BAB 15

Romance Series 55700

Cuma hubungan kami lebih istimewa berbanding pasangan kekasih yang lain. Dia berketurunan Kadazan Dusun yang beragama Kristian, manakala aku berketurunan Melayu Jawa yang berpegang kepada Islam.

Tetapi bagi aku, cinta itu adil. Kerana keadilannya, ia boleh bercambah dan menghubungkan dua buah hati yang pada asasnya adalah penuh dengan pertembungan. Aku dan Zachary Watson ini adalah contoh yang nyata. Zach bertugas sebagai eksekutif kewangan di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia.

“You janganlah nak jealous pula. Haezade tu sudah ada Malia,” beritahuku kepadanya. Aku tidak mahu dia menyimpan ceritaku sebagai sebuah prasangka yang hatiku sedang beralih arah.

“Malia?” soal Zach, mengerutkan dahi. Aku tidak pernah bercerita tentang Malia kepadanya sebelum ini.

“Rakan sekerja kami tetapi kini sedang berkursus di Perak. Dia rakan sefakulti Shidi dahulu,” jelasku.

******

Malia boleh dikatakan cantik juga orangnya. Secara fizikal, dia agak tinggi lampai dan separas dengan ketinggian Haezade berbanding ketinggian aku yang hanya di paras bahu pemuda Terengganu itu. Berbadan kurus, berwajah bujur, bermata galak dan memiliki sebuah senyuman yang manis. Sepadan benar dia dengan Haezade, itu kesimpulanku apabila terlihat gambar kedua-dua mereka yang terletak di atas meja Haezade dahulu.

Tetapi Haezade hanya menganggap Malia sebagai rakan baiknya sahaja dan menafikan sekeras-kerasnya tanggapan aku yang mereka adalah pasangan merpati putih.

Ah! Takkan tak ada apa-apa. Hatiku pula enggan menerima sangkalannya itu.

Selesai makan, Zach membawa aku masuk ke dalam kawasan kampus pengajian kami dahulu. Tempat yang ditujuinya adalah kawasan berbukit yang terletak berhampiran kolej kediaman Tun Ahmad Zaidi.

Dari tepi jalan, kami dapat melihat kawasan padang golf Bukit Kiara yang sedang bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang. Ada susuk tubuh beberapa orang lelaki sedang memukul bola di padang golf itu.

“I ada hal nak dicakapkan dengan you,” terdengar Zach bersuara.

“Apa dia?” soalku tanpa mengalih pandangan ke arah dirinya.

“Family I suruh I balik ke Sabah,” perlahan sahaja nada suaranya ketika dia memberitahu.

Aku lantas menoleh, agak terkejut mendengar khabar yang disampaikannya itu. Zach kelihatan tenang tetapi ada resah yang tersimpan di dalam kilau matanya.

“Kenapa mereka nak you balik ke Sabah? Kan sebelum ni mereka tak kisah kalau you hendak bekerja dan menetap terus di Semenanjung?” soalku kepadanya.

“Ayah I kerap sakit-sakit kebelakangan ni. Emak mahu I balik untuk menjaga keluarga. Lagipun, kata emak, ada masalah sedikit di kampung sana. Jadi, I kena balik untuk membantu menyelesaikan masalah itu,” jawab Zach.

Aku terdiam. Sedia maklum akan keeratan ikatan kekeluargaan Zach, juga mengerti akan tanggungjawab yang terpikul di bahunya selama ini. Zach bukannya tiada abang lelaki yang boleh diharapkan oleh keluarganya untuk menjadi ganti peranan ayahnya. Tetapi memandangkan dia anak lelaki kesayangan keluarganya, pastilah dia yang lebih diharapkan untuk mengambilalih sebahagian daripada peranan ayahnya sebagai ketua keluarga di dalam keadaan sukar ini.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah masalah yang dihadapi oleh Zachary sekeluarga? Adakah penyakit ayahnya akan sembuh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience