BAB 80

Romance Completed 107916

Hari berganti hari.. Adham menunggu dengan sabar... Langsung tiada tanda-tanda Aira akan datang kepadanya..

"apasal kau tak datang melutut merayu dekat aku macam mangsa-mangsa aku sebelum ni.." dinding kayu menjadi mangsa tumbukannya.

"kenapa abang" kalut nafeesa masuk ke bilik apabila terdengar bunyi kuat datang dari biliknya.. Wajah suaminya dipandang.

"tak ada apalah.. Abang ada kena kerja luar esok.." Adham berkata sambil memandang keluar jendela..

"baik.. Berapa hari abang nak pergi" lembut nafeesa bertanya..

"seminggu.." jawap Adham acuh tak acuh..

Hp ditangan berbunyi nyaring... Nama malik kelihatan dipaparan hp miliknya.

"ha nak apa.."

"bagus"

Panggilan dimatikan.. Bibirnya menguntumkan senyuman.. Nafeesa yang sedang memilih bajunya diperhatikan..

"abang nak keluar kejap.. Jumpa kawan.." Kata Adham sambil mengosok lembut kepala Nafeesa.. Nafeesa mengangguk persis anak kecil.. Sambil tersenyum kearah suaminya..

"kalau abang balik lambat.. Jangan tunggu.. Tidur dulu.." kata Adham seraya kaki melangkah keluar dari bilik...

Kereta dipandu ke pekan.. Sebuah kedai kopi cina dituju.. Terdapat malik sedang duduk bersama sekumpulan lelaki di dalamnya.

"tauke.. Kopi satu" Adham mengangkat tangan menyapa tauke kedai yang bernama Ah Guan itu..

"ok baik boss" balas Ah Guan.

Adham menarik kerusi dan duduk bersama malik dan kumpulannya. Rokok diselit antara bibir.. Malik membakar hujung putung rokok sehingga menyala... Adham menyedut..dan menghembuskan asap di muka malik..

"bos.. Barang dah sampai.. Kali ni.. Power boss" malik menunjukkan kedua ibu jarinya kepada Adham..

"barang yang aku pesan ada.."

"ohh... Yang tu pun ada bosss.. Jangan risau.. Bos punya pasal.. Susah pun aku tolong cari punya.." malik gelak galak..

"mana barang.. Aku nak tengok"

"ada la boss.. Sini tak boleh la.. Kejap lagi aku pi ambik.. Janji ni mau ada.. Baru ngam" malik menunjukkan isyarat duit..

"tu aku tau lah.. Macam tak biasa pulak.. Aku regular customer kau kan.. Banyak hal pulak kali ni" kata Adham tidak puas hati..

"sekarang kena hati-hati boss.. Anak buah aku semua dah kedalam.." malik kemudiannya ketawa...

Secawan kopi diletakkan di depan Adham.. Kopi yang masih panas berasap itu diangkat.. Aroma kopi berbau wangi semerbak. Perlahan Adham meminum air kopi tersebut.. Cawan diletakkan..diatas piring.

" aku nak barang harini.. " kata Adham.. Malik mengangguk sambil senyum puas..

"minum dulu boss.. Kejap lagi kita ambik la.."malik ketawa galak. Adham diam hanya menikmati kopinya dengan wajah sombong.

Mereka melangkah keluar dari kedai kopi yang dijadikn tempat mereka berbincang tentang perniagaan haram mereka.. Adham memandu kereta mengekori kenderaan malik dari belakang.

Setengah jam memandu. Mereka sampai di deretan kedai.. Malik memakir kan keretanya di lorong dibelakang..

"pandai kau malik.. Tempat baru lagi" Adham keluar dan bersandar di keretanya.. Ternyata malik seorang yang licik.. Setiap kali dia berurusan dengan lelaki itu.. Takpernah lelaki itu membawanya ke tempat yang sama..

"mau hidup kan bos.. Kenalah bijak" kata malik angkuh sambil mengangkat kolar bajunya..

"bagi barang aku.. Aku nak blah" kata Adham.. Tidak mahu lama-lama disitu..

"kejap" malik mengeluarkan hpnya.. Didail nombor seseorang..

"turun.. Ambik barang adham" panggilan telefon dimatikan..

"tunggu kejap ya boss.. Barang on the way.. Amoi bawa turun.." kata malik sambil menepuk bahu lelaki disebelahnya..

Adham memeluk tubuh... Sambil mengeluh.. Dia memandang seorang perempuan berambut pendek berwarna pink.. Berjalan kearah mereka.. Atas bawah matanya memandang tubuh perempuan itu... Berpakaian seumpama tidak berpakaian sama sekali.. Perempuan itu tersenyum manis apabila adham galak memandang tubuhnya.. Sengaja dia meraba dada bidang adham semasa melintas di hadapan adham..

"nah malik..barang yang kau minta.." katanya ketika sampai didepan malik.

"amoi baru.. Tak pernah nampak pun.." Adham bertanya.

"baru lah.. Seminggu macam tu.. Kenapa mau ka.." jawap Malik.

"aku mau barang aku ja..mana barang aku" kata Adham.. Sengaja menafikan.. Matanya masih memandang si manis tersenyum kepadanya dari tadi.

"duit mana.." Adham mengeluarkan sampul dari poketnya.. Ditayang didepan muka Malik..

"jangan risau.. Seperti yang dijanjikan" malik senyum puas.. Sampul bertukar tangan.. Masing-masing memerhatikan barangan mereka..

"lain kali nak apa contact aku.." kata malik sambil menepuk bahu Adham..

"ok.. Aku blah dulu.." sambil mengejitkan sebelah matanya kepada perempuan tadi..

"bye abang hensem" galak perempuan itu berkata sambil membuat flying kiss berkali-kali.

Adham masuk kedalam perut kereta.. Lalu berlalu pergi keluar dari lorong tersebut.. Bibir tersenyum lebar... Sampul yang diterima tadi diperhatikan..

'tunggu lah kau aira.. Macam mana pun.. Aku akan pastikan.. Kau jadi milik aku.. Kalau guna cara halus tak jadi.. Aku guna cara lain..banyak cara lagi aku boleh guna aira... Kau tak kenal siapa aku.. Ni adham lah..'

Ketawanya meletus kuat didalam kereta.. Persis orang hilang akal..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience