BAB 41

Romance Completed 107916

Dalam sebuah cafe.. Terdapat seorang lelaki yang sedang duduk suatu sudut sambil menghirup espresso yang baru diletakkan oleh pelayan. Adakala dia memandang kearah jam tangannya.

"lama tunggu.. Sorry lambat.." tegur suara seorang perempuan.

Kepala didongakkan..memandang suara yang menengurnya.. Seorang perempuan bertudung berkulit putih, berbadan ramping sedang senyum ke arahnya.

"erm.. Duduk lah" balas lelaki itu dingin.

"kenapa nak jumpa aku ni.. Dah la nak jumpa jauh-jauh" rungut perempuan tadi.

Sampul coklat diletakkan diatas meja.. Ditolakkan sedikit kearah perempuan tadi. Perempuan berbaju merah darah itu mengambil sampul yang diberikan.. Dibelek isinya.. Wajahnya bertukar ceria.

"wow.. Banyak.. Untuk aku ka.." sengih perempuan itu. Lelaki tadi hanya senyum senget.

'dasar perempuan mata duitan..nampak duit.. Maruah pun tergadai.. Boleh Aku akan gunakan kau untuk mencapai matlamat aku'

"duit tu akan jadi milik kau.. Asal kau ikut plan yang aku cadangkan tu" pesannya. Perempuan itu mengangguk. Sampul yang berisi duit itu disimpan di dalam beg tangannya.

"aku hairan lah.. Kenapa kau nak sangat perempuan tu.. Banyak lagi perempuan lain" katanya sambil bersandar ke kerusi.

"dia cantik.." jawapnya pendek

Pelayan datang apabila perempuan tadi mengangkat tangan memanggilnya.

"one lime iced tea" ucap perempuan tadi kepada pelayan. Pelayan mengangguk dan meninggalkan mereka.

"cantik.. Kenapa.. Aku tak cantik ke" tanyanya kepada lelaki didepannya.

"aku tahu kau cantik.. Tapi aku nak dia.." jawap lelaki itu sambil menerung tajam ke arah perempuan didepannya.

"hahahaha..." ketawanya kuat.

"tak payah nak gelak macam orang tak betul dekat sini.. Kalau rancangan ni berjaya.. Kita sama-sama untung" tegas suara lelaki tersebut.

"ooppss... Sorry.. Jangan lah marah sayang. aku bukan apa, cuma pelik lah.. Kau tu semua cukup lengkap.. Hensem, macho, harta bertimbun-timbun.. Tapi masih nak kejar bini orang tu kenapa.." tanyanya..

Pelayan datang meletakkan air yang dipesan oleh perempuan tadi.. Kemudian dia beredar selepas perempuan itu mengucapksn terima kasih.

" kau apa tahu.. Dia tu ada aura yang menarik.. " ucapnya.. Terbayang diminda wajah perempuan idamanya. Tanpa dia sedari bibirnya mengukir senyuman.

Perempuan itu memandang wajah lelaki yang tiba-tiba tersenyum.

"kau senyum-senyum ni kenapa.. Berangan body perempuan tu ka apa" kepalanya mengeleng. Air didepannya Dihirup sedikit.. Lega tekaknya yang kehausan tadi.

"aku nak dia.. Aku nak keturunan aku dari dia" ucapnya dingin. Wajahnya kembali tegang.

'ceh.. Kemaruk nak anak sangat..ada bini suruh la dia beranak.. Macam lah aku tak tahu.. Kau tu perempuan keliling pingang' ngumannya sendiri didalam hati.

"aku pun boleh bagi anak untuk kau.. Kalau kau Kemaruk sangat nak anak" kata perempuan itu menyindir.

"kau.. Tak layak" jari telunjuk disuakan tepat kemuka perempuan itu.

"sombong lah kau ni.. Yakin sangat boleh dapat dia" air di depannya dihirup lagi.

"kau buat kerja kau.. Yang lain biar aku yang uruskan" ucap lelaki itu dingin.

"sudahla.. Buang masa je aku layan kau.. Ambik ni.. Pandai-pandai lah kau nak buat macam mana.. Janji benda settel.. Faham" tegasnya.. Sambil memberikan satu lagi sampul..

Sampul diambil.. Sampul kali ini besar sedikit dari sampul yang tadi. Dilihat isinya. Terdapat segugus kunci dan juga kertas putih yang bertulis alamat.

"apa benda ni" tanyanya hairan.

" rumah yang aku dah sediakan dekat kau.. Untuk kau selesaikan kerja kau.. Dekat sana" terangnya.

Perempuan tu mengangguk paham..

"duit lagi separuh aku akan bagi lepas kau selesaikan kerja kau.. Macam yang kita janjikan.."

Perempuan tadi mengangguk lagi.

"satu lagi.. Jangan kau berani-berani nak petik nama aku. Pandai-pandai kau lah.. Faham" pesannya sebelum bangun melangkah pergi.

Perempuan tersebut hanya senyum.. Memandang kelibat lelaki itu keluar dari cafe...sampul disimpan kedalam begnya.. Air lime iced tea dihirupnya.. Seperti tiada apa-apa berlaku. Untung aku.. Dapat idaman hati.. Dapat duit lagi sebagai bonus. Bibirnya menguntumkan senyuman.. Puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience