BAB 36

Romance Series 55700

“Tapi I perasan yang dia tu popular juga orangnya,” bisik Zach.

“Dia memang ramai peminat,” beritahuku.

Dan aku akui yang Haezade memang popular di Rejimen 515 Askar Wataniah ini. Lihat sahaja sebelum majlis bermula tadi, ramai yang mesra menyapanya, sedangkan aku pula terkial-kial perlu memperkenalkan diri kepada semua orang.

“You macam mana? Tak nak jadi peminat dia juga ke?” usik Zach.

“Tak naklah I. Tak ada apa-apa faedah pun kalau I jadi peminatnya. Lagipun, apabila jumlah peminatnya bertambah, bererti akan semakin tinggi rasa bangga dirinya tu,” balasku pula.

Hal itu pastilah membuatkan Haezade boleh memandang sebelah mata kepada mana-mana gadis peminatnya yang tidak memenuhi piawaian dirinya. Kerana itu aku tidak mengerti kenapa dia begitu sibuk hendak mencampuri urusan cintaku, sedangkan siapalah diri aku ini pada pandangan matanya sebelum ini.

“Mungkin sebab you seorang sahaja yang tidak meminatinya seperti gadis-gadis lain, maka egonya tercabar. Lebih-lebih lagi…” Zach bersuara perlahan tetapi sengaja tidak menghabiskan kata-katanya. Aku lihat matanya melirik ke arah Haezade dan bibirnya menguntum senyuman yang cukup lebar sekali.

“Lebih-lebih lagi apa?” aku terpaksa bertanya.

“Lebih-lebih lagi I ni taklah sehandsome dirinya,” Zach menyambung bicaranya yang terhenti tadi.

Aku tergelak kecil, lantas mencubit pipi kurusnya. Zach hanya membiarkan, sambil tersenyum dengan lebih lebar lagi. Ketika mataku melirik ke arah Haezade, terlihat dia seperti mendengus kasar. Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh Zach tadi, aku yakin yang hatinya sedang terbakar cemburu.

Tetapi cemburu Haezade itu tidak membawa sebarang makna buatku. Cemburunya itu adalah tanda ego dirinya, dan aku tidak mahu melayan egonya itu.

MASHITAH

Selepas majlis mess nite itu, berhari-hari Haezade tidak menegurku. Mungkin dia marah sekaligus membenci aku. Tetapi kemarahan dan kebenciannya tidak membawa apa-apa makna buatku. Bahkan aku semakin lega apabila dia menjauhkan diri daripadaku. Tidak perlu aku melayan kerenahnya yang menyakitkan hati.

Tetapi rupa-rupanya hanya seminggu-dua sahaja dia melancarkan mogok tidak bertegur sapa denganku.

“Kau betul-betul serius dengan mamat Kadazan tu? Betul-betul hendak berkahwin dengan dia?” soalnya ketika kami mengikuti latihan tempatan pada hujung minggu, di mana diadakan di lapang sasar Sungai Besi.

“Mestilah,” jawabku terkejut. Dia sudah bertanya dahulu, kenapa masih hendak bertanya lagi? Ketika ini, kami sedang duduk di bawah khemah, sementara menanti giliran kami untuk mengawasi anggota sukarela yang sedang menjalani latihan menembak.

“Kalau ya pun kau dan dia memang berhasrat hendak berkahwin, itu tak bermakna kau sudah boleh membiarkan dia menyentuh kau,” ujarnya pula dengan nada perlahan.

Menyirap darahku mendengarkan kata-katanya itu. Lain benar maksud kata-katanya itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Haezade begitu menentang hubungan Mashitah dan Zach? Adakah dia cemburu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience