BAB 101

Romance Series 55690

MASHITAH

ESOK, majlis perkahwinan Haezade akan berlangsung. Esok juga, Zachary akan menjadi suami kepada gadis yang bernama Daphne.

Aku? Bersendirian di daerah terasing ini, menghitung satu-persatu luka yang terpendam.

Zach ada menghubungi aku tatkala aku baru selesai memberikan salam terakhir solat Isyak. Tergesa-gesa aku mencapai telefon yang terletak di atas katil. Aku cuba mengawal airm mataku apabila terdengar suara lembutnya di talian.

“I miss you so much,” hanya itu yang diucapkannya. Kalaulah Daphne mendengar bicaranya itu, pasti gadis itu meraung marah.

“I miss you too,” balasku perlahan.

Sehingga ke detik ini, aku masih merinduinya. Juga masih mencintainya walaupun aku kira tidak wajar aku terus menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang bakal menjadi suami orang.

“I selalu berharap agar bahagia menjadi milik kita berdua,” dia bersuara lagi, membuka kembali lembaran harapan yang kami lakarkan bersama.

Perit sekali rasa hatiku ketika ini. Apa gunanya harapan itu, andainya telah tiada ruang dan peluang untuk kami bersatu, sekaligus merealisasikan semua impian yang kami lakarkan bersama.

“Bahagia tetap menjadi milik kita, walaupun kita tidak lagi bersama,” aku bersuara perlahan, menitipkan kesedaran itu buatnya, juga buat diriku.

Kami tidak sewajarnya terlalu bersedih dengan detik kehilangan yang ditempuhi. Sehingga melupakan yang kami masih ada peluang untuk mencipta bahagia yang lain, sekalipun bersama dengan orang lain.

“Kalau ada peluang untuk bersama kembali pada masa akan datang, adakah you masih mahu menerima diri I dan kita kembali membina bahagia yang kita idamkan?” soal Zach perlahan, seperti menduga hatiku.

“Entahlah,” aku menjawab dengan fikiran yang kelam. Hati sebenarnya terasa gementar mendengarkan soalannya itu. Dia cuba membincangkan peluang yang mungkin akan kembali kepada kami pada masa hadapan. Tetapi masihkah ada peluang sebegitu untuk kami. Dan kalau ada sekalipun, dapatkah kami merebutnya?

“Kenapa you macam ragu-ragu? You tak suka kalau kita diberikan peluang untuk bersama kembali?” soalnya.

“Bukan tak suka. Cuma, I takut kalau peluang itu datang tatkala keadaan sudah berubah, tidak lagi sama seperti sekarang ini. Pada masa itu, kita akan lagi ragu-ragu dan keliru dengan apa yang berlaku,” ujarku.

Baik aku atau dia, kami sama-sama tidak tahu apakah yang akan berlaku pada esok hari. Memang sekarang ini kami sama-sama berharap agar diberikan peluang untuk hidup bersama. Tetapi jika peluang itu muncul ketika segala-galanya sudah tidak lagi sama seperti sekarang ini, hati kami juga yang akan menjadi lebih terluka dan menderita.

“Jadi?”

“Kita berserah kepada Tuhan,” jawabku pendek.

Aku sudah merancang dan aku juga sudah berusaha. Yang selebihnya, aku serahkan serahkan kembali kepada Allah untuk menentukan perjalanan hidupku.

Zach kehilangan kata-kata.

Bukan Zach sahaja yang menghubungiku tetapi Haezade juga turut menghubungiku. Sejurus selepas aku menamatkan perbualan dengan Zach, dia pula yang menelefon. Terkejut juga aku apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon. Aku langsung tidak menduga yang dia mahu menghubungi setelah sekian lama dia melancarkan perang dinginnya kepadaku. Berbelah-bahagi juga aku hendak menjawab panggilannya itu tetapi aku akhirnya menekan butang menerima panggilan dan melekapkan telefon ke telinga.

“Apasal kau tak beritahu yang kau datang ke sini seminggu lebih awal dari tarikh perkahwinan aku?” Tanpa salam, dia terus sahaja menyoal.

Terkejut juga aku mendengar nada keras suaranya itu tetapi memikirkan yang sikapnya sememangnya sebegitu, aku padamkan rasa jengkelku terhadapnya.

“Mana kau tahu yang aku datang ke sini lebih awal?” soalku kepadanya pula.

“Puan Aliza telefon aku tadi. Katanya dia dalam perjalanan ke mari,” beritahu Haezade.

Baru aku tersedar, hanya Puan Aliza yang mengetahui aku datang lebih awal ke Dungun. Rakan-rakan lain beranggapan yang aku pulang bercuti panjang di kampung terlebih dahulu sebelum datang ke sini. Puan Aliza akan bemalam di rumah kakaknya di Kemasek. Pagi esok dia akan datang menjemputku di Hotel UiTM ini dan kami sama-sama pergi ke majlis perkahwinan Haezade.

“Kalau kau tahu aku ada di sini, apa yang kau nak buat?” soalku kepadanya. Aku memang tidak mahu dia mengetahui yang aku datang bercuti di Dungun ini. Aku tidak mahu dia menganggu percutianku dan aku juga tidak mahu mengganggu tumpuannya untuk membuat persiapan perkahwinannya.

“Aku nak berjumpa dengan kau.”

“Untuk apa?”

“Aku rindukan kau.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience