BAB 34

Romance Series 55700

“Agaknya dia jealous sebab you dah ada kekasih, berlainan bangsa pula tu, sedangkan dia masih sendiri, masih mencari,” ujar Zach, separuh bergurau.

Aku hanya tersenyum kelat, menggelengkan kepala.

Kalau Haezade masih menyendiri, itu salahnya juga. Bukannya tiada orang yang mendambakan cinta daripadanya. Malia seumpamanya, yang aku yakini sebenarnya mencintai Haezade walaupun sering mengatakan mereka hanya berkawan-baik. Ah! Seorang gadis yang berpendirian tidak akan terburu-buru menukar pesanan makanannya apabila lelaki di sisinya menukar selera.

“Tapi I rimas betul dengan sikapnya tu,” beritahuku lagi, terus meluahkan ketidak-senangan hatiku terhadap sikap Haezade itu.

“Tak usah dilayan dia tu. Kalau semakin dilayan, tentu semakin menjadi-jadi sikapnya tu,” balas Zach, memberikan cadangan sebegitu kepadaku.

Zach suka mengambil tindak-balas yang pasif terhadap sesuatu perkara. Baginya, tindakan yang agresif hanya akan menyemarakkan lagi keadaan yang sedia panas. Aku akur, Zach bukanlah seseorang yang suka mencari gaduh dengan orang lain. Dia tidak seperti Haezade.

“Dia tu… otak old-fashion betullah. Kita kan generasi baru, yang lebih luas pergaulannya dengan bangsa lain berbanding generasi terdahulu. Maka, seharusnya dia bersikap lebih terbuka, bukannya berfikiran sempit sebegini,” aku bersuara lagi.

Zach pula tergelak mendengarkan kata-kataku itu.

“Salah ke apa yang I cakapkan tu?” sergahku kepadanya. Geram juga aku melihat reaksi selambanya itu, seolah-olah apa yang sedang berlaku ini bukanlah satu masalah yang besar. Tetapi sekalipun masalah ini adalah masalah kecil dan remeh pada pandangan matanya, ia tetap perlu dibendung supaya tidak melarat menjadi besar.

“Tak,” geleng Zach.

“Habis tu, kenapa you ketawa?” marahku.

“Sebab you berfikiran lurus. Sebenarnya, you tak boleh harapkan semua orang akan mempunyai pandangan yang sama dengan kita berdua. Seperti Haezade, dia tidak dapat menerima hubungan yang merentas sempadan bangsa,” ujarnya.

Aku mengeluh kecil mendengarkan kata-katanya itu, lantas melemparkan pandangan ke arah tetamu yang keluar-masuk dari pintu masuk restoran Dubu Dubu, restoran makanan Korea di Mid Valley.

Tetapi betul juga kata-kata Zach itu. Aku tidak boleh mengharapkan semua orang akan berfikiran seperti kami berdua. Lain orang, lain cara berfikirnya. Sekaligus mempengaruhi penerimaan mereka terhadap sesuatu perkara.

“Lagi apa?’

“Lagi apanya?” aku terpinga-pinga mendengarkan soalan Zach itu.

“Lagi apa alasan tentangannya terhadap hubungan kita? Takkan disebabkan perbezaan bangsa saja?”

“Oh… dia tidak yakin yang you ikhlas mencintai I, sebab perbezaan agama kita. I kan Islam, you pula beragama Kristian,” jawabku, tetapi tidak memberitahunya yang Haezade turut meragui keikhlasannya mempelajari Islam. Aku takut Zach tersinggung mendengarnya, lantas membunuh minatnya untuk terus mempelajari Islam. Hanya kerana Zach beragama Kristian, maka Haezade cukup meragui kejujurannya.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Zach bersetuju untuk mempelajari Islam?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience