BAB 43

Romance Series 55700

Aku tergelak kecil mendengarkan kata-katanya. Ralat hati kerana tidak dapat menghantarnya ke lapangan terbang beransur reda. Terdengar suara Haezade berdehem. Ketika aku melirik ke sisi, terlihat dia tercegat di tepi meja sambil memegang sehelai kertas.

“Sayang, ada gangguanlah,” beritahuku kepada Zach. Sengaja aku kuatkan suara. Aku mahu Haezade mendengarnya. Aku mahu dia sedar yang dia adalah seseorang yang aku tidak senangi sama sekali.

“Si penyibuk tu ke?”

“Siapa lagi,” balasku.

“I will call you later,” ujar Zach sebelum dia meletakkan gagang telefon.

Aku turut meletakkan gagang, lantas kembali menghadap skrin komputer.

“Siapa yang mengajar kau bergayut semasa waktu bekerja?” sinis Haezade bersuara.

Aku membisu sahaja mendengarkan sindirannya itu, enggan bersuara balas. Juga enggan memberi peluang kepadanya untuk menyakiti hatiku. Haezade tidak lagi melancar mogok bisunya terhadapku. Tetapi apabila berbicara dengannya, ada-ada sahaja kata-kata sinis yang dilemparkannya kepadaku.

Dia mencapai borang cuti yang aku letakkan di tepi telefon tadi. Aku sudah mengisikan borang itu, tinggal lagi hendak menyerahkannya kepada Puan Aliza.

“Kau minta cuti? Seminggu… lamanya!” dia seperti terkejut melihat jumlah hari cuti yang aku pohon.

“Suka hati akulah nak bercuti seberapa lama,” balasku pula.

“Kerja sedang bertimbun-timbun, kau pula nak bercuti panjang,” rungutnya.

Ah! Penyibuk benar dia. Kerja yang bertimbun-timbun itu adalah kerjaku. Tahulah aku bagaimana hendak menguruskan kerja-kerjaku itu agar tidak sampai menyusahkan orang lain seandainya aku bercuti panjang. Dan dia tidak perlu bimbang, aku tidak akan meminta bantuannya untuk menyiapkan semua kerja-kerja itu.

Aku masih menguncikan bicara, tidak bersuara balas. Setelah kejadian di lapang sasar tempoh hari, aku kian menjaga tutur kataku. Aku tidak mahu memberi peluang kepada Haezade untuk mengenakan aku seperti dahulu itu.

“Kau nak bercuti pada minggu depan. Eh! Kan kita ada mesyuarat pada minggu depan,” ujar Haezade setelah membilang bila tarikh bermulanya cuti aku.

“Meeting apa pula?” soalku kepadanya.

“Ini,” dia menyerahkan kertas yang dipegangnya kepadaku.

Aku mengambil memo itu, mula membaca.

Syarikat rupanya hendak mengadakan majlis makan malam bagi meraikan kakitangannya dan juga pelanggannya tidak lama lagi. Antara program untuk memeriahkan majlis makan malam itu ialah persembahan kebudayaan. Dan di celah-celah senarai nama ahli jawatankuasa persembahan itu, terselit namaku!

“Siapa yang cadangkan nama aku sebagai AJK?” soalku sambil memandang Haezade.

“Aku,” jawabnya pantas.

“Kenapa aku?” soalku terkejut. Bulat mataku memandangnya.

Apa tujuannya meletakkan aku di dalam jawatankuasa persembahan kebudayaan bersama Malia dan dia yang menjadi pengerusinya; sedangkan dia tahu yang kami tidak mungkin akan dapat bekerjasama sebaik yang mungkin. Yalah, kami tidak sekepala, apatah lagi sehati sejiwa. Dan aku takut kalau mesyuarat jawatankuasa akan menjadi medan untuknya menyakiti hatiku atau mengenakanku.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah motif Haezade melantik Malia dan Mashitah untuk bekerjasama bagi persembahan kebudayaan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience