BAB 84

Romance Completed 107916

Ammar seronok meneroka ruang bilik hotel.. Ceria bangunnya pagi ini...terus ke dinding tingkap kaca yang mempamirkan permandangan indah diluar sana.. Asyik dia memandang kenderaan yang bersusun panjang seumpama semut dimatanya..

Aira yang duduk di birai katil hanya memandang dengan senyuman.. Dipanggil anaknya berkali kali.. Panggilannya hanya dibalas dengan gelengan.. Wajah comel tu masih melekat dicermin kaca.. Dengan ketawa kecil..

Kedengaran pintu bilik hotelnya dibuka dari luar.. Aira bangun menjenguk.. Eusoff masuk dengan beg plastik penuh di tangan..

"jom.. Sarapan.." Eusoff meletakkan makanan di meja makan yang berbentuk bulat. Di berlari anak menangkap ammar.. Disambarnya tubuh kecil itu.. Digomolnya perut ammar.. Terkekek ammar ketawa.

Aira bangun menghidang makanan di atas meja.. Air jus oren dituang kedalam gelas.

"hubby dah tu.. Mari makan dulu" panggil aira.

"jom kita makan ammar.. Nanti lagi kuat suara mama.. Jom.. Jom.." ajak Eusoff sambil melambung badan anak kecil itu. Ammar ketawa.. Aira duduk dimeja makan dengan wajah tak puas hati.. Eusoff dan ammar tersengih memandangnya..

Selesai makan.. Eusoff dan ammar duduk mengadap tv.. Eusoff sedang melayan Ammar menonton cerita katoon yang disiarkan di tv.. Aira masih duduk di meja makan.. Menghabiskan makanan yang masih bersisa..

"nak pergi pukul berapa ni" Eusoff berpaling mencari wajah isteri kesayangannya..

"lepas zohor.. Elok kot.." jawap Aira.. Eusoff mengangguk..

"ammar nak pergi jumpa papa yea.." Eusoff mencuit pipi labuh Ammar.. Ammar tidak memberi sebarang respon.. Matanya memandang tepat ke arah tv..

"kalau dia tengok tv.. Dia dah tak hirau hubby dah.. Siapa pun dia tak kisah" kata aira.. Eusoff bangun duduk disebelah aira..

"betul ke.." tanya Eusoff.. Dengan senyuman mengoda..

"ish.. Nak makan ni" Eusoff ketawa.. Terpaling Ammar.. Terus berlari memanjat dan memeluk Eusoff.

"mana ada.. Ni tengok dah datang.. Tak sempat nak sweet - sweet dengan mama dia" kata Eusoff sambil mendukung Ammar.. Dia berjalan duduk di sofa semula dengan Ammar. Aira menjeling dengan hujung mata..

"apa-apa ajelah.." aira bangun mengemas meja makan.. Tangan dibasuh.. Dia turut duduk di sofa bersama Ammar dan Eusoff..

"ammar nak adik" tanya Eusoff kepada ammar.. Sengaja nak lihat respon dari aira dan Ammar.

"aaa addik" kata ammar dengan wajah tak mengerti..

"yea adik.. Teman buat ammar main.. Nak" laju ammar mengangguk.. Tersenyum lebar Eusoff.. Terus dia berpaling memandang Aira sambil mengangkat kening berkali-kali.

"pandai lah mengumpan kan.. mentang-mentanglah satu team.. Mama nak team mama pulak.." kata aira..

"la.. Akan dah ada Jovelyn" Eusoff ketawa.. Aira membalikkan anak mata.. Macam mana dia terlupa Jovelyn..

"betul jugak yea.. So cukup lah.. Tutup kilang" aira ketawa puas. Wajah Eusoff bertukar mendung. Mati ketawa aira.. Air liur ditelan..

"melawak je lah.. Hubby ni.. Cepatnya terasa" pipi Eusoff dicubit manja..

"mau tak terasa.. Bab anak tu.. Jangan buat-buat main" jelas suara Eusoff kedengaran.. Masih dengan nada lembut..

"InshaAllah kalau ada rezeki.. Qalbi terima.." kata aira dengan senyuman.. Eusoff membalas dengan senyuman.

Seperti yang direncanakan.. Mereka bertolak ke rumah keluar Nafis selepas selesai solat zohor.. Ramai sungguh tetamu yang hadir ketika ini.. Sampaikan mereka terpaksa memakirkan kereta mereka di luar.. Terpaksalah berjalan jauh sedikit kali ni..

"biar hubby dukung Ammar" aira mengangguk.. Diambilnya topi disarungkan dikepala anaknya.. Ammar bertukar tangan.. Sukanya apabila abi mendukungnya..

Mereka berjalan masuk ke jalan menuju ke rumah Nafis.. Sepanjang perjalanan mereka berselisih dengan orang kampung yang baru keluar dari majlis tersebut.

Nafis segak berbaju melaju berwarna unggu lembut berdiri di depan rumah menjadi tuan rumah.. Menggantikan Naim yang beransur untuk solat zohor ketika ini..

Dari jauh dia melihat sepasang pasangan berpakaian sedondon berwarna merah hati.. tampak mesra dengan senyuman yang terhias diwajah mereka berdua.. Si jejaka sedang mendukung seorang anak lelaki.. Nafis tersenyum memandang. Makin lama makin dekat.. Wajah budak lelaki dipandang dalam.. Itu.. Ammar.. Anaknya..didukung oleh Eusoff...

"assalamualaikum.." tegur Eusoff.

"waalaikummusalam" jawap Nafis. Sambil bersalaman.. Aira disebelah dipandang.. Aira tersenyum manis.. Bersalaman dengan ibunya Razita.

"masuk lah.. Jemput makan" kata Nafis memperlawa.

"Ammar mari dengan papa.. Bagi mama dengan pakcik makan dulu" kata Nafis lembut. Tangan disua kearah anak lelakinya.

"ammar duduk dengan papa dulu.. Nak" Eusoff memujuk.. Ammar mengangguk.. Dia beralih memaut leher Nafis..

"jom makan dulu.. Ammar jangan nakal-nakal yea.. Kejap mama datang balik" kata aira dengan senyuman.. Ammar mengangguk.. Dipandang mamanya dan Eusoff masuk ke bawah khemah..

Nafis langsung tidak meletakkan Ammar ketanah.. Didukungnya Ammar dari tadi.. Ammar hanya merelakan sahaja.. Tiba-tiba terasa kakinya ditarik.. Tahu sudah siapa.. Dia membongkok..

"kenapa sayang.." nafis menggosok kepala Safiyya.. Anak mata yang berair itu diperhatikan.. Awalnya tadi dia meninggalkan Safiyya tidur di dalam rumah.. Ni mesti baru bangun tidur.

"lapar ke.. Nak makan" tanyanya lagi apabila tiada tindak balas dari safiyya.. Safiyya kemudian mengeleng.. Tangan didepa kan..

"nak dukung jugak ke" laju safiyya mengangguk..
Nafis bertinggung.. Dirangkulnya safiyya sebelah tangannya.. Kiri ammar.. Kanan Safiyya.. Ketawa mereka berdua.. Apabila Nafis mengoyang-goyangnya mereka.

"jom kita main dekat sana" kata Nafis bila melihat Naim sudah datang kearahnya..

"nak bawa lari kemana cucu ayah tu" tegur naim sempat dia mencubit kedua-dua pipi cucunya sebelum dilarikan Nafis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience