BAB 20

Romance Completed 107916

"waalaikummusalam.." semput-semput suara Muizz menjawap salam yang diberikan.

"ya mak.."

"ya Allah"

"baik kejap lagi saya sampai mak" panggilan dimatikan.

"kenapa abang" tanya zarina.. Melihat wajah suram suaminya.

"kita ke rumah mak.. Cepat makan" tegas suaranya.

"aira nak ikut..."

"semua pergi" tambah abah lagi.

Kelam kabut kami sekeluarga bersiap.. Hon kereta dibunyikan berkali kali. Menunggu si aliya. Yang lain semua sudah menunggu didalam kereta.

"abah.. Aira drive.." pinta aira.. Setelah melihat wajah abah pelik sejak dari tadi.. Muizz hanya mengangguk.

Dalam perjalanan ibu tak berhenti-henti beleter.

"aira.. Sakit jantung ibu..bawa kereta elok sikit" jerit zarina dari belakang.

Ariz yang disebelah ketawa.. Selang seli dicubit Zarina dari belakang. Muizz hanya diam.. Mulutnya bergerak-gerak.. Matanya terpejam.. Aliya yang duduk di tengah pula sibuk dengan hpnya.

"ok dah sampai.." ucap aira. Enjin dimatikan. Semasa aira membuka pintu.. Terasa satu bayu menyapanya.. Terasa berat.

"Allah" ucapnya.

Muizz memandang aira... Bahu aira ditepuk.

"bangun aira.. Selawat banyak-banyak" pesan Muizz. Aira mengangguk.. Bangun. Yang lain hanya berpandangan.

Mereka melangkah masuk kedalam setelah memberi salam. Salam di jawap. Namun mereka tidak disambut.

Kelihatan mastura sedang menagis disisi Emir yang sedang terbaring di ruang tamu.

"abang tolong tengok kan.. Dia meraung-raung tadi.. Ni pengsan pulak.." ucap mastura.

Muizz mengangguk.. Aku yang duduk dengan nenek disofa hanya memandang wajah Emir.. Matanya sebam.. Wajahnya pucat.

"aira.." abah yang sudah duduk bersila didepan Emir memanggil. Sambil tangannya mengamit.

Aku bangun mendekati abah.. Abah membisikkan sesuatu ditelinga aku. Kemudian aku melangkah kedapur.. Mencari barang-barang yang abah minta.

Sewaktu aku melangkah ke ruang tamu semula. Aku terpandang sesuatu. Segera aku beristighfar.

"abah" kataku sepatah.. Barang yang diminta disuakan kepada abah.

Terkumat kamit mulut Muizz membaca.. Kemudian Muizz membaling garam kasar. Meraung Emir.. Muizz yang pernah menuntut teknik membuka mata batin sewaktu usianya muda dulu. Tapi Muizz hanya merawat ahli keluarganya sahaja.. Tidak kepada umum.

Aku hanya memerhati. Hampir dua jam Muizz bertungkus lumus.. Barulah emir sedarkan diri.. Namun keadaannya lemah.. Muizz kemudiaanya meminta segelas air. Air itu dibacakan dan diberikan kepada emir untuk minum.

"macam mana abang" tanya mastura.

"insya Allah.. Tak ada apa.. Kalau jadi lagi panggil ustaz farid.." pesan Muizz

"kenapa ustaz farid.. Abang tak boleh buat ke.. Kenapa Emir jadi macam tu" tanya mastura lagi.

Muizz memandang Emir.. Pertanyaan mastura dibiarkan tidak berjawap. Kemudian kedengaran suara memberi salam.. Kelihatan Elias yang baru tiba. Kelam kabut melangkah masuk kedalam rumah.

"apa yang jadi" tanya elias. Wajahnya kelihatan gelisah. Dia kemudiannya memandang satu persatu wajah didalam rumah. Mengharapkan sesiapa untuk bersuara.

"aira.. Mari sini" panggil Muizz. Aku bangun dengan malas melangkah duduk bersila ditepi abah.

"aira nampak" tanya Muizz perlahan.. Namun didengari semua yang berada disitu. Aku mengangguk.

"nampak apa" tanya mastura. Aku pandang nenek.. Nenek hanya senyum sebaris. Namun masih manis wajahnya.

"mastura.. Elias.. Nanti bawa Emir pergi berubat dekat perubatan islam.." pesan muizz. Emir sudah terlena.

"cuba abang cakap saja.. Mas nak tau.." suara mastura kedengaran tegas bercampur marah.
Muizz mengeluh. Dia bangun duduk diatas sofa. Kemudian bersandar. Tangannya diletakkan di dahi.

"Emir sekarang berkawan dengan siapa" tanya Muizz setelah sekian mendiamkan diri.

"mas tak paham la.."

"aku taknak kata apa.. Takut nanti salah.. Bawalah Emir berubat..jangan biar lama-lama" terang Muizz.

Muizz kemudiaannya bangun.. Menyalam masyitah. Elias bangun menyalam muizz sambil berpeluk. Kami sekeluarga keluar.. Selepas bersalaman.

"terima kasih" ucap elias. Sambil mengikut kami keluar ke kereta.

"baiklah. Kami balik dulu.. Assalamualaikum"

"waalaikummusalam.. Aira bawa kereta hati-hati" pesan elias lagi. Aira mengangguk.

Dalam kereta sunyi sepi.. Aira menekan butang radio. Kedengaran suara dj berceloteh. Sampai saja dirumah mereka duduk di ruang tamu..

"aira ok.. Ada rasa apa-apa tak.." tanya muizz. Risau melihat aira.. Takut anaknya hilang semangat setelah melihat sesuatu dirumah masyitah tadi.

"aira ok.." jawapnya

"dah... Bangun pergi mandi solat semua." tegas suara zarina. Melihat isyarat mata dari muizz.

"aira duduk dulu" ucap Muizz. Aliya dan ariz sudah melangkah naik keatas.

"yea abah"

"aira tau apa yang aira tengok tadi..aira pernah tengok" tanya abah dengan nada yang tenang.

"aira nampak.. Tapi tak tahu benda apa.. Aira penah tengok.. Tapi aira selalu biarkan saja... Aira anggap benda macam tu semua khayalan aira semata" terang aira tenang. Muizz mengangguk.

Aira memang seorang yang kuat. Kalau orang lain mesti dah histeria.

"aira nak jadi macam abah..tapi abah menuntut.. Aira anugerah"

"aira tak minat mistik ni abah" aira memeluk tubuhnya. Tanda protes. Kepalanya laju mengeleng. Menolak sekeras kerasnya.

"kenapa.. Ini kelebihan yang Allah berikan kepada kita..." terang abah.

"aira tak suka.. Rasa macam gangguan.. Kenapa hijap aira terbuka.. Abah.." nada aira kecewa. Abah hanya ketawa kecil.. Kepala aira digosok perlahan.

"dah... Pergi mandi solat.. Rehat" ucap Muizz.. Kemudian melangkah meninggalkan aira. Aira hanya memandang belakang tubuh abahnya pergi meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience