BAB 10

Romance Completed 107916

Bermulalah alam perkerjaan yang tak pernah aku tempuhi selama ini.. Sakit badan semasa mulanya...terpaksa berdiri sepanjang masa.. Mengejar target lagi... Mulanya amat susah.. Lama kelamaan...aku sudah terbiasa dan cekap.

"aira.. Jom break" ajak kak maz.. Selaku leader bahagian aku.

"ok kak jom" balas ku..

Selama bekerja disini aku ditemani oleh kak maz. Aku, safiya dan awatif masing masing tak sama shift.. Macam tahu ja HR yang kami ni sahabat baik. Sama department tapi shift lain-lain.

"aira.. Lepas ni sambung belajar ke.. Nak stay kerja.." tanya kak maz selepas selesai makan.

"tak tahu lagi kak.. Tengok kepada rezeki.. Kalau tak ada tawaran mana-mana aira kerja dulu.." jawapku.

"bagus la.. Tapi kalau nak berhenti..aira kena bagitahu awal sebulan tahu.. Nanti miss kok marah.. Tau lah kan dia" pesan kak maz.

"baik kak.." aira ketawa kecil.. Teringat wajah supervisor nya yang agak garang.

Enam bulan berlalu..

Keputusan SPM pun telah keluar.. Aku masih tinggal dirumah nenek.. Tinggal bersama maksu, paksu dan emran.. Emir sudah mendapat tawaran di universiti jadi dia tinggal di asrama disana.

"aira.." laung nenek.

"yea nek" jawap aira. Mendapatkan nenek..

"tengok ni.. Surat aira" nenek menunjukkan sampul surat berwarna putih kepada ku. Aku mengambil dan terus membuka di depan nenek.

"surat sambung belajar masuk politeknik lah nenek" jawapku perlahan.

"alhamdulillah.. Aira kenapa macam tak suka je" tanya nenek.

'bukan tak suka nek.. Surat tawaran dah bayak yang datang... Namun ditolak oleh abah.. alasan abah.. Semuanya jauh.. Dia tak mahu aku tinggal jauh tanpa ada pemantauan dari ahli keluarga'

"entah la nek" aku melipat semula surat tersebut.

"assalamualaikum" kedengaran seseorang memberi salam.. Aku menoleh. Abah dan ibu.

"waalaikummusalam" jawap masyitah. Aku kemudian menjawap salam perlahan.

"anak abah sihat" tanya muizz kepada aira. Aira menyalam tangan abah dan ibunya.. Kepalanya aira hanya mengangguk perlahan.

"aira..ikut ibu dengan abah balik yea" ucap zarina.. Dengan nada yang lembut.

'sejak maksu sekeluarga berpindah ke sini.. Ayat tu lah aira dengari dari ibu dan abahnya.. Memujuknya untuk pulang kerumah. Aku mula ligat berfikir.. Muncul satu idea di mindaku'

"kalau nak aira balik... Abah kena bagi aira sambung belajar.." surat ditangan aku suakan kepada abah.

Abah mengambil surat tersebut. Surat tawaran ditatap lama..

"pandai pula anak abah letak syarat yea.. Nasib dapat area sini jugak" ucap abah..

'area sini juga ke... Aku pun tak tengok dapat kat mana tadi..'

"ok abah setuju.. Nanti tak payah duduk asrama ke apa.. Dekat je ni" sambung abah lagi.. Bibirnya tersenyum kearah ibu.

"ok.. Pack barang aira... Jom kita balik" ajak ibu beria..

"hmmm... Iiibu.. Sekarang keee.." tanya aku tergagap gagap.. Tidak menyangka ajakan dari ibu.

"yea la sekarang.. Ambik yang mana patut dulu.. Esok datang lagi ambik" balas ibu.

'ishh.. Serius lah.. Aku serkap jarang je tadi.. Tak pasal kena balik betul pulak..' tangan mengaru kepala.. Aku memandang wajah nenek. Nenek mengangguk lembut. Mengiayakannya.

"mari ibu tolong kemaskan sama" ibu bangun menarik tanganku melangkah ke bilik. Abah ketawa kecil..

"terima kasih mak.. Selama ni tolong jagakan aira buat muizz.. Tolong bahagiakan aira.. Zarina pun dah rindukan aira sangat tu.." ucap muizz kepada masyitah.

"kamu lepas ni jaga aira baik baik.. Dia tu anak kamu.. Baik buruk dia.. Aira tu darah daging kamu.. Tegur dia elok-elok.. Insya Allah.. Dia paham. " masyitah menepuk belakang anaknya.. Muizz mengangguk.

Zarina dan aira tiba dengan beg ditangan.. Segera muizz mengambil beg ditangan isteri dan anaknya. Dia melangkah ke luar.. Menyimpan beg di dalam bonet keretanya.

"nenek.. Aira minta maaf yea kalau selama ni.. Aira menyusahkan nenek.." aira memeluk erat neneknya.

"takada apalah sayang... Nanti duduk dengan abah dan ibu. Dengar kata ok.. Jangan buat perangai lama tu.. Yea." pesan nenek. Aira hanya mengangguk..

"kami balik dulu yea mak.. Nanti kami singgah lagi. Assalamualaikum" ucap muizz.. Tangan ibunya disalam.. Zarina turun menyalam ibu mertuanya.

"waalaikummusalam.. Hati hati bawa kereta" pesan masyitah.

Masyitah melambai kearah kereta muizz.. Di dalam perut kereta kelihatan aira.. Tidak putus melambai ke arah neneknya.. Wajah tua masyitah mengukirkan senyuman.. 'alhamdulillah..' hatinya lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience