BAB 121

Romance Completed 107973

Genap enam bulan Eusoff hilang tanpa berita. Aira sendiri sudah tidak ambil pusing.. Walaupun hatinya masih setia menanti insan tersayang.. Namun.. Berbeza dengan tingkah dan bicaranya..

Beberapa hari yang lepas.. Ketika aira menghantar ammar ke rumah keluarganya untuk bertemu dengan nafis.

"abang dah bercerai dengan shafinas.." kata yang terkeluar dari mulut nafis membuatkan aira diam tidak membalas.

"kenapa"

"kami tak sehaluan.. Shafinas tak ikhlas.. Entahlah mungkin salah abang jugak.. Tak mampu bagi apa yang dia nakkan.." terdengar keluhan keluar dari mulut nafis.

"abang menyesal pernah lepaskan aira dulu.. Abang...."

"sudahlah.." aira bangun lalu meninggalkan nafis sendirian.

Aira yang terbaring diatas katil memicit micit dahinya.. Makin di pikir.. Makin berdenyut.

"pergi lah jauh-jauh.. Aku tak perlukan semua ni.." katanya sendiri.. Selimut ditarik sehingga keparas dada..

Doa tidur dibaca.. Berserta ayat-ayat lazim.. Disambung pula dengan zikir sampailah matanya terlena..

Bunyi deringan alarm membingitkan telinga aira.. Telefon bimbit dicapai dan alarm dimatikan..

Aira bangun dengan malasnya.. Menggeliat.. Menghampiri katil bayinya.. Amna dan amran masih terlena..

Selesai solat subuh.. Aira duduk termenung di tikar sejadah..lambat-lambat dia bangun membuka telekung dan sidai ditempatnya.

Aira duduk semula di birai katil.. Telefon bimbitnya dicapai.. Namun benda lain yang digapainya.. Lalu aira menarik tangannya semula.. Bangun membuka lampu. Terang satu bilik tersebut.. Yang tadinya hanya diterangi oleh lampu tidur.

Aira memandang pelik benda yang terdapat di atas meja sisi katilnya.. Mawar merah..dan sekeping kad. Namun kakinya mengundur kebelakang.. Kearah balkoni.. Pintu balkoni diperhatikan.. Tertutup rapat. Masih terkunci dari dalam lagi.

Bunga mawar merah diambil.. Dihidu dalam.. Wangi.. Hatinya mula berdebar.. Kad pula diambil..

'I'm willing to risk everything, even if it's difficult'

Tulisan di kad itu dibaca oleh aira.. Membuatkan aira bertambah geram.. Terus mukanya bertukar merah.. Kertas itu diramas kasar.. Lalu dibaling kearah sofa.

"cantik sungguh permainan.. " marah aira..

Menghempas bunga mawar yang tak bersalah dikatilnya.. Dia tahu siapa yang memberi mawar tersebut.. Siapa lagi yang berani masuk kedalam rumah yang mempunyai sistem keselamatan yang canggih masa kini.. Siapa yang berani melepaskan diri dari pengawasan pengawalan dihadapan.

Aira gagah melangkah ke tingkat paling atas.. Melihat kawalan litar tertutup rumahnya.. Hampa.. Tiada apa yang dia perolehi..

"licik yea.. Pandai masuk tanpa bukti" bicara aira

Laci meja kerja itu ditarik.. Sepucuk pistol brentta 92 yang disimpannya diambil.. Pistol yang dijumpainya beberapa hari yang lalu.. Dibawah kerusi tempat pemandu..masih tersimpan elok didalam petinya. Walaupun dia kurang minat dengan senjata itu.. Namun dia tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan senjata itu.

"sekarang aku tuan baru kau.." kata aira..

Terdapat beberapa lagi disamping brentta 92 tersebut.. Mark 23.. Glock 20... Namun aira lebih tertarik dengan brentta 92.. Aira langsung tidak hairan denga beberapa pucuk pistol milik Eusoff.. Kerana Christopher sendiri memiliki kilang senjata di Itali..dan calvin sendiri yang menguruskan urusan penjualan senjata di sini..

Lalu aira melangkah turun kebiliknya semula. Aira mencapai telefon bimbitnya.. Lalu membuat panggilan.. Pistol tadi disimpan kedalam laci yang berada di sisi katil.

"assalamualaikum.. Maaf ganggu.." katanya lembut.

"iya.. Saya.. Saya setuju mau berkunjung ke sana.."

"terima kasih ya pak... Sampai jumpa ya.. Waalaikummusalam" panggilan dimatikan..

Beg bagasi ditarik keluar.. Dibawa masuk kedalam bilik pakaian..

Dia menyewa teksi untuk ke lapangan terbang.. Kali ini dia membawa riana bersamanya.. Anak-anaknya turun dibawa bersama.. Riana tidak banyak bertanya kemana arah tujuan mereka.. Setelah aira menyatakan mereka akan pergi bercuti.

Kapal terbang selamat mendarat di bumi Indonesia.. Riana sudah tersenyum lebar.. Ini pertama kalinya dia berada diluar negara..

Aira dan riana melepasi ruang bagasi keluar bersama orang ramai dari pintu pelepasan.. Aira melangkah mendekat kearah seseorang yang memegang tanda namanya..

"assalamualaikum bapak" tegur aira kepada lelaki sebaya abahnya.

"waalaikummusalam.. Nak aira ya.. Selamat datang ke Indonesia.. Panggil saja saya pak raka.. " balasnya ramah dengan senyuman..Mereka dibawa ke kereta..

"g mana perjalanannya.. Nyaman gak.." tanya raka sambil memandu.

"alhamdulillah pak.." balas aira. Aira asyik mrmandang keluar.. Melihat pemandangan diluar. Membuatkan dia terleka seketika.

Kereta dipandu memasuki perkarangan rumah, terdapat sebuah rumah agam yang tersergam indah di kawasan bukit.. Suasana dingin mula menerpa mereka..

"wah pak.. Dingin sekali ya disini.." kata aira sebaik keluar dari perut kereta..

"ia nak.. Cuaca disini agak dingin" kata raka membalas.

"kakak.. Tengok. Cantiknya pemandangan" tunjuk riana. Memberitahu aira..

"subhanallah. Cantik nya.." aira menikmati permandangan didepannya.. Terdapat tasik yang luas di kaki bukit.. Ditepi tasik terdapat restoran yang penuh dengan pelanggan.. Kebanyakkannya adalah pelancong..

"ayo masuk.." ajak raka.

Aira dan riana mengikut langkah raka.. Memasuki rumah agam tersebut. Ammar dibiarkan berjalan sendiri.. Mengikut langkah mamanya.

"assalamualaikum" aira memberi salam.

"waalaikummusalam.. Udah sampai ya tetamunya.. Sila.. Silakan.." jawap wanita itu ramah.

Aira dan yang lain dibawa ke ruang tamu.. Yang luas dan tersusun kemas.. Punggung dilabuhkan di sofa empuk.. menunggu tuan rumah memunculkan diri.

"akhirnya.. Ketemu juga dengan keponakan ku" membuatkan mereka yang berada di ruang tamu berpaling.

"maaf.."kata aira..

" ngak apa-apa.. Kok"

"Bisakah kita berbicara satu sama lain" tanyanya.. Aira mengangguk setuju..

Riana dan anak-anaknya pergi ke bilik yang sudah disiapkan oleh tuan rumah.. meninggalkan aira dan lelaki itu.

"Jangan khawatir kita bersaudara .. Aku pamanmu, paman hadrian.. di sebelah nenekmu.. Panggil saja paman .. Itu lebih mudah"

"terima kasih paman.. Kerana mengupah orang untuk menjaga kubur arwah datuk nenek.." balas aira.

"ngak perlu khawatir. Itu hanya hal kecil.." kata hadrian sambil ketawa..

" paman tidak pandai berbicara, tapi bisa bercerita.. dalam cerita ini kamu bisa mengerti maksud paman.. " sambung hadrian lagi.

"boleh saja paman.. Ikut keselesaan paman.. Aira tak kisah.." seraya air dihidangkan dimeja oleh wanita yang menyambut mereka tadi.

"dahulu ada pasangan suami isteri..rezvan dan mahiswara.. dikurniakan sepasang anak kembar.. Putra dan putri.. Diberikan nama indrawan dan indraswari.. Mereka telah berjanji untuk mengikat pernikahan putrinya dengan keluarga kerajaan."

"Sayangnya putrinya jatuh cinta dengan penjaga keamanannya.. kedua orang tua menjadi marah .. dan menendang putrinya keluar.."

"Namun hubungan si kembar kakak beradik itu tidak pernah putus.. Sampai saat kematian indrawan.."

"Untuk pengetahuan anda.. Yang bernama indraswari itu adalah nenek kamu..Berganti nama sejak menetap di Malaysia.. masyitah"

"pengawal keamanan yang dikatakan paman.. Adalah muhaimin.." tanya aira. Hadrian mengangguk..

"untung paman ketemu sama kamu awal.. Ada sesuatu yang diminta Muhaimin untuk disimpan di sini ... Beberapa tahun sebelum kematiannya.." hadrian bangun lalu mengambil kotak kayu yang berada didalam laci lalu diberikan kepada aira.

Aira menyambut kotak kayu tersebut.. Diteliti kotak itu.. Kotak yang terukir cantik sebesar dua tapak tangan.. Dan berkunci. Jari aira meraba lubang kunci kotak tersebut.

"paman yakin.. Kamu ada kuncinya.." kata hadrian.

"ini hadiah buat kamu.." hadrian mengeluarkan satu kad.. Dari saku bajunya.. Lalu diberikan kepada aira.. Aira menyambut dengan senyum lebar terhias diwajah.

"terima kasih paman.." balas aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience