. Wajah nafis langsung tak dipandang. Aira hanya memandang ke arah jalan..

"aira.. Kita nikah semula.." Nafis cuba mencapai tangan Aira. Aira terus terbangun dari duduknya.. Menjauhkan diri dari Nafis.

"merepek apa ni.." marah aira

"Maaf la.. Aira bukan nak biadap dengan abang.. Tapi tolong la.. Abang tak letih ke nak kahwin cerai ni.. Lagi sekali aira minta maaf.. Aira takkan balik dekat abang" tegas suara aira.

"Aira tak pikirkan ammar ke.. Dia perlukan papa dia.." Nafis merayu..

"ahh.. Tolonglah.. Ayat tu.. Takkan membuatkan Aira berubah dengan keputusan Aira.. Abang dah kahwin.. Aira bukannya perosak rumah tangga orang.. Aira bukannya perampas.." kini suaranya sudah meninggi. Marah dikaitkan dengan anaknya.

"Takkan tak ada peluang kedua untuk abang.." tanya Nafis.

"dengar sini abang.. Aira datang sini sebab janji Aira.. Nak tunjukkan ammar kepada abang seperti yang kita janjikan.. That's it.. No more than that" tegas suaranya berkata sebelum berlalu pergi.

"Aira.. Kalau aira kawin lain.. Abang akan ambil ammar tinggal dengan abang" ugut Nafis. Aira tak mengendahkan.. Dia berlalu pergi.

"abang akan tuntut hak penjagaan ammar.. aira" ugut Nafis lagi.

Langkah aira terhenti. Dia berpaling. Nafis senyum kearahnya.. Aira berjalan dengan tenang kearah Nafis. Dia berbalas senyuman.

"kita kahwin yea sayang" pujuk Nafis.. Ketawa Aira pecah..

"aira lagi sanggup naik mahkamah fight hak penjagaan Ammar dari jadi isteri abang semula.." kata Aira dengan yakin.. Lengan aira direntap kuat oleh Nafis.

"kalau tahu perangai abang macam ni.. Aira tak datang jumpa abang. " laung aira. Tangan yang dipegang kuat oleh Nafis direntap. Berlaku lah bergelutan kecil disitu.

BUKK..

penumbuk singgah kemuka Nafis.. Terjatuh terduduk Nafis.. Tepi bibirnya pecah. Nafis bangun ingin membalas tumbukan .. Ariz segera menahan tubuh Nafis dari pada membalas tumbukkan.

"kau kenapa.. Tepi lah.." marah Nafis

"abang yang berkasar dengan kakak dulu.. Tu salah abang.." marah Ariz.

Dari tadi mereka berdua hanya memerhati aira dan Nafis. Nampak saja Nafis berkasar dengan Aira.. Laju Ariz melangkah mendapatkan mereka berdua.. Penumbuk sudah dikepal.. Eusoff berlari menarik Ariz.. Terus laju muka Nafis ditumbuk oleh Eusoff.

Aira lari masuk kedalam rumah.. Ammar diambil dari Razita, membuatkan Razita tercengang..

"kenapa Aira.." tanyanya.

"maaf mak.. Aira nak balik dulu assalamualaikum" tangan Razita disalam.

Razita turut mengikut Aira keluar.. Aira terus masuk ke dalam perut kereta..

"kamu ni kenapa Nafis" tanya Razita.. Melihat Nafis sedang meronta-ronta.. Seperti mau menerkam Eusoff..

"jom Ariz.. Kita balik.." ajak Eusoff.

"Heii.. Aku tak habis lagi lah dengan kau.." marah Nafis.

"kau yang sia-sia kan peluang kau.." ucap Eusoff lembut.

Ariz dan Eusoff melangkah ke kereta.. Nafis turut mengikut.. Pintu aira diketuk. Dicubanya untuk membuka pintu itu.. Aira sudah mengunci pintu nya.. Duduk diam didalam kereta bersama Ammar..

"Aira.. Abang minta maaf aira.. Kita bincang cara baik aira.. Please.. Abang janji.. Abang tak kan tuntut apa-apa.." rayu Nafis. Di tingkap depan sebelah pemandu.. Di tempat duduk Ariz.. Aira mengeleng.

"kita jumpa dekat mahkamah.. Assalamualaikum" balas aira.. Antara dengar dan tidak..

"jom lah abang.. Ariz.. Tutup tingkap tu" kereta berlalu pergi.. Ariz melihat Nafis sujud ketanah.. Sambil tangannya memukul tanah..

"apa yang jadi ni Nafis.." marah razita.. Nafis diam.. Dia bangun duduk di pelantar.

"apa yang mahkamah semua tu" tanya razita lagi.. Nafis meraup wajahnya.

"Nafis salah mak.. Nafis bodoh.." dia menarik rambutnya geram..

"baru sedar.. Nafis pergilah balik rumah bini kau.. Anak bini kau tengah tunggu" kata razita.. Nafis mengeluh.. Badannya dibaringkan ke atas pelantar tersebut. Dia mula menjerit kuat.. Razita menggeleng..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience