BAB 44

Romance Completed 107916

Aira melangkah masuk kedalam butik M&Z boutique.. Baju yang dipamerkan berdekatan tingkap diperhatikan.. Diselak satu persatu..

"assalamualaikum cik.. Selamat datang.. Boleh saya bantu cik.." tegur seseorang ramah. Aira berpaling melihat suara yang menengurnya. Senyuman manis dihadiahkan kepada wanita ayu dihadapannya.

"lah Aira.. Akak ingat siapalah tadi" ucap shiela sambil menepuk lembut bahu Aira.

"saja je usik kak Shiela.. Ibu ada tak.." balas Aira.

"ada dekat dalam.. Pergi lah masuk.." shiela mempelawa anak majikannya.. Aira memang jarang ke butik milik Zarina.. Aira mengangguk.. Kemudian melangkah masuk ke bilik ibunya.

TOKK.. TOKK.. TOKK..

"masuk" zarina memberi arahan dari dalam..

Pintu dikuak.. Terpampang wajah zarina yang sedang sibuk mengukur kain dihadapannya..

"kenapa shiela" tanya zarina yang masih fokus dengan kerja di hadapannya.

"ibu" panggil Aira. Terus Zarina mendongak mendengar suara milik Aira. Tangan yang sibuk tadi terus melepaskan kerja-kerjanya.

"Aira..sayang.. Masuk lah.." pelawanya. Besar hati dengan kedatangan Aira.. Sudah lama Aira tidak datang ke butiknya.

Aira masuk dan bersalaman dengan ibunya.

"ibu sibuk ke.. Aira nak ajak lunch dekat kedai depan tu.. Nasi ayam dia sedap.." kata Aira. Zarina memandang wajah aira.. Lama. Kemudian dia senyum..

"jomlah.."ajak zarina. Beg tangan dicapai. Aira tersenyum suka..

Inilah masanya untuk dia berbaik dengan ibunya.. Menyernihkan apa yang keruh dahulu.. Lengan ibunya dipaut. Zarina memegang tangan Aira dilengannya.

Sampai di dalam kedai makan yang Aira katakan tadi mereka mencari tempat duduk. Pesanan dibuat kepada seorang pelayan lelaki.

Sementara menunggu makanan tiba aira meliarkan pandangannya memandang kepada pelanggan yang ada. Boleh tahan ramai.

"ramai kan kedai ni ibu.. Nasib ada meja lagi.. Kalau tak kempunan Aira.." ucap aira.

"memang kedai ni selalu ramai.. Sebab dia ada jual macam-macam.. takpe.. Kalau penuh tadi .. Balik nanti ibu boleh buatkan nasi ayam untuk aira.." kata zarina sambil tegelak kecil.

"ibu penat-penat.. Balik nak masak pula.. Taknak lah macam tu" aira tersenyum.

Makanan yang dipesan tadi dihantar oleh pelayan lelaki tadi. Selepas mengucapkan terima kasih.. Pelayan pergi meninggalkan mereka. Makanan yang terhidang didepan mata membuatkan selera aira memuncak naik.. Bibirnya tersenyum puas.

"tak payah senyum macam tu.. Baca doa kita makan." kata Zarina.. Aira mengangguk. Tangan ditadahkan.. Doa dibaca.. Mereka menjamu selera..

"alhamdulillah ibu.. Puasnya rasa" kata Aira sambil mengosok perutnya yang masih kempis.

Zarina ketawa kemudian mengeleng melihat telatah Aira.. Sedang mereka bergelak..

Aira terpandang satu pasangan yang baru masuk kedalam kedai makan tersebut. Mesra sungguh pasangan tersebut. Terus berubah riak wajah aira yang tadi ceria ke monyok.

"kenapa Aira.. Aira tengok siapa.." Zarina turut memerhati kearah pandangan mata Aira. Namun dia tidak dapat menangkap siapa yang dipandang oleh Aira.. Kerana terlalu ramai pelanggan di kedai tersebut.

"Jom lah ibu.. Lepas ni Aira kena pergi check-up.. Takut lambat sampai nanti" alih aira .. Aira mengirup air didalam gelasnya yang masih berbaki tadi sehingga habis. Kemudian dia bangun ingin ke kaunter.

"aira nak kemana" Aira menunjukkan kearah kaunter..

"duduk.. Biar ibu belanja" kata zarina sambil senyum.. Aira senyum.. Mereka berdua bersaing ke kaunter.

"aira belanja.. Sebab Aira yang ajak ibu lunch tadi.." berlaku lah tolak menolak manja antara dua beranak itu di kaunter. Gadis di kaunter hanya tersenyum manis melihat dua beranak yang masih tak mahu beralah.

"ibu.. Apakata nanti ibu masakkan Aira nasi tomato.. Kalini.. Biar Aira yang bayar.." cadang Aira sambil keningnya diangkat berkali-kali.

"ok deal.." pipi gebu aira dicubit lembut. Zarina dan Aira tegelak kecil.

Semasa keluar dari kedai sempat Aira berpaling kearah pasangan tadi.. Bertambah mesra dengan gelak ketawa. Perempuan tersebut memandang kearah Aira sambil tersenyum. Kurang ajar betul.

" aira nak ke klinik dengan siapa.. Mana Nafis." tanya zarina. Setelah mereka sampai dihadapan butik. Aira menyalam ibunya.

"biasalah ibu.. Sibuk kerja" balas aira.. Alasan yang sama diberikan sekali lagi.. Zarina merenung wajah aira yang berubah mendung.

"ibu.. Aira pergi dulu, assalamualaikum"

"waalaikummusalam.. Bawa kereta elok-elok sayang" aira mengangguk. Kaki melangkah kearah kereta yang dipakir tidak jauh butik milik ibunya.

Setelah memastikan ibunya sudah masuk kedalam butik.. Aira mencari hpnya didalam beg tangan. Didailnya nombor Nafis. Panggilan pertama tidak diangkat. Dicubanya lagi.

"assalamualaikum sayang" suara Nafis kedengan disebelah sana.

"waalaikummusalam abang.. Abang tengah buat apa tu.. Busy ke" tanya aira sambil menahan getar suaranya.

"abang busy.. Masih ditempat kerja" balas Nafis.

"ok lah abang.. Aira ada kerja ni.. Jumpa malam ni.. Bye" pantas panggilan dimatikan.

Dengan hati yang remuk.. Aira memandu ke rumah masyitah.. Malam baru aira pulang kerumahnya.. Malangnya Nafis masih belum pulang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience