BAB 72

Romance Completed 107916

Kedengaran pintu bilik dibuka.. Dan ditutup semula.. Aira yang sudah terjaga.. Hanya membiarkan sahaja.. Derapan tapak kaki kedengaran menghampiri ke katil.. Aira pura-pura tidur semula. Terasa wajahnya dielus lembut.. Dan pipinya dicium oleh seaorang.. Aira dapat mengetahui gerangan yang mencium pipinya dengan bauan minyak wangi yang digunakan.. Matanya terbuka.. Aira segera menempis tangan lelaki itu..

"qalbii... Hubby ni" kata Eusoff sambil tangannya menekup mulut aira. Perlahan-lahan Eusoff mengalihkan tangannya..

"tepi" marah aira

"qalbii.. Jom kita balik malaysia.." Eusoff memeluk aira.. Namun ditempis oleh aira.

'dia takmahu aira berada disini.. Kala boleh dia taknak aira terlibat dengan keluarganya.. Dengan masa silamnya..'

"qalbii kenapa ni" sayu suara Eusoff.

"kenapa.. Kenapa yea.. Wahai Ceaser O'meiiland.." marah Aira..

"qalbii" pujuk Eusoff.

"diam.." aira bangun ditolaknya Eusoff menjauh darinya..

"adakah keluarga saya dalam sasaran awak Ceaser.." tanya aira sinis. Eusoff diam tidak menjawap.

'kalau lah betul lelaki didepannya musuh yang selama ini dicarinya.. Ternyata seluruh nyawa ahli keluarganya dalam bahaya'

"Ceaser O'meiiland.. Seorang peninju terkenal" aira mendekati Eusoff.. Tangannya laju membuka butang baju Eusoff.. Eusoff hanya membiarkan.. Kemeja Eusoff dilemparkan ke lantai.. Terpampang tatoo dua pistol yang dilagakan dan dua kuntum bunga ros merah dibawah pistol tersebut.. Di lengan kanannya.

" Adakah keluarga saya dalam senarai kamu" marah aira.. Mukanya berubah merah serta merta. Eusoff hanya menatap wajah aira.. Tiada butir bicara keluar dari bibirnya.

"awak lelaki yang jadi partner taining saya dekat mike akademi kan" kata aira lagi sambil menyucuk tatoo di lengan kanan Eusoff.

Aira bertambah berang apabila Eusoff diam tidak menjawap.. Dada Eusoff ditumbuk. Eusoff hanya membiarkan . Aira menundukkan wajahnya.. Menahan marah.

Imbas kembali...

semalam bila aira sedar dirinya yang sedang tidur di satu bilik.. Diatas katil yang sangat selesa.. Aira bangun memerhati segenap ruang.. Terdapat satu poster besar dibilik tersebut..

Yang hairanya.. Wajah itu sebiji sama dengan wajah suaminya Eusoff.. Yang berbeza.. Wajah diposter itu kelihatan kemas.. Tidak berjambang dan berjanggut.. Rambutnya yang panjang diikat kemas gaya man bun.

Piala dan pingat disusun rapi di almari bilik tersebut.. Tali pinggang kejuaraan tinju juga turut digantung rapi di dinding..

Aira berjalan didepan almari yang menyusun piala-piala itu.. Dia mencari nama pada piala tersebut.. Aira menyelongkar meja kerja yang terdapat disitu.. Dokumen yang terdapat disitu dikeluarkan..

''Ceaser O' meiilland'' nama itu keluar dari mulut aira.. Dia melompat ke katil.. Mengeluarkan gambar yang diberikan oleh Dhani.. Ditilik lama nama dibelakang gambar itu.

' bodoh la kau aira.. Dia depan mata kau je selama ni.. ' aira menumbuk kearah bantal bertubi-tubi.

Tamat imbasan...

"qalbii.. Bukan hubby nak rahsiakan semua ni.. Kita baru nikah nak masuk lima hari sayang.. Ni calvin buat khianat macam ni.. Tak sempat hubby nak explain.." pujuk Eusoff.. Dia memeluk aira yang masih menunduk..

"Get lost with your explanation" aira mengangkat wajahnya.. Anak matanya sudah bertukar hitam. Tiada lagi riak sedih diwajahnya lagi.. Hanya wajah bengis dan dingin.. Wajah Eusoff di depannya ditumbuk.. Sehingga pecah hujung bibir Eusoff.

Dia berjalan ke pintu.. Pintu dibuka.. Calvin tercegat berdiri didepan pintu.

"move" tengkingnya.. Calvin diam tidak berganjak.. Leher baju Calvin dicekak.. Tumbukan dilepaskan diwajah kacak Calvin.. Pengangan baju dilepaskan apabila Calvin rebah ke lantai.

Dia melangkah menyusuri ruang koridor tersebut.. Laungan Eusoff memanggilnya tidak diendahkan.. Makin banyak lelaki yang muncul.. Semuanya dibelasah oleh aira..

Bunyi riuh rendah menganggu perbincangan Christopher dan Muzaffar.. Pintu bilik bacaan dibuka dari dalam oleh Christopher.. Elok pintu terbuka seorang orang bawahannya tergolek didepan pintu dengan wajah yang berdarah.

Aira berlalu pergi.. Tidak mengendahkan siapa.. Asal siapa yang menghalangnya.. Bagi itu adalah musuhnya .. Dadanya berombak-rombak menahan marah.. Tangan yang membengkak tak dihiraukan lagi.. Baru dia nak melangkah keluar.. Dua jejaka melangkah masuk menghalangnya.. Fateeh dan Rasydan yang baru tiba.

Bunyi tepukan kuat mengejutkannya.. Aira mencari punca datangnya bunyi tepukan tersebut.. Dibelakang seorang lelaki separuh abad yang masih kelihatan segak bergaya.. Lelaki itu mengalih badannya.. Aira mengenali lelaki itu.

"ayahanda Muzaffar " kata aira perlahan.

"ya sayang.. Ni ayahanda.. Zulaikha" kata Muzaffar seraya melangkah keluar dari bilik bacaan.. Diikuti oleh saifuddin dan safiuddin.

Aira mengeluh.. Tanggannya masih mengeletar.. Marahnya belum hilang..

"apa zulaikha buat kecoh dekat rumah mertua zulaikha ni.. Siapa yang buat zulaikha marah macam ni" tanya Muzaffar lembut. Dia tahu.. Masih bersisa marah didalam diri zulaikha.

Zulaikha diam tidak menjawap.. Dia mengengam penumbuk di kedua-dua belah tangannya.. Dia masih belum puas menumbuk..

"my litter jasmine.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience