BAB 55

Romance Series 55700

Kisah Natrah atau Maria Bertha Hertogh, gadis Belanda yang dibesarkan sebagai Muslim tetapi kembali ke pangkuan agama asalnya apabila hak penjagaan diserahkan kembali kepada orang tuanya, nampaknya seperti akan berulang lagi. Kalau itu berlaku, pasti roh arwah Tok Hamzah iaitu datuk Natrah tidak akan tenteram. Khabarnya, Tok Hamzah dahulu terlibat di dalam rusuhan pada tarikh 11 Disember 1950, apabila rayuan ibu angkat Natrah untuk mendapatkan kembali penjagaan anak angkatnya itu ditolak oleh mahkamah.

Tok Hamzah menamakan menamakan salah seorang cucunya dengan nama Islam Maria Bertha Hertogh bagi mengenangkan seorang Muslim yang gagal dipertahankan akidahnya. Dan Natrah alaf baru ini seakan-akan hendak mengulang kisah yang sama itu, cuma kali ini di dalam versi baru yang lebih hangat lagi.

Dan disebabkan itu, ayah dan anggota keluargaku dengan tiba-tiba sahaja menjadi anti-Kristian. Yang sebenarnya, mereka takut kalau-kalau kejadian yang sama berulang kembali. Maka, pastilah ayah takut dan bimbang apabila mengetahui lelaki yang cintai beragama Kristian. Ayah tidak mahu aku senasib dengan Natrah.

Kerana itu, dia menentang. Dan aku pasti yang ayah akan terus menentang. Tentangannya mungkin akan hilang apabila Zach memeluk Islam. Dan aku yakin yang Zach akan memeluk Islam.

Tetapi…

Aku menarik nafas apabila terkenangkan bungkusan buku agama yang dikembalikan kepadaku.

Siapa yang memulangkannya? Keluarga Zach? Atau Zach sendiri? Sehingga kini aku belum dapat menghubungi Zach untuk bertanyakan hal itu. Resah semakin membelit tangkai hati, prasangka pula semakin menguasai fikiran, membuatkan aku kian terasa takut.

Aku takut kalau-kalau Zach telah berubah fikiran dan beralih perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience