BAB 70

Romance Series 55690

MASHITAH

Hatiku sengsara.

Semangatku hilang.

Harapanku melayang.

Kesedihan membelenggu diriku. Sukar untuk aku menerima kenyataan bahawa cinta yang aku pupuk selama bertahun-tahun boleh terungkai pada satu malam sahaja.

Aku seolah-olah telah menjadi seorang manusia yang tiada jiwa, juga yang telah mati perasaannya. Aku tidak tahu bagaimana hendak menangis apabila fikiranku teringatkan detik-detik akhir kami berdua di Sabah dahulu. Aku juga tidak tahu bagaimana hendak tersenyum atau ketawa apabila terkenangkan manis percintaan kami.

Ketika Malia menayangkan cincin tunangnya kepada semua rakan-rakan di pejabat, aku hanya memandang kosong. Membuatkan semua rakan-rakan menyangka yang bukan-bukan terhadapku. Kata mereka, aku cintakan Haezade di dalam diam. Dan mereka turut mengatakan kemurungan dan sikap diamku yang secara tiba-tiba itu adakan kerana aku bersedih apabila Haezade menolak cintaku dan memilih Malia.

Puan Aliza yang turut menyedari perubahan diriku memanggil aku ke biliknya.

“Kenapa ni, Shitah? Bimbang saya melihat awak selalu murung sejak kebelakangan ni,” soalnya lembut.

Aku hanya tunduk menekur lantai, tidak tahu bagaimana hendak berkata-kata.

Puan Aliza mendekatiku, memeluk bahuku dengan lembut. Membuatkan aku terasa seperti dilindungi dan disayangi. Lantas, tanpa berselindung lagi, aku bercerita kepadanya apakah sebenarnya yang telah berlaku.

“Cinta yang teragung itu ialah cinta kepada Tuhan. Kembalilah kepada cinta yang agung itu, pasti hati akan semakin tenang,” dia bersuara sebegitu apabila aku selesai bercerita.

Aku hanya menarik nafas panjang, akur dengan kebenaran kata-katanya itu. Banyak lagi nasihat yang aku terima daripadanya dan apabila aku melangkah keluar dari biliknya, aku mampu menghela nafas lega.

Aku akur dengan nasihat dan panduan yang diberikan oleh Puan Aliza. Aku mula mengubati luka hatiku dengan memperbanyakkan amalan ibadat. Bukan lagi sekadar melaksanakan yang wajib semata-mata tetapi juga amalan sunat. Aku kumpul kembali semangatku yang hilang dengan zikir. Aku cari dan bina kembali harapanku terhadap kehidupan dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran.

Dan perlahan-lahan, aku kembali menjadi tenang. Perlahan-lahan juga, aku cuba menjalinkan silaturrahim dengan Haezade yang tidak mahu bertegur-sapa denganku semenjak aku menolak cintanya dahulu. Aku hubungi semula Zach demi mengekalkan hubungan baik kami selama ini.

Aku kembali menjadi manusia yang hidup jiwanya. Dan aku sudah dapat menangis sedih apabila menerima undangan perkahwinan Zach. Memang hatiku kembali terluka tetapi tidaklah lagi sampai melumpuhkan kekuatan jiwa. Aku hanya perlu menyembuhkannya kembali sahaja.

Undangan perkahwinan Zach itu tiba bersama undangan perkahwinan Haezade. Jadi, apabila aku menangis, heboh satu pejabat kononnya aku menangis sedih kerana Haezade berkahwin dengan perempuan lain.

Kecohnya mereka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience