BAB 130

Romance Completed 107916

"assalamualaikum qalbi.."

Suara garau itu menegur aira.. Suara yang dirindui oleh aira.. Aira mengangkat wajahnya.. Memang didepannya adalah Eusoff.. Tersenyum manis kearahnya.. Aira memegang mukanya sendiri.. Dahi yang berpeluh dilap dengan belakang tangan.

'aira kau demam sampai halusinasi aira oii.. Ubat apa yang aku telan tadi.. Salah makan ubat kah..' aira berpaling memeriksa plastik ubat tadi.. Namanya tertulis disitu.. Ubat yang diberikan emir sebelum ni.. Plastik ubat disimpan semula didalam laci.

Eusoff masih tegak berdiri disitu.. Masih tersenyum.

"assalamualaikum qalbi.. Mama kepada anak-anakku" sapanya sekali lagi.

Kali ini aira menjadi kaku bersandar di kabinet dapur.. Jantungnya berdegup kencang.. Terasa bagai berdegup laju sampai jatuh luruh ke lantai.. Itulah yang aira rasakan kini.. Namun aira sengaja mempamerkan wajah biasa. Melihat Eusoff dengan imej yang baru.. Dia langsung tidak tergejut.. Itulah rupa ceaser sebenar.

Kalau diikutkan hati.. Lama sudah dia berlari memeluk tubuh insan yang bersarang di hatinya itu.. Tapi satu, dia pulang pada waktu yang tidak tepat. Luka ditangan kanannya masih berdenyut. Aira menarik nafas dalam.

'kenapa.. Kenapa muncul harini.. Waktu ni.. Waktunya sangat tak sesuai.. Belum masanya lagi..' rintih hati aira.

"waalaikummusalam" jawapnya dan berjalan melepasi Eusoff. Aira mengawal dirinya.. Dari tersasar.. Takut dia hilang waras..disitu juga dia memeluk Eusoff nanti.

"I'm back qalbi.. Don't you miss me" kata Eusoff memaut lengan kiri aira. Perlahan menarik aira kearahnya.. Mahu dibawa kedalam pelukannya.

Belum sempat Eusoff merapatkan dirinya ke aira. Terasa tangan kanan aira menolak dadanya menjauh.. Eusoff terasa, dengan penolakan oleh aira..

"are you mad at me.. Qalbi" tanya Eusoff.. Mengengam erat jari jemari aira. Dia mencari anak mata aira..

"tak.. Tak sihat... Makcik ada tu.. " gugup aira membalas..

Eusoff menyentuh dahi aira.. Dengan belakang tangannya.. Dan tangannya terus menyusur kerambut aira..

"ya demam.."kata Eusoff.

"kenapa qalbi potong rambut.." kepala aira dielus elus.. Seperti anak kecil.. Aira menahan tangan Eusoff.

"panas.." balas aira pendek. Aira berjalan keluar dari dapur. Menuju ke ruangtamu.. Dan duduk disofa.

Eusoff perasan aira cuba mengelak darinya.. Dia mengikut langkah aira.. Dan turut duduk disebelah aira. Dia memerhati wajah aira yang kemerahan.

"qalbi naik atas.. Rehat. Biar hubby saja tengok kan mereka.. " kata Eusoff.

'apa.. Naik atas.. Bilik..' laju kepalanya mengeleng..

"tak.. Hmm.." aira mengaru kepalanya mencari alasan.

Eusoff bangun lalu marapatkan dirinya lagi dengan aira.. Aira pula terasa kekok.. Lalu mengesot sedikit ketepi..

"why.." tanya Eusoff dengan wajah kecewa. Aira hanya mengeleng.

Ramlah dari jauh mengeleng.. Kepalanya terkeluar dari dinding..

"kenapa main tarik tali pulak.. Haish aira ni.." bebelnya.

"tali apa mak" tegur riana..

"ana.. Pergi balik, ambil tudung.. pakai macam ibu.." kata ramlah manarik tudungnya memberitahu riana.

"kenapa pula mak.." rungut riana.

"Eusoff dah balik.." jawap nya, seraya menolak belakang badan anaknya.. Riana mengintai-ngintai kearah ruang tamu.. Dia melihat belakang badan seseorang lelaki yang sedang meletakkan sebelah tangan diatas bahu aira..

"qalbiiii.." panggil Eusoff.. Lembut. Membuatkan denyutan jantung aira kembali berdenyut kencang.

"ha.. Hmmm.. Ya" jawap aira masih gugup..

'ya allah.. Kenapa aku jadi macam ni.. Sebab lama dia tinggalkan aku.. Sampai terasa sangat kekok..'

Eusoff tergelak kecil melihat kelakuan aira.. Aira nampak bertambah comel dengan rambut pendeknya.. Paras bahu..beralun semulajadi. Tangan Eusoff bermain main dengan rambut aira.

Eusoff mendekatkan dirinya ke aira.. Pipi aira diciumnya..

"terima kasih besarkan anak-anak.. I love you, qalbi..." bisiknya ditelinga aira.. Kemudian dia menjauh.. Melihat riaksi aira. Wajah aira sudah betukar merah. Namun aira seolah kaku didepannya.

"qalbi.." panggilnya lagi..jari jemari aira digenggamnya.. Dibawa ke bibir lalu dicium lama.. Kemudian dibawa ke pipinya.

Aira dapat merasakan pipi Eusoff yang kini bebas dari sebarang jambang.. Aira mula berpaling.. Eusoff dari tadi tersenyum kearahnya.

" masih marah" tanya Eusoff.

"hubby nampak lain.. Lain sangat.." balas aira.

"masih sama qalbi.. Still Eusoff latiff your husband.. Kalau qalbii.. Tak suka.. Nanti hubby kembalikan imej Eusoff.." balas Eusoff. Aira hanya diam,memandang amna dan amran..

"where your necklace qalbi.." tanya Eusoff bila dia memerhati leher aira yang kosong. Tangannya lantas memegang leher aira.

'alamak.. Rasa macam nak tampar dahi sendiri.. Bodoh la kau aira.. Kenapa boleh lupa.. Harini juga nak lupa..' aira merungut sendiri dalam hati.

Rantai bukan sebarang rantai.. Rantai asal dari ibu Eusoff.. Aira sendiri sudah tahu.. Bahawa rantai itu.. Eusoff sudah memasang alat gps di dalam loket rantai itu. Aira bila menjadi M.. Dia akan tanggalkan rantai tersebut.

"hmm.. Ada.. Ada dekat atasnya..." jawap aira.

"kenapa buka.. Hubby dah pesan kan rantai tu jangan sesekali tanggalkan." tegas suara Eusoff.

"maaf..."aira menunduk.. Dia tak tahu apa alasan yang patut dia berikan. Lalu dia bagun.. Berjalan naik keatas.

Sampai saja didalam biliknya.. Terus aira mengunci pintu bilik.. Dia masuk kedalam bilik air..mengemas kotak kecemasan yang digunakan tadi.. Lalu disembunyikan didalam bilik pakaian.

'apalagi aira.. Cepat pikir..'

Lalu dia kekatil.. Bantalnya di angkat.. Sepucuk pistol diambil.. Lalu disembunyikan di dalam laci.. Kemudian ditutup dengan kain.

Berpeluh peluh tubuhnya.. Dia menarik selimut.. Memeriksa cadarnya.. Takut ada kesan darah disitu.. Tiada.. Selamat.. Aira duduk di birai katil.

"pandai sangat main-main.. Sendiri yang susah.. Bukan senang nak bohong orang aira..." dia mengutuk dirinya sendiri.

TOK.. TOK.. TOK.

bunyi ketukan pintu dan bunyi tombol pintu cuba dibuka kedengaran .. Membuatkan aira tersentak..

"siapa tu" tanya aira.. Sengaja.

"qalbii.." suara diluar memanggil.

Aira sudah mundar mandi didalam bilik.. Takut hendak membuka pintu..

"kenapa...."

"nak letakkan amna.."

Aira berjalan kepintu.. Perlahan membuka pintu.. Eusoff sedang mendukung amna yang sudah terlena. Lalu diletakkan kedalam katilnya.. Aira tegak berdiri di pintu,melihat sahaja.

Eusoff berpaling dan berjalan kepintu.. Bila saja sampai di depan aira dia berhenti.. Dan memaut rahang aira dengan kedua belah tangannya. Bibir aira dicium.. Lama dan semakin dalam. Sehingga aira menolak dada bidang Eusoff. Menyebabkan bibir yang bertaut tadi terlerai. Pipi aira dielus.. Dahi aira dicium sekilas. Lalu Eusoff keluar dari bilik. Membuatkan aira terasa..

Aira keluar dari bilik.. Mencari Eusoff.. Takut..

'marahkah dia.. Sebab menolak..' hati aira dirundum rasa bersalah.

'dia dah pergi.. Pergi.. Macam tu saja..'

Satu demi satu persoalan timbul. Kemudian dia melihat Eusoff naik semula.. Kalini. Mendukung amran..

Eusoff berjalan masuk kebilik.. Lalu meletakkan amran dikatilnya.. Lalu menghidupkan alat penghawa dingin..

Ammar yang baru bangun memeluk kaki aira.. Yang berdiri didepan pintu biliknya..

"sayang.. Buat apa dalam bilik.." tanya aira.

"ammar buat ni" ammar menunjukkan lukisannya.

"pandai ammar lukis.. Siapa ni" aira mengambil lukisan tersebut..

"ni. Abi.. Mama.. Ammar... Amna.. Amran.." katanya riang.

"yea.. Pandai anak mama.. Mari ikut mama.. Ada surprise untuk ammar.." lalu aira membawa ammar masuk kedalam biliknya.

Ammar mulanya tidak mengenali Eusoff dengan imej barunya itu.. Bila terdengar saja abinya memanggil.. Terus ammar berlari.. Eusoff segera mendukung ammar.. Ammar mencium pipi Eusoff dalam esak tangisannya. Aira berdiri dipintu memerhati.. Melihat ammar meluahkan rasa rindunya kepada Eusoff. Bagaimana aku..

'kau tak sanggup turunkan ego kau aira.. Kau nak tengok dia pula merayu.. Merayu macam kau, merayu dia sebelum dia tinggalkan kau dulu..' hati aira kini berperang sesama sendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience