BAB 12

Romance Series 55690

Armiza yang aku kenali adalah seseorang yang cukup menjaga adab lakunya sedangkan aku akui yang aku adalah seseorang yang lepas laku.

Dia seorang gadis desa, aku anak muda kota. Hubungan kami bak pertembungan tradisi yang beradat dengan kemodenan yang lepas bebas. Maka pertembungan itu dengan sendirinya sering menimbulkan pertentangan.

Aku suka berpegangan tangan ketika berjalan bersama-sama tetapi dia sentiasa mengingatkan aku; haram persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan. Apabila aku mengajaknya berbicara berdua-duaan, cepat-cepat dia mengingatkan akan godaan syaitan ke atas anak Adam yang berada di dalam situasi itu.

Terasa kecewa juga aku dengan ketegarannya itu. Aku bukannya hendak berbuat dosa, aku hanya mahu memaniskan detik percintaan, lantas akan sentiasa terpahat di dalam ingatan apabila semua detik-detik itu berlalu. Tetapi Armiza tidak mahu mengerti niatku itu. Hendak tak hendak, aku mengalah dengan kemahuannya. Pun begitu, aku sentiasa berusaha untuk menjadi seorang Shah Jahan untuknya dan bercita-cita mahu membina sebuah Taj Mahal untuknya.

Selepas menghantarnya pulang ke kolej penginapan siswi, aku segera kembali ke bilikku.

“Dari mana?” Sazali yang merupakan teman sebilik bertanya apabila melihat aku pulang dengan baju yang lencun.

“Library,” beritahuku sambil mencapai baju lain yang kering. Badan sudah mula menggigil dek sejuk yang menikam ke tulang.

“Study ke?” soal Sazali, menyibuk hendak mengambil-tahu akan urusan hidupku.

Aku cuma tersengih lebar mendengar soalannya itu. Apabila bersama Armiza, buku yang terbuka ketika mula duduk di meja tetap kekal di halaman yang sama apabila aku bangun meninggalkan meja. Niat belajar entah ke mana perginya.

“Kau ni betul-betul hanyut di dalam cinta,” sindir Sazali.

Aku hanya mengangkat bahu, enggan bersuara balas. Aku bukannya seseorang yang benar-benar hanyut dan tenggelam di dalam ombak perasaan. Aku masih sedar yang tujuan utama aku datang ke kampus ini ialah untuk belajar. Aku mahu keluar dari sini dengan segulung ijazah. Maka, sindiran Sazali tadi aku anggap hanyalah sebagai satu teguran untuk mengingatkan aku, bukannya sebagai tanda cemburu atau berniat hendak mencari gaduh.

“Kalau nak bercinta, bercintalah. Tapi ingat-ingatlah juga kepada pelajaran. Yang penting, jangan lupakan batas pergaulan yang ditetapkan agama,” Sazali terus bersuara. Anak pak imam ini murah dengan nasihat, juga kaya dengan peringatan.

“Yalah,” aku yang tidak mahu berterusan menadah telinga mendengar tazkirahnya mengiyakan sahaja apa yang dikatakannya.

Aku sudah ada Armiza sebagai ustazahku, maka aku tidak memerlukannya sebagai ustaz peribadi aku.

“Juita mencari kau tadi,” beritahu Sazali ketika aku merebahkan badan untuk berbaring.

“Apa yang dia nak?” soalku lewa. Juita adalah adik angkatku. Hubungan kami seusia percintaan aku dan Armiza. Juita adalah junior kursus pengajianku.

“Nak pinjam rujukan.”

…bersambung

Bab akan datang:

Sejauh manakah hubungan Redza bersama Armiza?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience