BAB 86

Romance Completed 107916

Aira mendapatkan anaknya ammar.. Yang sedang bermain dengan syafiyya.. Tubuh ammar dipeluk.. Pipi gebu itu digomol.. Geram.. Syafiyya disebelah hanya memerhati.. Aira perasan dengan pandangan yang diberikan oleh gadis comel itu.. Ditarik tubuh Syafiyya mendekat.. Diperlakukan sama seperti ammar tadi. Tegelak puas Syafiyya..

"jom mama nak balik dah.. Makcik balik dulu yea syafiyya.. Esok kita jumpa lagi yea sayang.." digosok lembut kepala syafiyya.. Syafiyya mengangguk perlahan sambil tersenyum..

Aira berpaling memandang Eusoff yang sedang berdiri disebelah Nafis mereka masih bersembang .. Isyarat mata diberikan kepada Eusoff.. Eusoff mengangguk dengan senyuman.. Dia bersalaman dengan Nafis.. Mereka berpelukan sekejap..

"aira.. Hmm kalau boleh.. Abang nak minta.. Ammar tidur sini.. Semalam.." tutur Nafis berhati-hati.. Riak wajah aira diperhatikan. Aira berpaling memandang ammar dan Eusoff.. Dia menunggu tindak balas Eusoff.. Namun Eusoff hanya diam dengan senyuman..

"Nafis tidur rumah mak ke malam ni.. Tak balik rumah.. Hmm.. Tak menyusahkan ke.. Takut ammar ganggu.. Kan banyak kerja nak buat.." aira mencari alasan.. Tangannya masih memegang tangan Ammar.

"boleh ja aira.. Abang tidur sini malam ni.. Esok aira ambil ammar dekat sini.. Lagipun esok aira dah nak balik kan.. Boleh bagi ammar tidur dengan abang malam ni" suara Nafis perlahan umpama meraju.. Aira diam tak membalas.. Ditenung lama wajah ammar.. Kemudian dia meninggung di depan ammar..

"ammar nak tidur dengan papa.. Malam ni.." aira mencuba.. Harap ammar mengeleng.. Namun hampa.. Ammar mengangguk dengan laju.. Sambil tersenyum.. Dia pasrah.. Mungkin seronok bermain drngan safiyya yang sebaya dengannya.

"ok.. Malam ni tidur dengan papa.. Esok pagi-pagi mama ambil ammar yea.. Sayang" pipi ammar dicium lagi.. Dipeluk anak kecil itu. Ammar bersorak gembira.. Memegang tangan safiyya. Mereka berdua gelak bersama.

"kejap saya ambilkan beg barangan ammar dalam kereta" Eusoff berkata.. Dan melangkah pergi.. Aira bangun berdiri memandang Eusoff pergi meninggalkan mereka.

'haish.. Sepakat saja semua.. Macam dah plan.. Ammar pun mengangguk saja.. Ahh.. Biarlah.. Asal ammar baik-baik saja malam ni tinggal dengan Nafis'

"aira.." panggil Nafis sambil melambai di depan muka aira..

"ya" aira tersentak menjawap.. Bayangan Eusoff sudah hilang dimata..

"terima kasih sebab izinkan Ammar bermalam dengan abang" Kata Nafis sambil tersenyum manis.

"sama-sama.. Dia kan anak abang juga.." balas aira..

"amboi... Senyum sampai ke telinga.. Puas dating dengan bekas isteri.." tegur satu suara..

Aira berpaling.. Syafinas tegak berdiri dibelakangnya.. Sambil memeluk tubuh.. Menampakkan perutnya yang mula menonjol ..

"assalamualaikum syafinas.. Apa khabar.." tegur aira lembut dengan senyuman. Tangan dihulur untuk bersalaman.

Syafinas memandang dengan hujung mata tangan aira yang dihulurkan kepadanya.. Ditempis kasar tangan aira.. Aira segera menarik tangannya semula.

" kau datang sini buat apa.. Nak pujuk laki aku balik dengan kau ke.." marah Syafinas.. Dengan wajah garang.

"inas.. Jangan melampau.. Dia bawa ammar jumpa abang.." pertanyaan Syafinas dijawap oleh Nafis. Syafinas memandang seorang budak lelaki berkulit putih yang sedang bermain dengan anaknya..

"alasan saja tu.." Syafinas mengejek. Dengan sombong dia mengangkat wajahnya kearah lain.

Aira memerhati.. Tingkah Syafinas didepannya sungguh berbeza dengan kali terakhir mereka berjumpa.. Aira hanya senyum. Dia berpaling mencari kelibat Eusoff.. Dari jauh dia melihat Eusoff sedang membawa beg barangan Ammar.. Aira mendapatkan Ammar.. Di langsung tak menghiraukan amarah Syafinas kepadanya. Dia senpat berpesan kepada anaknya supaya menjaga diri semasa tinggal bersama keluarga papanya.. Anak kecil itu hanya mengangguk.

"ok.. Ni begnya.." Eusoff menyerahkan beg kepada Nafis.. beg bertukar tangan. Syafinas memandang Eusoff tanpa berkelip melintas didepannya.. Dia sendiri tertanya-tanya siapa Eusoff.

"Ammar.. Behave sayang.. Esok abi dengan mama datang ambil ammar yea.." Eusoff mendukung ammar.. Digeletek manja perut ammar.. Mengekek ketawa ammar. Nafis hanya tersenyum.

"kami balik dulu..assalamualaikum" ucap Eusoff.. Aira hanya senyum.. Mencari kelibat razita di depan halaman rumah..

"siapa laki tu" kata Syafinas perlahan.. Bibirnya menguntumkan senyuman. Diperhatikan pasangan itu sehingga hilang disebalik tetamu yang hadir..

"saya tidur sini dengan syafiyya.." pendek kata yang leluar dari mulut Nafis.

"saya nak tidur rumah mak saya.. Sini panas.. Dengan ramai orang.. Dah la pergi dulu" syafinas berkata.. Lalu pergi begitu saja.. Nafis memandang dengan pandangan sayu.. Dia mengeluh.. Pandangan diubah kearah anak-anaknya yang sedang berlari-lari mengejar ayam.. Senyum terukir dibibir.. Malam ini dia akan tidur bersama putera dan puterinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience