BAB 85

Romance Series 55700

REDZA

KECOH!

Apa yang berlaku pada petang itu tetap menimbulkan kekecohan walaupun perkara itu tidak tersebar ke seluruh kampus.

Aku dikira bernasib-baik kerana diserbu penduduk kampung, bukannya oleh kakitangan jabatan agama. Kata penduduk kampung yang terlibat di dalam mini operasi itu, mereka telah lama memerhati gelagat penghuni rumah sewa itu. Mereka rupanya telah lama tidak menyenangi sikap bebas laku di kalangan penghuni rumah itu. Lelaki dan perempuan bebas keluar-masuk sesuka-hati.

Marah juga aku apabila mendengar penjelasan mereka. Bagi aku, mereka tersalah cekup sasaran. Aku ke rumah itu bukannya hendak membuat maksiat. Tetapi seorang tua di dalam kumpulan itu keras membidas. Katanya, walau apa-apa pun tujuan aku, aku tetap bersalah kerana berada bersama seorang perempuan di dalam keadaan yang boleh mendatang syak wasangka. Katanya lagi, aku juga berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan muhrim di dalam situasi yang boleh memungkinkan sesuatu terjadi.

Terdiam aku apabila disergah sekeras itu, lantas akur yang aku juga tersilap langkah.

Malu?

Memang aku cukup malu dengan apa yang terjadi itu. Apa yang berlaku itu sedikit-sebanyak mencemarkan nama baik aku, walaupun nama aku tidak menjadi buruk atau sebusuk mana. Mana-mana orang yang mengetahui akan hal itu tersenyum sinis tatkala bersua denganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience