BAB 45

Romance Completed 107916

Jam di dinding direnung lama.. Pukul 12.45 malam. Nafis masih belum pulang.. Aira bangun dari baringnya... Keluar dari bilik ke ruang tamu.

'pergi mana ni.. Tak balik lagi.. Tak pikir ke orang risau ke apa' rungut Aira. Kakinya baru melangkah terhenti apabila mendengar pintu utama dibuka dari luar..

"abang ke mana.. Lewat abang balik" tanya Aira.. Tubuh Nafis diperhatikan dari atas kebawah berulang kali.

"abang kerja lah sayang.. Tadi nak balik.. Kawan ajak lepak kedai sembang.. Tu telajak, tak sedar dah lewat" terangnya.. Kaki mula melangkah mendekat ke arah Aira. Aira mengelak ke arah lain.

"tadi abang lunch dengan siapa" tanya Aira tanpa berselindung lagi.

"lunch.." Nafis menggaru kepalanya. Aira sudah memeluk tubuhnya. Matanya merenung tajam kearah Nafis. Dapat dilihat Nafis menelan air liurnya sendiri.

"kenapa diam.. Suka lah kan.. Dapat lunch dengan buah hati.." sindir Aira.

"sayang bukan macam tu.. Inas baru datang dari kampung.. Abang terserempak dengan dia masa abang nak lunch.. Alang-alang tu kita orang lunch sekali.. Tu je sayang.. Tak ada apa-apa pun lepas tu.. Abang masuk kerja balik.." terang Nafis bersungguh. Tangan Aira diraih.

"suka hati abanglah.." ucap Aira.. Tangan Nafis ditempis. Di masuk kebilik tidurnya.. Terus naik ke katil.

Nafis masuk ke bilik air membersihkan diri.. Buku pink milik aira diambil dari dalam beg tangan Aira. Niat untuk melihat perkembangan bayinya. Namun hampa.. Dibeleknya berulang kali.

"sayang.." panggil Nafis.. Aira tidak mengendah pangilannya.

"sayang tak ke klinik ke tadi.. Ni tak ada pun date arini.." terus bahu Aira di goncang lembut.

"tak" jawap aira sepatah.

"kenapa tak pergi" tanya Nafis.. Nafis sudah serba salah. Mesti emosi aira terganggu semasa melihat dia lunch dengan Syafinas tadi.

"esok sayang pergi yea.. Abang akan call klinik esok booking balik nama sayang.." pujuk Nafis. Aira bangun dan merampas buku pink tersebut.

"abang tak payah ambil tahu hal Aira.. Abang buat hal abang je.." buku tersebut disimpan semula didalam beg tangannya.

"sayang.. Jangan macam ni" pujuk Nafis.

"abang kan dah tak sayang kami.. check-up pun abang tak penah ikut sama.. Busy kan" sindir Aira.

"ok lepas ni.. Abang akan teman sayang nanti.. Abang janji.." Nafis sudah mengangkat tangannya seumpama berikrar.

"tak payah nanti Aira boleh ajak Ariz.. Atau emir.. Tak pun emran.. Ha.. Eusoff pun boleh nak teman kan aira pergi check-up nanti." sengaja Aira menghangatkan perbincangan mereka dengan menyebut nama-nama lelaki tadi. Terus berubah wajah Nafis.

"kenapa pulak nak ajak diaorang.. Kalau Ariz abang boleh terima.. Selain dari tu abang tak boleh terima.." kini Nafis terasa tercabar dengan nama-nama yang keluar dari bibir milik isterinya.

"ha.. Tau pun marah kan.. Macam tu lah aira rasa tadi masa aira nampak abang dengan perempuan tu.. Busy.. Busy.. Tapi sempat pula lunch dengan orang lain.. Kita ni nasib ada orang temankan lunch tadi" ucap aira kemudian menjeling kearah Nafis.

"sayang lunch dengan siapa tadi" tanya Nafis. Aira hanya membalas dengan menggulingkan biji matanya keatas.

"ha.. Buatlah macam tu.. Baby.. Jangan ikut macam mama.. Buat muka pelik-pelik" nafis membisik kearah perut Aira.

"muka pelik" tekebil-kebil mata aira.. Lantas laju tangannya menampar kuat dada milik Nafis.

PAKK..

"adoi.. Sakit la sayang oiii" rungut Nafis sambil mengurut dadanya.. Diselak bajunya.. Sah melekat lima jari milik Aira.

"berdosa tau pukul suami.." Aira tersenyum puas.

Rajuk tadi dah hilang. Rajuk..bukannya rajuk.. Aira nakkan penjelasan dari Nafis.. Sesungguhnya dia amat menyayangi perkahwinan ini.

Perkahwinan ini masih muda. Takkan baru dilanda badai terus berputus asa. Tapi andai kata betul Nafis menduakannya.. Tak sanggup aira meneruskan semua ini.

"Aira nak tidur.. Mengantuk" ucap aira. Badan dibaringkan diatas katil.

"sayang tak cakap lagi tadi sayang lunch dengan siapa dekat situ.." tanya Nafis.

"dengan Ibu" jawapnya.

"abang.."

"yea sayang.."

"jangan jumpa perempuan tu lagi.. Aira tak suka"

"jeles yea.." hidung Aira dicuit.

"dah la.. Nak tidur" aira terus memejamkan matanya.

"ok kita tidur" Nafis menepuk punggung aira.. Seperti mendodoi seorang bayi.. Dahi Aira dicium sebelum mereka berdua lena diulit mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience